BAB 5

5K 126 0
                                    

    Eliya masuk ke bilik kembali selepas beberapa minit mengambil udara di beranda rumah.Niatnya yang sebenar adalah untuk mengelak dari bertentang mata dengan Eddie.Hubungan mereka sejak akhir-akhir ini bagaikan amat kekok walaupun sebelum ini Eliya dan Eddie amat rapat bagai adik beradik namun sejurus selepas Eddie sah menjadi suami Eliya,hubungan mereka bagaikan pasangan yang baru berkenalan.Ketika Eliya masuk ke bilik kelihatan Eddie sudah siap mandi dan sedang duduk menghadap laptopnya di sofa.Eliya mengambil tempat disebelah suaminya.Eddie hanya memandang Eliya lalu memberikan senyuman menawannya.
"Liya tak siap lagi ke?..majlis kita mula pada pukul 12.30 tengah hari kan?"
"ye..tapi Liya tengah tunggu mak andam sampai ni..erm..kalau macam tu abang siap dulu la.."
Beberapa saat kemudian kedengaran pintu bilik diketuk.
"Liya..cepat keluar sayang..mak andam dah sampai ni.."ujar Puan Marina dari luar pintu.
"okay..mommy..erm..abang Liya siap dulu ya..abang pula jangan asyik layan FB je..cepat siap..pakai hensem-hensem tau..hehehe.."
"eleh..Liya ni..macam tak tau pula..abang ni memang dah hensem semulajadi tau.."
Eliya mencebik lalu keluar.Eddie hanya menggelengkan kepala.Liya..Liya..macam budak-budak.

Beberapa jam kemudian..

Eddie sudah penat menunggu di ruang tamu.Berkali-kali dia meminta izin untuk melihat isterinya di bilik berasingan namun mak nyah yang menyiapkan Eliya asyik melarang.Tiba-tiba pintu bilik terkuak.Eddie terpegun sehingga tidak berkelip matanya melihat Eliya yang bagaikan bidadari berpakaian gaun ala-ala barat namun sopan.Eliya jadi malu apabila dipandang Eddie sebegitu sekali.Encik Harun menepuk bahu Eddie lalu berdehem.
"aik..nampak bidadari ke Eddie sampai tak berkelip papa tengok kamu ni.."
"eh..m..m..mana ada papa..heheh.."Eddie sudah termalu sendiri.Mana tidaknya hampir semua mata memandang kearahnya yang terpegun melihat Eliya.Tu la susah juga kalau isteri cantik sangat nanti suami dah tak tentu arah.Hehehe..
"Semua dah sedia kan?..jom kita bertolak sekarang.."ujar Encik Farid kepada mereka semua.
Sepanjang perjalanan Eliya memegang tangannya sendiri bagi mengawal perasaan sendiri.Eddie yang ternampak tindakkan Eliya segera memegang tangan Eliya.Eliya memandang ke arah Eddie.
"Liya nervous ke?"tanya Eddie.Eliya hanya mengangguk sambil tersenyum kelat.
"kalau macam tu tak apa..kita hadapi semua ni sama-sama..okay?..abang kan superman Liya sekarang..jadi abang kena la lindungi Liya dari semua jenis kerisauan yang menganggu Liya..betul tak?.."ujar Eddie sambil mencuit hidung Eliya yang duduk di sebelahnya.Eliya hanya senyum lalu segera menundukkan muka apabila perasan bahawa gelagat mereka sedang diperhatikan oleh ibu mertuanya yang duduk di kerusi hadapan kereta melalui cermin tepi kereta.Puan Naimah tersenyum meleret.
"amboi..mesra sungguh..ummie dengan ayah kat depan ni pun dah tak Nampak lagi.."usik Puan Naimah.
"mestilah ummie..isteri tercinta kan..takkan depan orang nak cover-cover kot perasaan cinta kita pada dia..betul tak sayang?"soal Eddie kepada Eliya lalu mengucup lembut tangan gadis itu.Eliya terasa malu yang teramat.Namun perasaan malunya diletak tepi namun ayat Eddie sebentar tadi lebih mengoncang hatinya. 'Eddie cintakan aku?..tak mungkin secepat itu..tapi adakah itu ikhlas atau lakonan semata-mata untuk menyenangkan hati ummie dan ayah?..ahh..biar masa yang menentukan segalanya..'.Puan Naimah tersenyum penuh makna sambil memandang Encik Farid di sebelah.Encik Farid mengucapkan rasa syukur kerana dia tahu anaknya ikhlas tentang apa yang diucapkan.Bukan sehari Eddie tinggal bersama mereka jadi mereka dapat tahu tentang keikhlasan Eddie melalui gaya dan antonasi anak lelaki tunggal mereka itu.Eliya termenung ke luar tingkap walaupun Eddie masih mengenggam tangannya.Tiba-tiba telefon Eliya berbunyi tanda ada pesanan masuk.Eliya membuka pesanan tersebut dan terlihat ayat yang dikirimkan oleh seseorang yang bisa membuat hatinya serba salah tentang apa yang dilakukannya kini.

Anna..kenapa Anna tak angkat call Ril..Anna marahkan Ril ke?..Ril rasa tak sedap hati..Anna okay kan?..Anna buat Ril risau sebab tak angkat fon Ril..sepanjang cuti ni Anna dah lain..Anna dah dingin dengan Ril..Ril sayang Anna sangat-sangat..tolong jangan mara Ril kalau Ril ada buat silap..bagitahu Ril..Ril sanggup berubah untuk Anna..

Riak wajah Eddie sudah berubah selepas melihat air mata Eliya sudah mula bergenang.Eddie menarik Eliya rapat dengannya.Dia memeluk bahu Eliya bagi mententeramkan hati Eliya yang gundah.Eddie merapatkan mukanya ke telinga Eliya lalu berbisik.
"Liya sedih..Liya hanya akan menyiksa diri Liya dan hati abang..abang tak nak tengok Liya sedih macam ni..setitis air mata Liya ibarat macam secebis hati abang gugur..abang perlukan hati abang..Liya tolong jangan buat hati abang terseksa..abang sayang Liya..buat hari ini tolong..abang merayu Liya lupakan Zafril dulu ya..abang mohon Liya..jangan seksa abang.."
Eliya tersentak apabila mendengar Eddie menyebut nama Zafril.Jadi adakah Eddie yang menjawab panggilan Zafril?..Eliya memandang Eddie lalu berbisik kembali.
"mana abang tahu pasal...pasal Zafril?"
"ada missed call pagi tadi..abang ternampak missed call tu.."
"Liya..Liya.."
"tak apa..Liya tak payah nak explain..abang tahu Liya masih belum bersedia nak putus dengan dia..tapi abang tak nak tengok Liya menangis sebab lelaki lain..abang rasa sakit kat sini.."ujar Eddie sambil mengambil tangan Eliya dan meletakkannya ke dada.Eliya merasa degupan jantung Eddie yang agak cepat.Eliya memandang wajah Eddie dengan pandangan sayu.
"maafkan Liya abang..Liya dah gagal dalam mengawal diri Liya..maafkan Liya..dan terima kasih sebab menjadi seorang suami yang memahami.."balas Eliya lemah.Eddie tersenyum lalu mengusap pipi Eliya lembut.
"Eddie..Eliya dah bersedia?..dah sampai ni.."ujar Encik Farid.Eddie memandang Eliya lalu berbisik lagi.
"senyum sikit..dah pakai lawa-lawa ni jangan la nangis..mana ada princess nangis waktu disatukan dengan prince charming.."ujar Eddie sambil tersenyum.Eliya mencebik lalu tertawa kecil.
"amboi..bisik-bisik..jeles ummie tengok.."ujar Puan Naimah.Eddie hanya tersengih manakala Eliya sudah tersenyum malu.Eddie mengenggam tangan Eliya lalu mengangguk sedikit isyarat untuk Eliya bersedia..Eliya hanya tersenyum kelat lalu mengangguk.Mereka keluar dari kereta mewah milik Encik Farid.Lensa kamera dari berbagai arah sudah mula memancarkan cahaya.Eliya tersenyum kepada para tetamu bagitu juga dengan Eddie.Bunyi paluan kompang mula kedengaran.Mereka berjalan menuju kearah pentas yang menempatkan pelamin.Tema mereka adalah biru muda dan hitam.Eliya kelihatan bagaikan puteri dengan gaun moden berwarna biru dan memakai tiara yang diperbuat dari bunga hidup berwarna putih.Rambut Eliya dilepaskan.Eliya kelihatan seperti pari-pari hutan yang sangat cantik dan comel.Eddie juga tidak kalah dengan tuksedo yang membuatkan dia kelihatan amat kacak dan berkarisma.Selesai makan beradab diadakan majlis acara memotong kek dan diikuti dengan acara menari.Eliya dan Eddie dipaksa menari bersama.Eliya menggeleng kepala apabila Eddie mengajaknya.Setahu Eliya acara ini tidak pernah dia ketahui akan tersenarai dalam senarai acara untuk majlis perkahwinannya ini.Namun apabila banyak suara menyokongnya untuk menari,dia terpaksa akur.Eddie menghulur tangannya kearah Eliya.Gaya Eddie sudah kelihatan seperti dalam cerita dongeng apabila seorang putera mengajak puteri untuk menari.Eliya berangan lalu tergelak kecil.Eddie mengangkat kening. 'isyy..Eliya ni..atas pelamin pun masih nak berangan..nasib kau la Eddie..layan aja la..' Ehem..ehem..Eddie berdehem.Eliya tersedar dari lamunannya lalu tersengih dan menyambut tangan Eddie.Mereka menari bersama berlatarkan muzik yang sungguh romantic.Beberapa pasangan lain turut menyertai mereka berdua di ruangan itu.Eliya meletakkan tangannya ke leher Eddie manakala Eddie merangkul pinggang ramping Eliya.Mereka hanyut dalam perasaan sendiri berlatar belakangkan muzik perlahan yang membuai perasaan mereka berdua.Mereka memandang satu sama lain tanpa bersuara namun hati mereka dapat merasakan satu perasaan halus yang menusup perlahan.Eddie tersenyum lalu berkata.
"sayang ni..atas pelamin pun berangan..nasib baik tak lama..kalau tak lenguh tangan abang nak hulur lama-lama.."
"ish..kejamnya ayat..bukan orang sengaja tapi kalau mood romantic dah tahap maksimum memang la Liya pelik..by the way,sejak bila abang jadi romeo ni?..tak pernah tahu pun.."Eddie tersenyum penuh makna saat mendengar ayat Eliya.Dia mendekatkan wajahnya ke telinga Eliya.
"sejak Eliya jadi Juliette untuk abang.."Eddie tersenyum lalu mencium pipi Eliya di khalayak ramai.Tanpa mereka sedari juru kamera telah mengambil gambar mereka.Pipi Eliya sudah membahang.Eddie juga sudah termalu sendiri. 'aduh kenapa aku tak perasan..kami kan dalam majlis persandingan..malunya!!!...'hati Eddie bermonolog.Kedengara beberapa bunyi deheman tak kurang juga suara-suara yang menyakat dari kiri dan kanan mereka.Eliya sudah malu-malu kucing .Eddie akhirnya menarik Eliya untuk kembali duduk diatas pelamin.

Majlis mereka tamat tepat jam 6 petang.Selepas tamat majlis Puan Naimah,Puan Marina ,Encik Farid dan Encik Harun terus pulang ke rumah mereka manakala Eddie dan Eliya menetap di hotel tersebut.Eliya masuk ke dalam bilik hotel bersama Eddie.Eliya duduk di birai katil sambil mengenggam tangannya.Eddie tahu Eliya lebih kekok berbanding semalam kerana Eliya tahu Eddie tidak dapat berbuat apa-apa padanya semalam disebabkan mereka berada di rumah ibubapa mereka namun kini..mereka hanya berdua tanpa sebarang halangan.Eliya sudah mula tidak keruan.Sebentar dia bangun dan sesekali dia mengambil nafas panjang.Eddie yang baring di katil hanya memandang sambil tersenyum nakal.Dia mendapat idea untuk mengusik Eliya.Perlahan-lahan dia bangun lalu merapatkan wajahnya ke telinga.
"risau ke abang buat apa-apa kat Liya nanti?"ujar Eddie di telinga Eliya.
Eliya sedang termenung terkejut apabila merasa dasahan nafas serta ayat yang dituturkan oleh Eddie di telinganya.Eliya terjerit lalu segera melompat sehingga jatuh terduduk di atas lantai.Eddie ketawa terguling-guling di atas katil sehingga akhirnya dia juga turut terjatuh dari katil.Kini Eliya pula yang mengetawakannya.Dia bangun dan berjalan menuju kearah Eliya,dia menghulurkan tangan tanda ingin membantu Eliya bangun namun apabila Eliya menyambut.Eddie menarik Eliya sehingga Eliya tidak dapat mengimbang badannya dan jatuh ke dalam dakapan Eddie.Mata mereka bertentangan buat sementara.Eddie merapatkan wajahnya ke wajah Eliya.Eliya memejamkan matanya namun tiba-tiba dia terdengar Eddie tergelak dan Eliya terus membuka mata.Dia lihat Eddie telah masuk ke dalam bilik mandi.Eliya menampar-nampar pipinya perlahan. 'Malu...malu...malu..aku nak takut dia tak dapat kawal diri tapi aku yang tak dapat kawal diri..Eliya..sekarang mana kau nak letak muka ni?..'

Eddie keluar dari bilik mandi dan terlihat Eliya sudah tertidur di katil namun gaun yang di pakai tadi telah ditukar kepada t-shirt lengan pendek dan seluar paras betis serta menampakkan betis putih milik Liya.Eddie menelan liurnya.Dia segera beristighfar.Usai memakai baju dan menunaikan solat asar dan maghrib,Eddie mengejut Eliya.Eliya merengek perlahan.Eddie tersenyum 'tak pernah berubah dari kecil..Liya..Liya..buat abang makin sayang je dengan comel abang sorang ni..'hati Eddie bermonolog sendirian.Eddie mengoncang bahu Eliya lagi.Akhirnya Eliya membuka mata perlahan.
"Liya..bangun la..solat ya?.."ujar Eddie perlahan.Eliya terkebil-kebil memandang wajah Eddie. 'macam mana aku nak bagitau yang aku...aku..erm..tu..' Eliya memandang Eddie dengan wajah yang berkerut.Eddie memandang Eliya yang berkerut namun segera dia faham.Ya..itu adalah tabiat Eliya sejak kecil..apabila ada sesuatu perkara yang susah untuk diberitahu kepada Eddie pasti dia akan mengerutkan dahinya.Memang agak buruk apabila Eliya mengerutkan mukanya begitu tetapi Eddie sudah masak dengan perangai Eliya.Eddie tergelak kecil lalu menarik hidung Eliya.Eliya mengaduh sakit.
"argh..sakit la.."
"tau pun..lain kali bagitau abang je terus terang tak payah nak buat muka buruk yang comel tu..memang la kena macam ni.."
"alaa..abangkan dah faham Liya sangat dah..jadi buat muka pun ofcourse abang akan faham kan?.."
"ye la..ye la..dah la sambung balik tidur..nanti abang kejut untuk makan nanti ya..Liy..."belum sempat Eddie menyambung ayatnya Liya sudah rebah bagai terkena tembak.Eddie menggeleng kepala. 'Ya allah..Liya..Liya..bertuah punya isteri..ada ke suami belum habis cakap dia terus macam kena tembak..Liya ni comel tau...geram abang..'Eddie bermonolog sendirian sambil tersenyum.Tiba-tiba dia mendapat idea nakal.Eddie merapatkan wajahnya ke wajah Eliya.Niatnya hanya untuk mengusik Eliya kerana dia tahu Eliya masih belum terlena sepenuhnya.Sedikit demi sedikit mukanya semakin menghampiri wajah Eliya.Tiba-tiba Eliya membuka matanya..dengan segera dia duduk tegak namun...
"arghhh..."kedua-dua mereka menjerit kerana dengan tindakan drastik Eliya menyebabkan bibir Eddie terhantuk dengan dahi Eliya.Darah merah sudah kelihatan di bibir Eddie.Eliya tergamam melihat luka tersebut.Eliya segera bangun dan mengambil tisu basah sebelum menekap ke bibir Eddie.Walaupun bibirnya agak kurang sakit namun Eddie senang dengan perhatian yang diberikan oleh Eliya kepadanya.Demi mendapat perhatian Eliya,dia meneruskan lakonan.
"ahh..Liya slow sikit..sakit bibir abang.."
"hah..ohh..okay..sorry..sekejap ye Liya ambilkan ais.."Eddie hanya mengangguk lemah.Eddie tersenyum gembira apabila lakonannya menjadi namun senyumnya mati kerana bibirnya terasa pedih akibat kesan terhantuk tadi.Eliya kembali dan meletakkan ais di bibir Eddie.Eddie merenung wajah Eliya dengan hati yang sarat dengan perasaan cinta yang semakin hari semakin mekar buat si isteri.Apabila di tenung begitu Eliya juga turut memandang wajah Eddie.Eddie mengambil ais yang berada di tangan Eliya dan meletakkannya ke tepi.Perlahan Eddie semakin rapat dengan Eliya.Dia mencium dahi Eliya.
"terima kasih sayang..sebab risaukan abang.." Tiba-tiba air mata Eliya mengalir perlahan.Eddie menyeka air mata Eliya.
"kenapa ni?"
"maafkan Liya sebab dah buat abang luka..Liya minta maaf sangat..Liya tak sengaja.." Eliya ucap dalam tangisnya namun perlahan Eddie melekapkan bibirnya di pipi kanan diikuti pipi kiri Eliya.Akhir sekali bibir Eddie melekap dibibir mungil gadis itu.Eliya terkejut namun akibat serba salah, dia hanya memakukan diri.Eliya tergamam dengan tindakkan Eddie.Seketika kemudian Eddie memeluknya sambil berbisik.
"abang sanggup luka setiap hari asalkan Liya tetap bersama abang dan tidak bersama Zafril..luka abang di bibir ni tak sesakit hati abang bila tengok Liya menangis dan teringatkan lelaki lain selain abang..sebab abang terlalu sayangkan Liya..abang sayang Liya melebihi kasih seorang abang terhadap adik..abang cintakan Liya..abang nak Liya jadi milik abang seorang...hati abang bagai dihiris dengan pisau apabila melihat Liya berjalan beriringan dengan lelaki lain seperti pada hari kita pergi ke butik pengantin bulan lepas..abang tak sanggup lepaskan Liya lagi pergi dengan lelaki lain.."
"tapi..."belum sempat Eliya menyambung ayatnya Eddie sudah memotong.
"syyhhh..abang bagi Liya masa untuk membuat keputusan dalam hubungan Liya dan Zafril..tapi Liya juga harus cuba menempatkan abang dalam hati Liya..Liya harus janji untuk tidak pernah tinggalkan abang seorang walaupun hati Liya belum jadi milik abang sepenuhnya..janji?"
"janji..abang pun janji akan sabar dengan Liya dan sentiasa jadi pelindung dan tempat bergantung untuk Liya..okay?"balas Liya.
"abang janji akan jaga Liya dan anak kita yang bakal lahir dengan baik..abang akan sedaya upaya menjadi seorang suami dan ayah yang memahami untuk Liya dan anak kita nanti.."ujar Eddie ikhlas.Muka Eliya sudah memerah selepas mendengar perkataan 'anak kita' yang meluncur dari mulut Eddie.Eddie kelakar melihat muka Eliya yang berona merah.
"hey..jangan la salah faham..abang tak akan apa-apakan Liya sampai lepas SPM nanti..buat masa sekarang ni Liya jangan risau tentang tu..abang akan kawal diri abang..Liya pun sama..jangan la selalu goda abang macam tadi..tergoda tau.."Eliya menjeling tajam kearah Eddie.Eddie tergelak kecil sebelum kembali mendakap Eliya lalu berbaring.Tanpa mereka sedari mereka berdua sudah terlena dalam dakapan masing-masing.Dan sedikit demi sedikit Eddie telah mencuri ruang dalam hati Eliya buat dirinya tanpa Eliya sedari.

Eliya tersedar dari tidur saat perutnya mula berkeroncong.. Mana tidaknya ,sewaktu majlis persandingan mereka tadi Eliya hanya makan sedikit kerana mereka menjadi tumpuan pada hari itu menyebabkan dia kurang selesa untuk makan.Perlahan-lahan dia membuka mata namun terasa berat,dia cuba untuk bangun.Tiba-tiba dia terasa sesuatu di pinggangnya,segera Eliya membuka mata.Dia terkejut kerana tangan Eddie sedang melingkari pinggangnya kemas.Perlahan dia menolak tangan tersebut ke tepi namun lingkaran tersebut makin kuat.Eliya tahu Eddie sengaja mengenakannya.Dia memandang ke arah Eddie dan kelihatan Eddie sedang tersenyum sambil matanya masih terpejam.
"abang..lepas la..Liya lapar ni..nak bangun siap..kita pergi makan ya?"
"erm.."Eddie bersuara namun tiada sebarang perubahan dalam kedudukan mereka.
"cepatla abang..macam mana Liya nak bangun kalau abang letak tangan macam ni.."
"satu syarat.."
"apa?"tanya Eliya.Eddie tersenyum nakal lalu menunjuk ke bibirnya.Eliya membulatkan mata serta merta pipinya merah. 'aduh..abang ni..boleh buat Liya sakit jantung tau dengan kerenah abang ni..'
"abang!..tak nak la..ngada-ngada betul..tadi kan dah.."
"tadi dah apa?"makin galak Eddie mengusik Eliya.Eliya sudah mengigit lidah. 'macam mana boleh terlanjur cakap ni..kan dah malu..Liya..Liya'hati Eliya bermonolog.
"cepat buat keputusan kalau tak abang tak nak lepaskan..hah..cepat..masa berjalan.."ujar Eddie dalam senyuman.
Eliya memegang perutnya. 'aduh..dah lapar sangat ni..nampaknya terpaksa la..dah darurat ni'.Perlahan Eliya mendekatkan wajahnya ke wajah Eddie.Apabila hidung mereka mula berlaga kedengaran bunyi telefon bimbit Eliya berbunyi.Eliya segera membetulkan kedudukannya.Dia memandang Eddie dengan wajah simpati.Perlahan Eddie melepaskan rangkulannya.Eliya melompat menuju ke arah meja solek yang menempatkan telefon bimbitnya.Wajahnya berubah saat terlihat nama pemanggil. Eddie seperti sudah dapat mengagak gerangan si pemanggil.Eliya segera menjawab panggilan lalu berjalan menuju ke balkoni bilik tersebut.
"Hello.."
"Anna..kenapa tak balas text Ril..call pun tak jawab..risau Ril tau..Anna ok?"
"erm..ok..Ril tengah buat apa?"
"Ril tengah rindukan Anna la..dah masuk 4 hari kita cuti dan sepanjang tu juga Ril tak jumpa Anna mestilah rindu..rindu yang teramat sangat.."
"Anna pun.."
"kenapa suara Anna macam lemah je?"
"tak ada apa lah..Anna rasa kurang sihat je sikit.."bohong Eliya.Sebenarnya dia sedang cuba mengawal sebak di dada.

