Bab 18

2.1K 74 0
                                    


"assalamualaikum.."Eddie masuk ke dalam biliknya sejurus pulang dari pejabat tepat jam 4.30 petang namun dia pelik apabila isterinya tidak kelihatan.Sebentar tadi ketika dia masuk ke rumah hanya Mak Leha,pembantu rumah mereka sahaja yang membuka pintu namun Mak Leha tidak pula memberitahu apa-apa kepadanya. 'aik...mana pula pergi bini aku ni?..'hati Eddie tertanya-tanya.Biasanya Eliya akan memberitahunya setiap kali isterinya itu ingin keluar.Tiba-tiba telefon bimbit Eddie bergetar tanda ada pesanan masuk.

Abang..sorry lupa nak pesan..Liya keluar sekejap..mungkin balik lewat sikit..makan dulu jangan tunggu Liya..Liya keluar dengan Abby ni..don't worry..love ya!

Eddie menghela nafas berat. 'huh..nampaknya makan sorang-sorang la aku hari ni..'.Ketika dia ingin masuk ke bilik mandi dia terpandang kearah laptop milik Eliya yang terletak elok diatas meja sisi katil dan kelihatan lampu berkelip-kelip tanda laptop itu tidak dimatikan.
"ya allah..Liya..Liya..kenapa la tak matikan laptop dulu sebelum keluar.."ujar Eddie sebelum berjalan kearah meja sisi tersebut untuk mematikan laptop tersebut.Namun dia terkejut apabila terlihat status facebook yang terpampang dimuka skrin laptop tersebut.Dia tidak risau akan keadaan Zafril namun apa yang dirisaukannya tentang isterinya. 'pasti Liya akan pujuk Zafril ni..'hati Eddie mula dibelenggu rasa tidak enak.

Eliya makan malam bersama Rabiatul disebuah restoran makanan segera.Hari itu mereka berdua menghabiskan masa bersama untuk bersiar-siar sambil membeli beberapa keperluan bayi.Walaupun berkali-kali Eliya menolak untuk membeli barangan tersebut namun Rabiatul masih bertegas kerana katanya kita harus sediakan payung sebelum hujan.Ketika mereka berdua sedang rancak berborak telefon bimbit Eliya berbunyi.
"assalamualaikum,kak Maria.."ujar Eliya.
"walaikumsalam..Liya..tolong akak Liya..Zafril buat hal lagi..macam mana ni?.."kedengaran suara Maria Hanna yang cemas dihujung talian.
"apa?..akak dia kat mana sekarang ni?..biar Liya pergi pujuk dia.."ujar Eliya.Maria Hanna memberitahu beberapa maklumat mengenai tempat tersebut.
"okay akak..Liya pergi sekarang.."balas Eliya sedikit cemas.Rabiatul yang melihat rakannya turut merasa cemas.
"cepat Liya..dia mabuk ni..dah cakap nak bunuh diri bagai..cepat tau.."ujar Maria Hanna.
"okay..akak stay je dulu dengan dia..nanti Liya sampai lagi 5 minit.."balas Eliya sebelum mematikan talian.
"Abby..aku kena cepat..aku pergi dulu ye?.."ujar Eliya mengambil beg tangannya sebelum bangun dari duduknya.
"eh..aku hantar kau la..bahaya ni dah malam dah.."balas Rabiatul sebelum dia juga turut bangun.
"tapi..aku risau kalau Zafril apa-apakan kau pula.."
"tak apa..aku hantar kau je ke sana..aku tak kacau korang la.."ujar Rabiatul.Eliya hanya mengangguk sebelum mereka berdua pantas berjalan kearah kereta milik Rabiatul.

Ketika sampai dihadapan tempat yang diberitahu oleh Maria Hanna. Eliya turun dari kereta Rabiatul.
"terima kasih Abby.."ucap Eliya.
"are you sure kau tak nak aku teman kau?.."soal Rabiatul.Eliya mengangguk laju.
"ya..ala..Abby..insyallah aku tak apa-apalah..Zack tu jadi macam tu sebab aku juga..so,aku la yang bertanggungjawab untuk betulkan keadaan semula..okay la..aku pergi dulu..drive elok-elok.."ujar Eliya sebelum berjalan kearah taman permainan yang terletak berdekatan dengan rumah Zafril yang sememangnya kawasan perumahan elit.

Eliya terlihat kelibat Zafril yang sedang duduk termenung disebelah tasik buatan yang terletak ditaman tersebut.Perlahan dia mengatur langkah kearah Zafril sebelum mengambil tempat disebelah jejaka tersebut.Bau arak mula menusuk hidung sejurus Eliya duduk disamping Zafril yang termenung jauh dan sesekali meneguk air haram itu.Keadaan Zafril sudah tidak terurus lagi namun wajah kacaknya masih lagi kelihatan seperti selalu.
"Zafril.."panggil Eliya yang menahan sebak.Zafril memandang Eliya dengan wajah yang kosong.
"k..kau..kau buat apa kat sini?.."soal Zafril tegas namun suaranya masih perlahan.
"kenapa awak jadi macam ni Zafril?..awak tahu kan saya tak sanggup tengok awak rosak macam ni?.."ujar Eliya dengan air mata yang mula berjuraian.Zafril tergelak sinis.
"habis tu kenapa kau sanggup tipu aku Eliya?..kau tahu aku cinta kau separuh mati..kenapa kau tipu aku?.."ujar Zafril lalu mengambil botol minuman keras untuk meneguk air haram itu.Eliya mengambil botol tersebut dari pegangan tangan Zafril dan meletakkannya jauh dari lelaki itu.
"saya sedikit pun tak terniat nak tipu awak,Zafril..sedikit pun tidak.."ujar Eliya dalam nada sayu.
"tapi kau dah buat hati aku kecewa, Eliya..aku rasa macam nak mati sekarang ni..aku terlalu inginkan kau untuk jadi milik aku dan ternyata jantan tu dah rampas kau dulu.."ujar Zafril sayu.
"Zafril dengar sini..perkahwinan saya ni adalah disebabkan permintaan terakhir atuk saya..saya pada mulanya memang tak setuju dengan perkahwinan ni..tapi saya tak sanggup nak biar atuk saya meninggal dengan hati yang sedih.."ujar Eliya.
"habis tu..kenapa kau tak beritahu aku?..aku begitu tak penting bagi kau kan sehingga kau pinggirkan aku sebegini sekali.."ujar Zafril kesal.
"bukan..bukan macam tu..percayalah..saya tak pernah pinggirkan awak,Zafril.."ujar Eliya lalu mengenggam tangan Zafril.
"awak abang angkat saya mestilah kedudukan awak istimewa pada saya..saya tak pernah pinggirkan awak tapi saya terpaksa sembunyikan sebab saya takut awak jauhkan diri dari saya..macam sekarang..selepas awak tahu saya isteri Eddie..awak terus bawa diri dan rosakkan diri awak macam ni..saya sedih tau tengok awak dalam keadaan macam ni..saya tak nak tengok awak macam ni.."terang Eliya cuba memujuk Zafril.
"awak tak sayang saya lagi ke Anna?.."soal Zafril sedikit lembut dan sudah bertukar kata ganti diri yang digunakan.
"saya sayang awak,Zafril..saya sayang awak sangat-sangat dan saya tak nak kehilangan awak.."ujar Eliya.Tiba-tiba kedengaran bunyi ranting kayu yang patah dari belakang mereka.Eliya dan Zafril memandang kearah bunyi tersebut serentak.Ternyata Eddie sedang mendengar perbualan mereka dan wajahnya kelihatan tegang sebelum dia berjalan laju beredar dari tempat tersebut.Eliya bagai tersedar dari mimpi terus bangun dan mengejar Eddie tanpa dia sedari kakinya tersepak batu menyebabkan badannya tidak seimbang dan jatuh.Zafril pantas berlari kearah Eliya yang mengerang kesakitan namun dia cuba mengensut untuk mengejar Eddie.
"arrgghh..abang..abang tunggu dulu..biar Liya terangkan hal sebenar.."ujar Eliya namun Eddie sudah beredar dari tempat itu.Hanya gelap malam yang menemaninya sebelum Eliya pengsan dalam kesakitan yang mencucuk-cucuk dibahagian rahimnya dan darah yang mula mengalir celah pehanya.Zafril cemas lalu mencepung Eliya dan membawa gadis itu ke rumahnya yang terletak bertentangan dengan taman tersebut. 'ya allah..selamatkanlah Eliya..aku tak sanggup kehilangan dia..biarlah dia jadi milik orang lain asalkan aku masih dapat melihat dia didunia ini..tolonglah aku ya allah..'hati Zafril tidak putus berdoa.

Eddie
memandu laju sambil menghentak-hentak stereng keretanya.Beberapa kali telefon bimbitnya berdering namun dia menghiraukannya.Dia memandu tanpa hala tuju dan akhirnya dia menghentikan keretanya dibahu jalan.Telefon bimbitnya menjerit-jerit minta diangkat membuatkan Eddie mematikan telefon bimbitnya.
"arrrgghhh..kenapa kau buat macam ni pada aku,Eliya?!!!"Eddie meraup mukanya beberapa kali.

Satu jam yang lalu..
Eddie duduk diruang tamu menunggu isterinya.Jam sudah menunjukkan ke angka 9 malam namun kelibat isterinya itu masih tidak kelihatan.
"tunggu Eliya ke ,Eddie?.."soal Puan Marina.
"a'ah,mommy..Liya kata keluar dengan Abby tapi kenapa sampai sekarang tak balik-balik ni..risau pula Eddie..call pula masuk voice mail.."balas Eddie.
"cubalah telefon Abby..mana tahu Eliya pergi merayap sorang-sorang ke..si Liya tu pantang bagi peluang..memang suka shopping.."balas Puan Marina sebelum masuk ke dalam biliknya.Eddie hanya tergelak kecil.

Selepas beberapa minit,Eddie mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor Rabiatul.
"hello...Abby..Liya ada dengan Abby ke?.."soal Eddie.
"tak..Abby dah dekat rumah ni.."jawab Rabiatul.Eddie mula rasa tidak enak apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Rabiatul.
"hah?..habis tu dia kat mana sekarang?..tadi kata nak keluar dengan Abby..sekarang ni call tak angkat-angkat.."ujar Eddie sedikit cemas.
"dia..erm..dia pergi jumpa Zafril.."ujar Rabiatul serba salah.Sejujurnya dia serba salah untuk memberitahu Eddie kerana dia tidak mahu campur hal rumah tangga kawannya itu kerana risau akan berlaku pergolakkan jika dia memberitahu hal yang sebenar kepada Eddie.
"what?!..jumpa kat mana?.."suara Eddie mula naik seoktaf.
"kat kawasan rumah Zafril.."ujar Rabiatul.
"bagi alamat rumah dia sekarang.."arah Eddie.Rabiatul memberikan alamat kepada Eddie sebelum mereka mematikan talian.Eddie pantas mencapai kunci keretanya dan memandu laju ke tempat yang diberitahu.

Sejurus dia sampai dia terkejut apabila terlihat Zafril dan Eliya duduk berduaan dibangku yang menghadap kearah tasik.Pada mulanya dia tidak berburuk sangka namun dia jadi marah apabila terlihat Eliya memegang tangan Zafril.Eddie berjalan perlahan kearah kedua-dua makhluk itu namun dia menghentikan jalannya apabila terdengar butir bicara Eliya.
"..saya tak pernah pinggirkan awak tapi saya terpaksa sembunyikan sebab saya takut awak jauhkan diri dari saya..macam sekarang..selepas awak tahu saya isteri Eddie..awak terus bawa diri dan rosakkan diri awak macam ni..saya sedih tau tengok awak dalam keadaan macam ni..saya tak nak tengok awak macam ni.."
"awak tak sayang saya lagi ke Anna?.."Eddie mendengar apa yang dikatakan oleh Zafril.
"saya sayang awak,Zafril..saya sayang awak sangat-sangat dan saya tak nak kehilangan awak.."

Eddie meraup wajahnya lagi.Ayat terakhir Eliya bagai terngiang-ngiang ditelinganya.Tanpa dapat ditahan air mata jantan Eddie menitis perlahan.
"Liya..kenapa Liya buat abang macam ni?..Liya tak cinta abang ke?..Liya tak sudi ke jadi isteri abang?..Liya tahu tak betapa abang cintakan Liya dan sayang Liya sepenuh hati abang?.."Eddie berkata-kata dengan hatinya yang berkecai.Dadanya terasa sesak dengan perasaan sedih dan kecewa.


Love You 1000 Times (Wattpad Version)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें