Bab 46

2.3K 81 0
                                    

    Sudah hampir seminggu Eddie bergelar suami kepada Intan Nurhuda dan dalam tempoh itu jugalah Eliya tidak langsung menghubunginya.Dia tahu isterinya itu sedang marahkannya namun dia tidak dapat berbuat apa-apa.Eddie termenung diruangan pejabatnya.
"Ed,kenapa you termenung ni?.."soal Intan sambil membawa secawan kopi buat suaminya itu.Eddie tersentak dari lamunannya.
"eh..bila you masuk?..I tak perasan pun.."Intan tersenyum lalu mengambil tempat dihadapan suaminya itu.
"er..Intan..apa perkembangan projek kita dengan FA Holdings?..you dah berjumpa dengan Ries untuk tahu perkembangan terbaru projek mereka?.."Hati Intan bersorak riang apabila Eddie bertanyakan soalan itu.Memang itulah soalan yang ditunggu-tunggunya sejak lelaki itu pulang.
"I dah call syarikat mereka tapi mereka kata Ries outstation..Dia di Sydney tak silap I.."jawab Intan polos.Eddie segera memandang wajah Intan.
"are you sure dia berada di Sydney sekarang?.."soal Eddie meminta kepastian.Wajahnya berubah tegang.Intan mengangguk.
"okay..you keluarlah dulu..I ada sedikit kerja nak siapkan..thanks for the coffee.."Intan tersenyum manis kepada Eddie sebelum keluar dari ruangan itu.Eddie meraup wajahnya kasar sebelum dia mendail nombor Eliya.

Eliya ketawa melihat gelagat anak-anaknya yang sedang berlari akibat dikejar oleh Ries.Suka betul lelaki itu melayan anak-anaknya yang agak aktif itu.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.Tertera nama Eddie di skrin.Eliya mengeluh sebelum menjawab panggilan tersebut.
"assalamualaikum.."Eliya memberi salam kepada si suami yang berada di tanah air.
"walaikumsalam..Liya tengah buat apa?.."
"tak ada apa-apa..Cuma tengah teman anak-anak pergi ke taman."jawab Eliya jujur.
"bukan temankan kekasih gelap Liya tu?.."soal Eddie sinis.Eliya mengerutkan dahinya.
"apa maksud abang ni?.."
"Ries ada kat sana kan sekarang?..abang pelik la..Liya marah pasal abang dengan Intan tapi dalam masa yang sama,Liya pun sama aje dengan abang..so,Liya tak boleh la nak marah abang sebab curang dengan Liya..kita sama aje.."kata-kata sinis yang dilemparkan oleh Eddie itu sungguh perit untuk diterima oleh Eddie.
"abang kalau nak call Liya semata-mata sebab nak gaduh dengan Liya,lebih baik tak payah call.."ujar Eliya dingin.
"mentang-mentang jantan tu ada kat sana..Liya berani eh nak cakap macam ni dengan abang?..ingat sikit,Liya tu masih berstatus isteri kepada abang so jaga sikit maruah tu.."Eliya tergelak sinis mendengar kata-kata Eddie.
"sekurang-kurangnya Liya ni tak adalah sampai nak kena tangkap khalwat dengan Ries di hotel.."Eddie mula panas hati mendengar kata-kata isterinya itu.
"Liya jangan nak berkurang ajar dengan abang ,ya?!"suara Eddie mulai naik seoktaf.
"dahlah..Liya malas nak gaduh dengan abang..pergilah layan isteri baru abang tu,mana tahu dia lebih baik dari Liya..dia tak curang macam Liya.."jawab Eliya menyindir.
"siapa tu Liya?.."Ries menegur Eliya.Pelik juga dia apabila melihat wajah tegang Eliya yang sedang bercakap telefon.
"patutlah kurang ajar semacam,tengah bersama jantan tu rupanya..bagi telefon ni pada dia!.."
"buat apa Liya nak bagi telefon pada dia,hah?..sekarang abang tengah ada masalah dengan Liya,kan?..so kita selesaikan berdua sahajalah,tak perlulah libatkan Ries.."Ries segera terdiam.Menyesal pula dia menegur Eliya sebentar tadi kalau dia tah bahawa wanita itu sedang bercakap dengan Eddie.
"jangan nak jadi isteri derhaka,ya?!..berikan telefon pada Ries sekarang!.."arah Eddie.Nafas Eliya turun naik akibat rasa marah yang teramat kepada suaminya itu namun telefon bimbitnya tetap diberikan kepada Ries.
"dia nak cakap dengan you..I tak nak cakap dengan dia lagi.."ujar Eliya lalu beredar dari situ setelah memberikan telefon bimbitnya kepada Ries.
"assalamualaikum.."Ries memberi salam namun salamnya tidak dijawab oleh Eddie yang sememangnya sedang marah dihujung talian itu.
"tak payah nak berlagak baiklah..beritahu aku sekarang,buat apa kau jumpa isteri aku?..sampai sanggup kau ke sana semata-mata untuk jumpa isteri aku ya?.."
"saya cuma berjumpa dengan Eliya sebagai kawan sahaja ,Encik Eddie.."Ries cuba menjawab Eddie dengan tenang.Walau bagaimana sekalipun,Eddie tetap klien syarikat mereka yang harus dihormati.
"ohh,kawan?..kalau kau nak jumpa Eliya sebagai kawan,kenapa mesti datang sana selepas aku balik ke Malaysia?..supaya senanglah kau nak menggatal dengan bini aku,kan?"Kesabaran Ries sudah hampir sampai ke hadnya.
"Encik..tak baik encik menfitnah kami..encik tak ada bukti yang saya dan isteri encik ada hubungan sulit.Jadi,encik tak boleh menuduh kami macam tu,encik.."
"ehh..aku dah muak la dengan lakonan korang berdua ni..kau ingat aku bodoh ke?..ke mana bini aku pergi kau mesti ada.."
"aku datang sini sebab kau tu dah buat hati isteri kau terluka..aku malu dengan kaum lelaki yang macam kau ni..isteri tengah mengandung,kau masih boleh lagi pergi jumpa perempuan lain.."
"ohh..jadi Eliya mengadu segalanya pada kau?wah..tak sangka betul aku dengan dia..tak puas mengadu dengan Zafril,dengan kau pun sama?.."
"aku ni bukan bodoh,Eddie..dengan mata kepala aku sendiri,aku nampak macam mana kau layan perempuan tu dan anaknya semasa Sofea dimasukkan ke hospital.."Eddie terdiam mendengar kata-kata Ries.
"ya,Eliya dah tahu pasal kau dan Intan sejak sebelum kau ditangkap basah lagi..Dia tahu kau berjumpa dan berhubung dengan Intan,sebab itulah dia cuba untuk tidak membenarkan kau berjauhan dengan dia..tapi segala usaha dia tiada guna sebab kau dengan tidak bersalahnya menipu pada dia semata-mata untuk berjumpa Intan..aku kecewa dengan perangai kau..kenapa kau tak hargai isteri sebaik Eliya yang sanggup memendam segala rasa kecewa dan marahnya semata-mata untuk menjaga rumah tangga kalian?..sekarang kau telefon dia semata-mata sebab nak memarahi dia sedangkan kau tak tahu pun yang dia sedang bersedih atas berita pernikahan kau dan kematian Zafril.."
"Za..Zafril dah meninggal?.."soal Eddie terkejut.Sungguh dia tidak tahu akan hal itu.
"ya..dia baru sahaja dikebumikan beberapa hari lepas..aku harap kau janganlah berikan tekanan lagi buat isteri kau..dah macam-macam dugaan dia hadapi sejak akhir-akhir ini..aku takut kalau masalah ni dapat membahayakan kandungan dia.."jawab Ries sebelum mematikan talian tanpa menunggu jawapan Eddie.Lebih baik dia menamatkan perbualan mereka sebelum dia hilang sabar dengan Eddie.Ikutkan hati,mahu sahaja dia menghamburkan segala kemarahannya kepada lelaki itu tetapi dia tahu,dia tidak berhak untuk campur dalam urusan rumah tangga mereka Eddie dan Eliya.

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now