Bab 54

5.2K 98 5
                                    

Dua tahun kemudian...

Eddie duduk disamping Mia yang sedang mencabut rumput ditanah pusara Intan.Batu nisan yang terukir nama Intan Nurhuda itu dipegangnya. 'Intan..I rindu dengan you,sayang..pemergian you betul-betul meninggalkan kesan yang mendalam pada kehidupan I..I menyesal sangat sebab tak hargai you sepanjang you ada disisi I..I selalu sakiti you.Walaupun begitu,you tetap sabar dengan kerenah I yang selalu tidak dapat mengawal emosi I..maafkan I sayang..I dah lama maafkan you..I halalkan segala makan minum you selama you hidup dengan I..you tenanglah disana bersama anak kita..'hati Eddie berkata-kata sayu.Pusara kecil disebelah pusara Intan turut dicurahkan air mawar. 'Ilyas,anak daddy..maafkan daddy ,sayang sebab Ilyas tak dapat melihat dunia dengan lebih lama..daddy sayangkan Ilyas..'
"daddy..jom kita balik?.."soal Mia sambil memegang bahu Eddie yang sedang duduk diatas tikar disamping pusara Intan dan anak mereka Ilyas.Eddie mengangguk lalu segera menggulung tikar itu sebelum mereka berdua berjalan meninggalkan kawasan tanah perkuburan islam itu.


Eliya sedang melipat baju anak-anaknya,tiba-tiba lampu tertutup.Eliya meraba-raba untuk mencari telefon bimbitnya diatas katil tiba-tiba tangannya tersentuh sesuatu yang agak keras.Lampu terus terbuka.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Ries sedang tersenyum dihadapannya bersama sejambak bunga ros merah.Dan objek keras sebentar tadi adalah kotak barangan kemas.Ries segera mengambil kotak yang diletakkan diatas katil itu lalu membuka perlahan.Eliya teruja melihat kilauan berlian yang cantik pada loket rantai emas itu.Rantai itu terukir namanya dan Ries.Ries segera memakaikan Eliya rantai tersebut sebelum mengucup lembut pipi isterinya.
"happy anniversary ,darling.."bisik Ries romantis.
"thank you,bie.."Eliya mengalirkan air mata akibat terharu.Ries memeluk tubuh Eliya erat dan membantu isterinya yang sedang duduk diatas katil itu untuk bangun.
"isy..berat betul la mama ni..semua sebab si junior la ni.."ujar Ries lalu mengusap perut Eliya yang kian membesar.Ya,akhirnya mereka berdua bakal menimang cahaya mata sekali lagi.Walau pada mulanya Eliya agak keberatan untuk mengandung lagi tetapi dia tetap menerima berita tentang kandungannya dengan hati yang gembira.
"nah..macam yang you pesan pada I tadi..tiga polistrine pulut mangga khas dari kedai yang you nak.."Eliya tersenyum gembira melihat pulut mangga yang diidam-idamkannya itu.
"suka sangat pulut mangga tu..kalau pedih ulu hati macam mana?..I juga yang susah.."
"alaa..papa mestilah kena berkorban sikit untuk mama..inikan permintaan baby.."ujar Eliya manja lalu merangkul leher Ries.
"eh..kenapa senyap aje rumah ni?..mana anak-anak kita?.."soal Eliya pelik.Setahunya anak-anak mereka sedang menonton tv sebentar tadi namun kini sepi keadaan dalam rumah itu.
"jom..darling nak tahu diorang tengah buat apa tak?.."soal Ries sambil memimpin tangan Eliya keluar dari bilik itu.Isterinya itu dipimpin sehingga ke dapur.Mata Eliya membulat apabila melihat keadaan dapur yang sudah berkecah.
"Hi mama!.."ujar mereka serentak.Dania turut melambaikan tangannya kepada Eliya namun matanya masih terarah kepada mangkuk ais krim yang berada didepannya.
"bie..kenapa you bagi budak-budak ni makan ais krim malam-malam macam ni?.."soal Eliya dalam nada geram.Pinggang suaminya itu digeletek.Ries ketawa akibat kegelian.
"ala,mama kita orang ni bukan budak kecil lagi la.."ujar Heyqarl.
"a'ah mama..yang kecil tu cuma Nia aje.."Sofea menyampuk.
"tak kecik..tak kecik.."Dania berkata-kata pelat sambil menyuapkan ais krim ke mulut comelnya.Mereka ketawa serentak apabila mendengar suara halus Dania yang berkata-kata.Habis comot wajah si kecil itu dipenuhi ais krim.Rambutnya yang diikat tocang dua juga sudah terkena air krim.
"kesian la mama macam ni nak kena kemas dapur yang korang dah sepahkan ni.."Eliya pura-pura mengeluh sedih.
"mana boleh mama kemas seorang...siapa nak tolong papa jadi hero kemaskan rumah?.."soal Ries teruja.Heyqal dan Sofea mengangkat tangan.Dania yang tidak tahu apa-apa itu juga mengangkat sudu yang berada ditangannya.Eliya tersenyum.Ries menghampiri Heyqarl lalu mencuit sedikit ais krim tanpa disedari oleh Eliya.Beberapa saat kemudian,hidungnya terasa sejuk.Ternyata Ries telah mengenakannya.
"ohh..bie nak main kasar dengan I,eh?..geng..apa lagi..kita serang papa!.."ujar Eliya sebelum Sofea,Heyqarl dan Dania mengeletek Ries secara beramai-ramai.Kedengaran suara gelak tawa mereka sekeluarga memenuhi ruangan dapur itu.

Eddie memeluk Mia,Sofea,Heyqarl dan Dania dengan erat sekali.Sebentar lagi dia bakal terbang ke Amerika untuk memulakan kehidupan disana.Memang berat hatinya untuk meninggalkan anak-anaknya itu tetapi dia tahu nasib anak-anaknya itu akan lebih terjamin dengan ibubapa mereka.Eddie memeluk Riz erat.
"kau jagalah Mia dengan baik..aku akan telefon setiap minggu untuk bercakap dengan dia,insyallah.."ujar Eddie lalu menepuk bahu Riz.
"Mia..Mia dengar cakap mama Liza dan ayah,ya?..jangan nakal-nakal..ingat pesan ibu dulu..jadi anak yang solehah..dengar cakap mak ayah..dan selalu sedekahkan al-fatihah untuk arwah ibu dan adik,okay?.."ujar Eddie lalu mengusap kepala Mia penuh kasih sayang.Eddie berjalan menghampiri Heyqarl,Sofea dan Dania.
"anak-anak daddy ni semua jangan nakal,okay?..jaga mama dan adik baby,okay?..nanti daddy balik,kita berlima pergi holiday,okay?.."ujar Eddie kepada anak-anaknya termasuk Mia.Mereka mengangguk akur.Eddie mengucup pipi satu per satu anaknya dengan penuh kasih sayang.
"Ries..kau jagalah anak-anak aku dengan baik,ya?..dan paling penting jaga Eliya ni bak-baik..aku serahkan syarikat tu dibawah pengurusan kau sebab syarikat itu adalah milik atuk Samad iaitu datuk kandung Eliya..jadi,aku rasa kau sebagai suami Eliya lagi berhak untuk mengambil alih syarikat itu.."ujar Eddie lalu memeluk Ries erat.
"insyallah..aku akan cuba jalankan tanggungjawab aku dengan sebaik mungkin seperti kau.."balas Ries sambil menepuk bahu Eddie.
"Liya..Eddie tak akan pesan apa-apa untuk Liya sebab Eddie tahu Liya sentiasa tahu tanggungjawab Liya sebagai isteri dan mama kepada anak-anak.."Eliya tersenyum sambil mengangguk.Eddie bersalaman dengan ibubapanya dan ibubapa Eliya sebelum dia berjalan memasuki balai perlepasan.Eddie melambai kepada ahli keluarganya buat kali terakhir sebelum kelibatnya hilang ditengah orang ramai.Eliya menghela nafas panjang.Akhirnya Eddie mengambil keputusan untuk memulakan hidup baru di Amerika selepas menerima tawaran bekerja di sebuah syarikat di sana.

"jom sayang kita balik?.."soal Ries lalu memimpin tangan Eliya.Eliya tersenyum lalu mengangguk sebelum dia berjalan beriringan menuju ke pintu keluar lapangan terbang itu. 'Eddie..Liya doakan Eddie bertemu jodoh dengan perempuan yang baik-baik disana..Liya juga doakan Eddie berjaya dalam segala apa yang Eddie buat..Eddielah satu-satu sepupu yang Liya sayang sejak kecil..Liya doakan Eddie bahagia..'

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now