Bab 41

2.3K 82 1
                                    

Eddie tersenyum sambil mendepakan tangannya kepada Mia yang baru keluar dari tadika.Wajah si kecil itu berubah gembira sejurus melihat daddynya itu.Mia segera berlari ke arah kearah Eddie lalu memeluk lelaki itu.Eddie mendukung Mia lalu membawanya ke kereta.
"ehh..ibu pun ada dengan daddy?.."soal Mia lalu menyalami ibunya itu.
"iya sayang.."
"cuba Mia teka daddy nak bawa Mia pergi mana?.."soal Eddie yang tersenyum sambil memandu.
"pergi mana daddy?.."
"daddy nak bawa ibu dan Mia pergi holiday.."ujar Eddie teruja.Mia sudah kegirangan.
"betul ke ni ibu?.."soal Mia meminta kepastian.Intan tersenyum sambil mengangguk.

Eliya dan Zafril duduk dilaman belakang rumah milik Maria Hanna sambil menikmati minum petang.
"Anna..nak tahu sesuatu tak?.."soal Zafril.Eliya memandang wajah Zafril dengan wajah tertanya-tanya.
"apa dia?.."
"mengikut perkiraan doktor..Ril cuma ada masa 3 bulan aja lagi untuk menikmati keindahan dunia ni.."
"Ril..apa cakap macam ni?..Anna tak suka la.."
"Ril tak habis cakap lagi Anna dah potong.."ujar Zafril sambil tergelak kecil.Eliya hanya mendiamkan diri sambil matanya memerhati Sofea dan Heyqarl yang sedang bermain dengan Abraham.
"andai kata Ril pergi lebih awal..Ril redha..sebab Ril gembira sangat setiap pagi bila Ril buka mata sahaja Ril akan nampak Anna..Ril harap saat Ril menghembuskan nafas terakhir,Ril nak Anna ada disisi Ril..sekurang-kurangnya Ril berasa tenang menghadapi kesakitan.."
"Ril..tak baik tau cakap macam ni..Ril sekarang masih hidup dan Allah berikan Ril sedikit masa lagi untuk beribadah dan bertaubat..lebih baik Ril penuhi masa yang tinggal ni dengan mendekatkan diri padaNya..kalau Ril cakap macam tu nampak macam Ril tak bersyukur pula dengan segala pemberian Allah.."Zafril tersenyum mendengar kata-kata Eliya.
"kenapa Ril tersenyum pula?..Anna serius ni.."
"sebab Anna yang Ril kenal dulu sangat berbeza dengan Anna yang sekarang..dan Ril lega mendengar setiap butir bicara Anna tu..tapikan Anna..masih sempat ke Ril nak bertaubat?..selepas Ril dah sakit baru Ril nak mendekatkan diri dengan Allah..Ril malu sangat sebab Ril hanya cuba mendekati Allah setelah Ril dah dekat dengan maut.."
"Ril..Allah itu maha pengampun..dan Allah juga memberi dugaan untuk melihat sejauh mana hambanya dapat mentaatinya..Allah sayangkan Ril,sebab itulah Dia memberikan dugaan berat pada Ril..Anna pernah terdengar satu ceramah..setiap penyakit yang Allah berikan pada manusia adalah untuk membersihkan dosa manusia itu..Berdoalah semoga pengorbanan Ril yang berperang dengan penyakit setiap hari ini dapat mengurangkan dosa Ril..dan jangan lupa untuk melaksanakan solat taubat.."
"kadang-kadang Ril jadi malu dengan abang Umar..padahal dia lahir dalam keluarga Kristian dan dibesarkan dengan cara yang jelas terpesong dari ajaran islam tapi tengok sekarang,bahkan dia lebih arif tentang islam berbanding Ril yang memang lahir dalam keluarga islam.."
"alhamdulillah kalau Umar macam itu..itu maksudnya dia telah mendapat hidayah dari Allah..bukan senang seseorang hendak mendapat hidayah dari Allah..hanya orang yang terpilih sahaja yang dapat..contohnya ramai orang mengaku diri mereka islam tetapi masih lagi pakai seksi dan hidup gaya barat..mereka lakukannya sepert tidak kenal apa itu islam dan apa ajaran islam sedangkan sejak kecil lagi mereka sudah dididik dengan ajaran islam..itu tandanya mereka tidak mendapat hidayah..sebab hati mereka terlalu kotor untuk melihat apa yang benar dan apa yang salah.."
"boleh tak Anna ajarkan Ril cara-cara untuk melakukan solat taubat?..Ril teringin sangat nak lakukannya tapi Ril tak tahu.."Eliya mengangguk laju.Dia gembira untuk mengajar lelaki itu.Sekurang-kurangnya dia dapat melupakan masalahnya dengan cara mengajar ilmu agama yang diketahuinya kepada Zafril.

"Ril malu denganAnna..mesti Anna fikir Ril ni jahil kan?.."
"ehh..tak pernah sesekalipun terlintas dalam kepala Anna macam itu..baguslahRil ingin belajar..dan kalau Anna memberikan ilmu yang bermanfaat padaRil..insyallah Anna pun akan mendapat manfaat dan ganjaran pahala.."
"terima kasih,Anna.."Eliya hanya tersenyum.Lega hatinya kerana dapat mengajarZafril keindahan islam sebelum lelaki itu menghembuskan nafas terakhir.





Dua hari kemudian...
Eliya sedang sibuk meneliti bangunan yang separa siap dihadapannyaitu.Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar tanda ada pesanan masuk.

Turn around..

Eliya segera pusing kebelakang dan alangkah terkejutnya dia melihat wajah Riesyang tersenyum sambil melambai kearahnya.Topi keselamatan segera dibuka dandiserahkan kepada salah seorang pekerja disitu.Eliya segera menghampiri Ries.
"hey..you datang sini tak beritahu I pun.."ujar Eliya ceria.Senyumannya lebarsekali.Gembira rasanya apabila dapat berjumpa sahabatnya itu.
"mestilah..kalau I beritahu nanti tak surprise la..nah..special untuk you"ujarRies lalu menghulurkan sejambak bunga ros merah kepada Eliya.SenyumanEliyasemakin melebar.
"waa...terima kasih banyak,ya?..ini bukan nak pujuk hati I ni..silap-silap I punboleh cair.."ujar Eliya sambil tergelak.
"baguslah kalau hati you boleh cair dengan I.."
"you datang sini seorang?.."Eliya cuba menukar topik perbualan mereka.
"ehh..tak la..I datang berdua.."jawab Ries.
"mana seorang lagi?.."Ries tergelak mendengar jawapan Eliya.
"you ni lurus betul la..I datang seorang aje la..tengok ni mana ada sesiapa punyang ikut I.."Eliya mengerutkan wajahnya lalu menumbuk lengan Ries.
"saje je nak kenakan orang.."Ries hanya tersengih.
"jom..I bawa you jumpa si kembar tu..kesian mereka..ada ayah pun serupa macamtak ada.."
"Eddie tak ada call you lagi?..dah lima hari kan?.."Eliya mengangguk bersamawajah sayu.
Mereka berdua berjalan beriringan menuju kearah kereta yang disewa olehEliya.Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta sebelum kereta itu meluncurlaju menuju kearah rumah Maria Hanna.
"dah la..kita tak payah fikirkan dia lagi..jom,I nak bawa you dan si kembarjalan-jalan untuk beberapa hari ini.."ujar Ries.Eliya tersenyum.