Eddie duduk di sebuah kerusi yang terletak di bilik bersebelahan dengan pintu balkoni.Dia mendengar dengan jelas perbualan isterinya dengan Zafril.Dia mengenggam penumbuknya saat terrdengar suara Eliya yang seperti hendak menangis.

"Anna nak Ril teman Anna pergi klinik?..Ril boleh temankan kalau Anna nak.."
"eh..tak apa la..susah-susahkan Ril je..Anna okay..nanti Anna pergi dengan abang sepupu Anna.."
"erm..ye la..tapi ingat pesan Ril..jangan rapat sangat dengan abang sepupu Anna tu..Ril tak berapa suka la.."
"insyallah.." balas Anna pendek perlahan air matanya mengalir.Eddie yang melihat Eliya dari sebalik langsir sudah panas hati. 'Liya..kenapa?..kenapa Liya mesti menangis sebab lelaki lain..Liya masih belum nampak ke betapa abang cintakan Liya..'Eddie bermonolog sendirian sambil memegang dadanya.Hatinya berasa sungguh pedih.Sudah lama dia tidak merasa seperti ini kali terakhir adalah sewaktu dia terpaksa berpisah dengan Eliya 3 tahun lepas..adakah dia sudah merasa perasaan ini sejak dari saat itu ?..Dia juga tidak pasti.
"okay la,Ril..mak Anna dah panggil ni..got to go.."
"okay..love you sayang.."
"me too..bye"balas Eliya sebelum mematikan talian.Eliya duduk di lantai sambil menyandar ke dinding balkoni.Dia menangis semahunya.Sungguh pedih rasanya untuk dia cuba tidak mencintai Zafril.Ah..kenapa begitu susah untuknya melupakan Zafril kekasihnya sejak 2 tahun lepas.Eddie yang duduk di bilik juga duduk menyandar di dinding bilik tersebut.Hanya dinding yang memisahkan kedudukan mereka berdua.Eliya berasa sungguh terseksa begitu juga Eddie namun jauh sekali Eddie memikirkan untuk melepaskan Eliya.Kenapa mereka harus menjalani hubungan dengan hati yang sungguh pedih begini.Eddie mendengar esakkan Eliya yang berada di balkoni.Perlahan air mata lelaki Eddie juga turut mengalir. 'Liya..hati abang sakit..pedih..abang tak boleh dengar Liya nangis macam ni..andai abang dapat cabut perasaan sedih itu dari hati Liya pasti abang dah buat..'.Tiba-tiba telefon Eddie berbunyi.Eddie menjawab selepas melihat nama pemanggil.
"Hello..ye papa.."kedengaran Encik Harun memberitahunya tetang sesuatu di hujung talian.
"apa?!"peluh sudah memercik di dahi Eddie telefon bimbitnya juga terjatuh ke lantai.Ketika itu Eliya masuk ke dalam bilik.Dia juga terkejut melihat muka Eddie yang sudah pucat.
"abang..abang kenapa ni?"tanya Eliya panik.
"atuk..atuk.."ucap Eddie lemah.
"kenapa dengan atuk?"
"atuk dah nazak..dan atuk nak jumpa kita berdua.."ujar Eddie.Eliya yang sedang berdiri terduduk di lantai.Air matanya menitis laju.Bahunya juga sudah terhenjut-henjut dalam esakkan.Eddie mengangkat Eliya lalu memeluk gadis itu.Eliya menangis dalam dakapan Eddie.

Eddie dan Eliya berlari menuju ke wad icu yang menempatkan atuk Samad.Mereka berdua dibenarkan masuk selepas mendapat kebenaran dari doktor.Atuk Samad sudah kelihatan amat lemah apabila Eddie dan Eliya masuk ke wad tersebut.Eliya menangis lagi.Atuk Samad membuka matanya perlahan.
"Liya..Eddie..selamat pengantin baru.."ucap atuk Samad yang sesekali sesak nafas.
"Liya..Eddie..masa atuk dah sampai..atuk nak Eddie janji dengan atuk..Eddie akan jaga Liya sampai akhir hayat Eddie..dan Liya..janji akan jadi isteri yang baik untuk Eddie.."ucap atuk Samad tersekat-sekat.Eliya memegang tangan kanan atuk Samad manakala Eddie memegang tangan kiri milik atuknya itu.
"Eddie janji.."
"Liya pun.."
"kamu mesti cinta satu sama lain..kerana kamu dah ditakdirkan bersama.."atuk Samad menyatukan tangan mereka berdua.Mulut atuk Samad mula terkumat kamit namun hanya nama 'ALLAH' sahaja yang didengari oleh Eliya sebelum mesin jantung sudah menunjukkan garis lurus menandakan atuk Samad sudah kembali ke rahmatullah.Eliya menutup mulutnya dan air mata sudah mengalir laju.Eddie memeluk bahu Eliya.Beberapa orang juru rawat datang dan memeriksa nadi atuk Samad sebelum menutup jenazah atuk Samad menggunakan selimut.Mereka membuka segala wayar yang terpasang di badan atuk Samad.Eddie membawa Eliya keluar dari wad tersebut.Ibubapa mereka sudah terduduk lemah di ruangan menunggu yang tersedia di luar wad tersebut.Eliya masih menangis.Eddie hanya menjadi penenang Eliya.Eddie sudah dapat menerima segala yang telah terjadi pada atuk Samad kerana dia tahu itu adalah terbaik buat atuk Samad yang sudah hampir sebulan terlantar di wad icu itu.
Jenazah atuk Samad selamat di kebumikan sejurus selepas isyak.Eliya dan Eddie terpaksa pulang ke hotel malam itu kerana telah membuat tempahan.

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin