Bab 35

1.8K 58 1
                                    

    "are you okay?.."soal Ries risau apabila melihat Eliya memejamkan matanya diruangan sebelah pemandu.Sejak kejadian tadi,Eliya hanya mendiamkan diri tanpa sebarang kata.Eliya mengangguk lemah.
"no..you're not okay..let's go to the clinic.."ujar Ries lalu segera memandu laju menuju ke klinik berdekatan.Tangan Eliya disentuhnya.Terasa begitu dingin sekali.Wajah wanita itu kelihatan pucat sekali.Ries mencapai telefon bimbitnya namun pergerakannya terhenti apabila pergelangan tangannya dipegang oleh Eliya.
"no..don't call him.."ujar Eliya lemah sambil mata terpejam.Ries meletakkan telefon bimbitnya kembali.Beberapa minit kemudian,mereka tiba di klinik.

"tekanan darah isteri encik ni naik dengan mendadak..hal ni amat serius dan bahaya buat kandungannya..saya harap puan dapat berehat secukupnya..kandungan puan masih lemah.."ujar doktor yang bernama Vivian.Ries mengangguk.Eliya turut mengangguk tanda faham.Beberapa minit kemudian,mereka berdua keluar dari bilik rawatan.Eliya duduk disamping Heyqarl manakala Ries pergi membuat bayaran dan mengambil ubat di kaunter.

Dalam perjalanan,Eliya hanya mendiamkan diri.Suasana dalam kereta tu amat sunyi.Hanya sesekali sahaja kedengaran suara Heyqarl yang petah itu berbual bersama Ries.Ries mencuri pandang kepada Eliya yang termenung.Beberapa minit kemudian,keadaan sudah mulai senyap didalam kereta itu.
"sabar la,Liya..mungkin ada hikmah disebalik segala yang terjadi..Cuma satu je pesan I..jangan menangis tanpa I disisi you.."ujar Ries memujuk.Eliya memandang Ries lalu tersenyum kelat.Eliya memandang ke kerusi penumpang dibelakang.Ternyata Heyqarl sudah nyenyak tidur.Eliya bersyukur anak lelakinya itu sudah tidur jika tidak pasti dia akan berasa agak susah untuk berbincang mengenai hal rumah tangganya.
"Ries..bila fikir-fikir balik kan,I rasa I tak boleh jadi lemah kali ni.."ujar Eliya tiba-tiba dalam nada seperti dia sedang merancang sesuatu.Ries yang mendengar apa yang dikatakan oleh Eliya tersenyum.Ini adalah salah satu sebab dia jatuh suka kepada Eliya,wanita ini tidak pernah berputus asa.
"tahu pun..so apa rancangan you?.."soal Ries lalu mengangkat keningnya sebelah bersama senyuman yang sudah bertukar kepada senyuman seperti watak jahat.Eliya tergelak melihat wajah Ries yang kelihatan lucu itu.Tiba-tiba Ries mengerutkan dahinya.
"kau masih waras kan?.."soal Ries dalam nada cuak yang dibuat-buat.
"tak ada la..aku dah gila sebab tu la aku gelak.."balas Eliya sinis lalu menumbuk lengan Ries geram apabila disoal begitu.Ada ke patut orang tengah bersemangat ditanya begitu..memang minta tumbukan padu dari Eliya Rihanna la jawabnya
"so,what's your plan?.."soal Ries.Eliya memetik jari.
"soalan cepumas itu yang I tunggu.."
"I akan rebut semula hak I..tak kira apa jadi..kali ni I tak akan mudah untuk jadi lemah..this time no more weak Liya..this time I'm gonna be iron woman..I akan pastikan Eddie melutut pada I.."jawab Eliya penuh semangat dan dendam.Dia sudah bosan untuk menjadi lemah.Sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya,dia harus lebih kuat dari segalanya untuk mendapatkan semula hak mereka iaitu Eddie,suaminya. 'Siaplah kau perempuan..kau belum kenal lagi aku siapa..'hati Eliya bermonolog.Ries menepuk tangannya dengan teruja.Nampaknya Eliya sudah mula bertindak dan dia pasti Eddie tak akan mudah terlepas ke tangan mana-mana wanita kerana Ries sendiri akan menawarkan pertolongan kepada Eliya agar wanita kesayangannya itu memperoleh semula kebahagiaan yang cuba dirampas oleh orang lain namun dia tetap akan bertindak sekiranya Eddie meninggalkan kesayangannya itu.Ries memandang Eliya sekilas sambil tersenyum puas melihat wanita itu sudah mula bersemangat semula.
"I bangga dengan you walaupun I lelaki..tapi I bangga dengan semangat you..I akan bantu you kalau you perlukan apa-apa.." Eliya mengangguk laju tanda setuju.Ketika itu kereta yang dipandu Ries diberhentikan betul-betul dipetak tempat meletakkan kereta.
"okay..good luck and all the best..tapi sebelum tu..kau betul ke tak nak beritahu Eddie pasal kandungan kau tu?..sebab aku rasa kandungan kau tu boleh dijadikan alasan untuk kau ikat Eddie.."Ries memberi idea.Eliya mengangguk laju.Betul juga apa yang dikatakan Ries.Sekurang-kurangnya dia dapat menggunakan alasan bahawa dia mengalami alahan teruk semasa mengandung kali ini. 'sorry baby..mama terpaksa gunakan baby untuk rampas balik daddy kita..'Eliya mengusap perutnya yang masih kempis.
"good idea..sebab tu la aku sayangggggg sangat dengan kau.."ujar Eliya sambil tergelak.Ries berpura-pura seperti malu mendengar apa yang dikatakan oleh Eliya. 'Aku pun sayangkan kau..sebab itulah aku sanggup lakukan apa sahaja demi melihat kau bahagia walaupun bukan disamping aku..'Ries bermonolog.

Eliya tersenyum melihat bayi-bayi yang baru dilahirkan disebalik cermin kaca.Sejuk matanya memandang wajah suci bayi yang sedang nyenyak tidur.Terasa seperti semakin berkobar-kobar pula semangatnya untuk menimang cahaya mata sekali lagi.Tiba-tiba pinggangnya terasa dipeluk dari belakang.Eliya sedikit terkejut lalu segera tersenyum selepas melihat wajah Eddie. 'and..action!'hati Eliya berkata-kata.Eliya memusingkan badannya menghadap Eddie lalu melingkarkan tangannya ke leher Eddie.
"do you know how I miss you so much?.."soal Eliya berbisik ke telinga Eddie.Sengaja dia mengujarkan ayat iu sambil sedikit merengek. 'aww..Eliya..gedik sungguh dirimu itu..tak pernah dibuat sepanjang sembilan tahun kau kahwin..mengoda habis..kalau si Eddie ni tak melutut kat aku tak tahu la nak cakap apa..'hatinya berkata-kata. Eddie tersenyum nakal melihat isterinya yang manja itu.
"miss you too..sayang ni saja nak goda abang ke apa ni?.."soal Eddie sambil menatap mata cantik isterinya yang amat dicintainya itu.Eliya memandang kiri dan kanan.Apabila pasti bahawa tiada sesiapa dikawasan itu,Eliya mengucup pipi Eddie sepantas kilat.Eddie membulatkan matanya.Terkejut.Matanya dikelipkan beberapa kali dengan riak tidak percaya.Sepanjang dia mengahwini Eliya,tidak pernah sekali pun wanita itu akan bertindak seberani itu di kawasan awam seperti ini walaupun dikawasan sunyi.
"sayang are you..."belum sempat Eddie meneruskan ayatnya.Telefon bimbitnya sudah berbunyi.
Lingkaran dipinggang Eliya segera dilepaskan dan segera dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya.
"assalamualaikum,umi.."Eddie memberi salam.Eliya menghela nafas lega.Disangkanya yang menghubungi Eddie adalah pesaingnya.Eddie memandang Eliya lalu mengerutkan dahi sambil menunjuk kearah telefon bimbitnya.Eliya tersenyum.Pasti ibu mertuanya itu sudah mula marah kerana mereka berdua mengambil masa terlalu lama.Beberapa minit kemudian,Eddie mematikan talian.
"macam biasalah..umi kalau kita tinggalkan dia kat sini lama sikit pasti dia akan telefon..tak selesa katanya tengok doktor mencucuk cucu kesayangan dia tu.."beritahu Eddie.Eliya tergelak.Namun sebenarnya itu hanyalah untuk menutup rasa yang terbuku didalam hatinya.Ikutkan hati,hendak sahaja dia membuka langkah silatnya kepada Eddie kerana begitu pandai berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.Agaknya jika Heyqarl tidak melihat daddynya sebentar tadi,entah berapa lama lagi Eddie akan menyimpan rahsia mengenai perempuan itu.Panas pula hati Eliya apabila mengingatkan perkara itu.
"sabar Liya..kau mesti bijak bertindak..jangan terlalu cepat melatah..ingat pesan aku ni.."tiba-tiba suara Ries yang memberi peringatan kepadanya sebentar tadi bagai terngiang-ngiang ditelinganya. 'ya..aku kena bijak bertindak!'
"sayang..kenapa termenung lagi kat situ?.."soal Eddie sambil tersenyum.Eliya membuat muka sedih.
"sampai hati abang tinggalkan Liya..tunggu la.."ujar Eliya lalu segera berjalan kepada Eddie lalu memeluk lengan lelaki itu.Eddie memandang Eliya pelik namun masih tersenyum.
"kenapa abang rasa sayang macam manja semacam hari ini?.."soal Eddie ketika mereka berjalan beriringan menuju ke arah wad yang menempatkan Sofea.Eliya tersenyum menggoda lalu menjengketkan sedikit kakinya agar dia dapat mendekatkan mulutnya ke telinga Eddie.
"I have surprise for you..but you will only know it tonight.."bisik Eliya lalu mengenyitkan matanya kepada Eddie.Eddie pula bagai tidak sabar untuk mengetahui apakah kejutan yang bakal diberikan oleh isterinya itu.

Sejurus Eliya dan Eddie memasuki ruangan yang menempatkan Sofea,Puan Naimah sudah menjeling tajam kepada anak lelakinya itu.
"tadi umi macam dengar ada orang tu kata nak pinjam kereta umi sekejap sahaja untuk hantar Iman balik..tapi nampaknya dah hampir dua jam baru nampak batang hidung.."peril Puan Naimah.Eddie hanya tersengih.Heyqarl berlari menuju kearah Eddie lalu memeluk daddynya itu.Maklumlah anak manja daddy,baru sehari tak berjumpa pasti akan rindu bagai setahun tidak berjumpa.Eddie mendukung Heyqarl lalu mencium pipi anak lelakinya itu bertalu-talu.Dia juga amat merindui anaknya itu.Semalam sejurus mengetahui mengenai keadaan Sofea,dia segera ke hospital dan tidak sempat untuk pulang ke rumah.
"daddy..Heyqarl rindu sangat kat daddy.."ujar si kecil itu sambil memeluk daddynya bagai tidak mahu melepaskannya lagi.Eliya tersenyum melihat kasih sayang anak dan ayah itu.
"daddy pun rindu Heyqarl tapi daddy terpaksa datang sini dulu tengok adik..tu tengok tu tangan dia dah kena cucuk..kesian kan?.."soal Eddie.Heyqarl melihat kearah tangan Sofea sambil mengangguk.Sofea juga turut melihat tangannya bersama wajah ngeri.Eliya tergelak kecil melihat wajah comel anak daranya itu lalu mengambil tepat disebelah Sofea diatas katil hospital itu.
"daddy..tadikan Heyqarl pergi taman tau dengan mama dan uncle Ries.."petah Heyqarl bercerita.Eddie memandang Eliya namun Eliya hanya tersenyum.Mujur dia memberitahu Eddie awal-awal tentang kehadiran Ries ke rumah mereka untuk menghantar keretanya sebentar tadi.Namun itu semua tidak menarik perhatiannya kini.Si kecil itu bakal membuatkan Eddie tidak senang sebentar lagi. 'Bagus Heyqarl..teruskan bercerita..mama nak tengok reaksi daddy macam mana bila dapat tahu yang Heyqarl nampak daddy tadi..'hati Eliya berkata-kata.
"tapikan daddy..Heyqarl macam nampak daddy la tadi..daddy tengah main dengan sorang budak perempuan macam Sofy.."sambung Heyqarl.Puan Naimah turut tekun mendengar apa yang diceritakan oleh Heyqarl.Puan Naimah melihat wajah Eliya yang beriak tenang itu.Jantung Eddie bagai terhenti apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Heyqarl.Ya,memang sebentar tadi dia telah berjumpa Mia dan Intan keluar sebentar selepas menghantar Iman ke rumah Rabiatul sebentar tadi.Eddie menelan liurnya.Tiba-tiba dia tergelak namun kedengaran agak hambar.
"ye ke?..daddy tadi pergi hantar Iman la lepas tu daddy teruslah datang sini.."jawab Eddie.Eliya mengusap kepala Sofea sambil tersenyum sinis tanpa disedari oleh Eddie memandangkan Eliya kini sedang menghadap sisi Sofea sambil membelakangi Eddie.Namun riak wajah Eliya dapat dilihat jelas oleh Puan Naimah. 'pasti ada sesuatu yang telah berlaku ni..'hati tua Puan Naimah kuat mengatakan bahawa anaknya itu sedang menyembunyikan sesuatu dan Eliya sedang memendam sesuatu dari pengetahuan Eddie.Namun apakah yang mereka berdua ini ketahui?.
"tapi betul la daddy..Heyqarl dah tengok lama-lama dah...memang daddy la tadi.."si kecil itu masih menegakkan apa yang dilihatnya.Eddie bagai cacing kepanasan apabila berhadapan dengan keadaan itu. 'dah kantoi ke?..aduhh..matilah aku kalau kantoi..'.Eddie menghela nafas berat perlahan.Eliya yang perasan akan keadaan itu segera menyampuk.
"sayang..mana ada la..tadikan mama dan uncle Ries dah kata itu bukan daddy..sayang tersilap tengok tu..mungkin sayang rindu sangat kot kat daddy.."Eliya berkata begitu kerana dia tahu suaminya itu sudah terperangkap dengan kenyataan yang baru mereka dengari dari Heyqarl.

Tuk..tuk..
Mereka semua memandang kearah pintu yang terkuak dari luar.Kelihatan seorang doktor dan seorang jururawat masuk ke dalam ruangan itu.
"Sofea sayang..macam mana keadaan Sofea hari ini?..mari sini doktor nak periksa sikit,ya?.."ujar doktor lelaki itu mesra.Eliya bangun bagi memberi ruang kepada dua orang itu untuk merawat anaknya.
"wah..nampaknya Sofea dah sembuh la..Sofea nak balik tak?"soal doktor itu kepada Sofea.Tanpa membuang masa,Sofea mengangguk laju dengan penuh semangat.
"anak saya dah boleh discharge?.."soal Eliya.Doktor yang bernama David itu mengangguk sambil tersenyum manis.
"ya..anak puan dah boleh discharge..nampaknya demamnya dah sembuh hanya sedikit batuk..tapi jangan risau,saya akan priskripsikan bebarapa ubat untuk diambil selama beberapa hari ini..insyallah,lagi beberapa hari Sofea akan sembuh sepenuhnya.."balas doktor David.
"okay la kalau macam itu.."
"abang..Liya pergi settlekan bayaran dulu,ya?.."ujar Eliya disisi suaminya.Eddie mengangguk lalu menghulurkan kad kreditnya kepada Eliya.

"apa yang dah jadi?.."soal Puan Naimah ketika Eliya sedang duduk dibangku hospital berdekatan dengan kaunter.
"jadi apa,umi?.."soal Eliya pelik.
"Liya,umi ni dah kenal sangat dengan perangai Liya dan Eddie tu..dari apa yang diceritakan Heyqarl tadi,umi percaya ada sesuatu yang telah terjadi kan?..umi tahu cucu umi tu tak pernah menipu.." Akhirnya Eliya melepaskan keluhan berat.
"ya..memang betul apa yang diceritakan Heyqarl tadi..Liya rasa Eddie ada perempuan lain.."jawab Eliya sayu.
"ya allah..biar betul ni,Liya..tak serik-serik lagi ke dia tu..memang nak kena dengan umi dan ayah si Eddie tu.."Puan Naimah sudah panas hati dengan perangai anaknya itu.Eliya memeluk bahu ibu mertuanya bagi menenangkan wanita itu.
"sabar ,umi..Liya dah siapkan satu plan baik punya..percaya la perempuan tu tak akan boleh rampas Eddie dari Liya.."ujar Eliya sambil tersenyum.
"wah..sejak bila kamu jadi hebat semacam ni?.."soal Puan Naimah kagum.
"ni..sejak si kecil ni ada dalam rahim Liya..dan anak-anak Liya juga perlukan daddy mereka.."Puan Naimah membulatkan matanya lalu mengucapkan syukur.
"kamu mengandung lagi ke Liya?..alhamdulillah..tambah satu lagi orang baru dalam keluarga..umi pun memang dah lama tak pegang baby..rindu pula rasanya..Eddie dah tahu tentang ni?.."Eliya menggelengkan kepalanya.
"sebab tu la Liya cakap Liya ada plan..dan baby ni boleh bantu mama dia untuk dapatkan daddy dia semula.."
"bagus tu Liya..kali ni kamu uruskanlah rumah tangga kamu sebaiknya..umi tak akan beritahu sesiapa tentang hal ini tapi umi harap kamu dan Eddie dapat berbaik semula seperti sedia kala..dan umi tak pernah berpihak pada Eddie dalam hal macam ni..so,kalau kamu perlukan apa-apa bantuan umi,kamu beritahu sahaja..umi sanggup membantu.."Eliya mengangguk sambil tersenyum.
"jom umi..nanti bising pula anak umi tu.."ujar Eliya lalu berjalan beriringan bersama Puan Naimah.

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now