Beberapa minit kemudian,mereka berdua tiba dihadapan kediaman MariaHanna.Sejurus Ries keluar dari kereta itu,Heyqarl dan Sofea terus berlarimenerpa kearah Ries.Si kembar itu memeluk Ries dengan erat sekali seakan-akanmereka tidak mahu melepaskannya.
"papa..Sofy dengan Heyqarl rindu sangat pada papa.."ujar Sofea yang sedangmerangkul leher Ries yang mendukungnya.
"iya?..mama rindu pada papa tak?.."soal Ries mengusik.Eliya hanya menjengkelkanmatanya kepada Sofea apabila anak gadisnya itu mengangguk.
"banyaklah..mama tak rindu sikit pun eh.."Sofea ,Ries dan Heyqarl tergelakmelihat reaksi Eliya.
"mama tu entah apa-apa la kan?..kita usik sikit pun dah merah muka,kanHeyqarl?.."Eliya segera menyembunyikan wajahnya disebalik jambangan bunga rosditangannya.Mereka berempat ketawa serentak.
"amboi..gembira betul..tak nak kenalkan kak Maria dan Umar dengan kawan Liyake?.."soal Maria Hanna dari muka pintu rumahnya.Eliya baru teringat tentangMaria Hanna,dia dan Ries segera berjalan kearah pintu rumah.Ries bersalamandengan Umar dan hanya tunduk hormat pada Maria Hanna.
"ni Ries..kawan baik Liya merangkap bodyguard Liya masa belajar kat Udulu..kebetulan dia pun engineer dekat syarikat yang Liya kerja sekarang.."MariaHanna dan Umar hanya mengangguk.
"jemputlah masuk,Ries.."ujar Umar.Kening Ries terangkat bersama bibir yangterukir senyuman.
"you're local,right?.."soal Ries.Umar tergelak.
"ya saya local..tapi dah boleh cakap melayu..mungkin sebab selalu makanbelacan.."jawapan Umar membuatkan seisi rumah ketawa.Eliya masuk kedalambiliknya sebentar untuk meletakkan beg tangannya dan jambangan bunga pemberianRies sebelum dia turut serta di ruang tamu.
"Sofy..kesian papa Ries..sini duduk dekat mama.."Sofea menggelengkan kepalanyatanda tidak mahu bangun dari ribaan Ries.
"mulalah perangai mengada dia tu.."Eliya menjengkelkan matanya kepada Sofeamemberi amaran.
"it's okay,Liya..mungkin dah lama sangat tak jumpa I kot.."ujar Ries lalumengusap kepala Sofea yang menyandar didada bidang Ries.Eliya menggelengkankepalanya. 'Sofy..Sofy..kalau daddy nampak apa yang Sofy buat ni silap-silapSofy pun akan kena penampar daddy..'hati Eliya berkata-kata.
"rapat sungguh Sofy dan Heyqarl dengan Ries.."ujar Maria Hanna ketikameletakkan dulang air diatas meja.
"biasalah kak..Sofy dengan Heyqarl ni memang mesra alam sikit.."jawab Eliya.Riesmembisikkan sesuatu ke telinga Sofea.Tiba-tiba si kecil itu tersenyum lalusegera berlari menuju ke biliknya.Eliya mengangkat keningnya isyarat bertanyakepada Ries apa yang diberitahu oleh lelaki itu.Ries hanya menggeleng sambiltersenyum.
"hah..akak sebelum Liya lupa,Liya nak beritahu ni..mungkin Liya akan bawa sikembar tu pergi bercuti..boleh Liya bawa Abraham sekali?.."soal Eliya.
"si Abraham tu tak payahlah Liya..dia tu pelik sikit..tak boleh pisah langsungdengan Umar..nanti susahkan Liya aje..dia kalau malam hanya Umar yang dapattidurkan dia..akak pun pening..dari baby lagi dia macam tu.."Maria Hannatersenyum.
"ohh..tak apalah kalau macam itu.."
"err..mana adik Maria?.."soal Ries.
"ohh..dia ada dalam biliknya..Liya bawalah Ries jumpa Zafril.."Eliya mengangguklalu mengajak Ries menuju ke bilik Zafril.Pintu diketuk sebelum beberapa saatkemudian kedengaran suara Zafril dari dalam.Eliya memutar tombol pintu danmasuk ke dalam bilik itu.Kelihatan Zafril sedang bersandar dikepala katilsambil membaca buku al-quran terjemahan.Zafril tersenyum kearah Ries dan Eliya.
"masuklah..so,inilah kawan yang Anna ceritakan pada Ril tu?.."soal Zafril.Riesmemandang wajah Eliya pelik.
"siapa Anna?.."soal Ries pelik membuatkan Zafril dan Eliya ketawa.
"adui..you ni nama penuh I kan Eliya Rihanna..masa kitaorang sekolah-sekolahdulu,Zafril panggil I dengan panggilan Anna tu..Abby pula panggil I denganpanggilan Eli..sekarang dah tua-tua ni aje panggil Liya.."
"ohh..macam tu..sedar juga ek you dah tua.."sempat lagi Ries mengusik.Tanganketam Eliya pantas menjalankan tanggungjawabnya dengan mencubit lenganRies.Ries mengaduh sakit namun dia hanya tersenyum.
"Zafril..Liya ni memang spesis ketam ke?..dengan I asyik mencubit aje kerjadia..tak cubit ditumbuknya lengan ni.."adu Ries.Zafril turut terhibur denganRies yang agak ramah itu.
"ahh..malaslah nak layan..Ril berboraklah dulu dengan Ries..Anna nak pergisiapkan barang apa yang patut..mungkin beberapa hari ni Anna tak adatau.."Zafril mengangguk faham.Beberapa minit kemudian Eliya meninggalkankedua-dua jejaka itu berbual sementara dia masuk ke biliknya untuk membersihkantubuh dan mengemas begnya.
"dah lama Ries berkenalan dengan Eliya?.."soal Zafril memulakan bicara.
"adalah dalam empat atau lima tahun..masa itu,Liya baru lepas melahirkan Sofeadan Heyqarl..kami berkenalan di universiti.."
"let's drop the formality..kau sukakan Liya ke?.."soal Zafril terus terang.Rieshanya mendiamkan diri.Pandangan matanya tidak memandang ke wajah Zafril.Zafriltersenyum.
"tak perlulah kau nak sorokkan perasaan kau tu,Ries..aku lelaki dan aku pernahmengalami apa yang kau alami itu..Liya memang seorang yang hebat..tak sangkakita semua boleh jatuh cinta pada perempuan yang sama.."Ries menganggukmengiakan kenyataan Zafril.
"jujur aku kata,aku memang mencintai dia sejak awal lagi walaupun aku tahu diamilik Eddie.."ujar Ries jujur.
"baguslah kalau macam itu.."
"kenapa kau kata macam tu?.."
"sekurang-kurangnya aku tahu kalau aku menghembuskan nafas terakhir,masih adaorang yang boleh lindungi Liya dan menghargai dia.."
"tapi dia milik suaminya.."Zafril tergelak sinis.
"aku rasa kau pun dah cukup arif dengan masalah rumah tangga Eliya..dan kaupasti tahu Eliya dan Eddie menikah atas kehendak atuk mereka..aku tanya kaulahsejujurnya..kalau kau dapat nikah dengan seorang perempuan tanpa perluusaha..kau rasa kau akan hargai dia ke?..aku rasa kau akan lebih menghargaiperempuan yang susah untuk dapat sebab kau terpaksa berkorban untukbersamanya..kan?.."soal Zafril.Dalam diam,Ries turut mengaku apa yang dikatakanoleh Zafril itu adalah tepat.Mungkin Eddie tidak menghargai Eliya kerana diatidak memerlukan apa-apa pengorbanan untuk berdamping dengan wanita itu.Sejakmula lagi Eddie tahu walau apa pun terjadi dia terpaksa akur dengan permintaanatuk Samad.Maka,dia dengan mudah memperoleh Eliya dan kesannya sekarang.Selepashampir sepuluh tahun mereka mendirikan rumah tangga,Eddie sudah mula berlakucurang dan berasa tawar hati terhadap Eliya.Zafril memegang tangan Ries.
"aku nak kau janji dengan aku yang kau akan lindungi Eliya bagi pihak aku..Akutahu dia sangat terseksa dengan perlakuan Eddie..aku nak kau jaga dia danlindungi dia.."
"aku janji dengan kau..walau apa pun terjadi,kau tak perlu risau..aku akansentiasa berada disisi Eliya walaupun dia milik Eddie..aku akan jaga dia sepertimana aku menjaga nyawa aku.."
"terima kasih,Ries..aku tahu kau seorang lelaki yang baik dan kau sangatmencintai Eliya..sangat jelas perasaan kau tu dari cara kau pandangEliya..mujur aku ni sakit..kalau aku sihat silap-silap dah bersepai gigi kau sebabkena belasah dengan aku.."Ries dan Zafril ketawa.

"waa..borak apa ni?..jelous pula Anna tengok korang berborak.."Eliya menegurkedua-dua lelaki itu.Ries dan Zafril memandang kearah muka pintu.KelihatanEliya sudah menukar pakaiannya dan sudah bersiap-siap untuk keluar.
"lama betul you bersiap..I dengan Zafril ni dah nak berjanggut dah ni.."usikRies.Eliya mencebikkan bibirnya.
"you senanglah cakap..I ni nak kena uruskan budak dua orang tu lagi.."Eliyasudah bernada seperti merajuk.
"alaa..cakap sikit pun nak merajuk..sorry la..I gurau aje.."
"tahu..you memang kalau tak usik I sehari memang tak sah.."
"okay la..Zafril,aku dan Liya gerak dulu,ya?..jaga diri elok-elok.."pesan Riessambil bersalaman dengan Zafril.
"ingat pesan aku.."ujar Zafril perlahan.Hanya mereka berdua sahaja yangmendengar kata-kata Zafril itu.Ries mengangguk sambil tersenyum sebelum Eliyadan Ries keluar dari bilik itu.Zafril memejamkan matanya bersama hembusan nafaslega.Akhirnya dia merasakan bahawa dia dapat pergi dengan tenang setelahmemastikan nasib Eliya pasti akan terbela apabila bersama Ries walaupun lelakiitu hanya dapat melindunginya dari jauh.

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu