BAB 8

3.5K 101 0
                                    


Mata Eddie semakin lama bagai ada sesuatu benda yang berat yang membuat matanya semakin lama semakin tertutup akhirnya Eddie terlena sementara menunggu Eliya.Baru dia hendak terlelap tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi segera dia duduk dalam kedudukan 90 darjah.Dia meraup wajahnya lalu bangun menuju ke meja solek dan menjawab panggilan tersebut.
"hello..abang kat bilik nombor berapa biar Eliya cari sendiri.."ujar Eliya sejurus Eddie menjawab panggilan tersebut.
"erm..kaki sayang tak sakit ke nak jalan ke sini.."soal Eddie yang sedang mengantuk yang teramat.
"tak apa..Zafril kan ada..nanti dia hantarlah Liya pergi sana.."jawab Eliya lembut.Bukan dia tidak tahu Eddie sedang kepenatan.Mendengarkan suara lelaki itu pun dia tahu Eddie baru bangun tidur.Mata Eddie segar semacam apabila terdengar nama Zafril dari hujung talian.Terus hilang mengantuknya.
"Ehh..tak payah..Liya tunggu kat lobby..biar abang datang bawak Liya datang sini.."balas Eddie sebelum mematikan talian dan keluar dari pintu chalet mereka.

Eddie berjalan pantas menuju ke lobby.Dia terlihat Zafril sedang berbual mesra dengan Eliya.Langkahnya makin laju selaju api cemburunya yang semakin lama semakin marak.Eddie menghampiri Eliya lalu mencuit bahu gadis itu.Zafril dan Eliya kedua-dua memandang kearah Eddie.
"jom..abang papah Liya pergi chalet..Liya mesti penat kan?.."ujar Eddie lembut tanpa memandang kearah Zafril yang cemburu dengan layanannya yang mesra semacam kepada kekasihnya itu.
"em..ye la..Ril..Anna pergi dulu ya..terima kasih bawa pergi klinik tadi..nanti malam kita dinner sama ya..ajaklah kak Maria sekali.."ujar Eliya kepada Zafril sebelum Eddie membantunya bangun dari kerusi yang didudukinya.Zafril mengangguk lalu tersenyum manis buat Eliya.Manakala untuk Eddie,dia hanya mengangkat kening sebelum membisikkan sesuatu kepada Eliya.Eddie tidak dapat mendengar sepatah perkataan pun dari mulut Zafril yang pasti Eddie hanya melihat Eliya tersenyum lalu mengangguk perlahan dan tak lama kemudian Zafril pergi meninggalkan mereka berdua di lobby.

Eliya dan Eddie berjalan perlahan menuju ke chalet mereka.Hati Eddie bagai dicucuk-cucuk untuk bertanya kepada Eliya mengenai apa yang dibisikkan oleh Zafril kepada Eliya.Setibanya mereka di dalam bilik mereka di dalam chalet itu,Eddie meletakkan Eliya ke atas katil.Perlahan Eddie meletakkan kaki Eliya keatas katil agar kedudukan kaki Eliya melunjur.Eddie mengambil tempat disebelah Eliya.

"Liya..abang tanya something boleh?"
"apa dia?"
"kenapa Liya macam berubah masa kita kat airport tadi sebelum bertolak?"
"abang rasa?"
"hisy Liya ni..abang tanya dia tanya abang balik.."ujar Eddie sambil tersenyum.
"ok..Liya bagi clue..apa yang abang rasa bila Liya bercakap dan berpegangan tangan dengan Zafril tadi?"tanya Eliya dalam senyuman lalu menganggkat keningnya sebelah.Kini Eddie tahu Eliya sudah cemburu melihatnya bersama Maria sebentar tadi.
"maksudnya Liya cemburu?.."tanya Eddie sambil tersenyum lalu mengenggam tangan Eliya lembut.Perlahan dia mengusap tangan isterinya yang disayangi sepenuh hati itu.
"ikut suka abanglah nak rasa macam tu..kalau abang rasa betul maksudnya betullah tu.."balas Eliya sambil tergelak manja.
"gedik la Liya ni..tu la..kenapa nak rahsiakan sangat perkahwinan kita ni..tengok sekarang..Liya juga yang terpaksa memendam rasa pada abang.."usik Eddie.
"eii..perasan je cik abang ni..dia yang dah berasap telinga tengok Zafril tadi..cakap kita pula.."balas Eliya kembali.
"hah..yang Liya kasi Zafril pegang tangan Liya tu kenapa?"Eddie kembali bertanya dengan wajah serius.Tanpa menunggu masa,dia menarik hidung Eliya lalu tergelak.
"abang!!..sakit la.."
"tau pun sakit..Liya tu buat abang cemburu lagi sakit tau.."
"alaa..abang mengaku kak Maria tu girlfriend tak apa..abang tak fikir pun perasaan Liya..kononnya abang nak curi hati Liya la..nak buat Liya jatuh cinta pada abang la..tapi buat orang sakit hati ada la.."balas Eliya dengan suara yang mula mengendur.Dia menundukkan wajahnya.Eddie memandang Eliya lalu mengangkat dagu isterinya agar memandangnya.Terdapat titisan air mata sudah membasahi wajah itu.Eddie serba salah.Tidak dia sangka akhirnya Eliya akan menangis kerananya.Perlahan dia mendakap Eliya.Eliya menangis dalam dakapannya.
"maafkan abang sayang..abang tak sangka Liya marahkan abang..abang buat macam tu sebab abang sakit hati dengan Liya..Liya layan Zafril tu terlebih baik pula.."
"abang..Liya rapat dengan dia sejak form 2 lagi..dia adalah abang angkat Eliya..dia la yang jaga Liya mengantikan abang sewaktu abang tak berada di Malaysia..macam mana Liya nak layan dia dengan teruk..cuba abang bayangkan.."
"tapi Liya..abang sakit hati sangat bila dia terlebih caring pada Liya..abang rasa macam tak diperlukan..abang nak jadi satu-satunya lelaki yang Liya harapkan..abang nak Liya depends on abang je..I don't want anybody else to be by your side..cuz you're for me and I'm for you..nobody else..okay?"
"Liya pun nak abang anggap Liya macam tu..Liya saja je biar abang cemburu ..sebab abang tu bukan main lagi ketawa la,..senyum la dengan kak Maria tu..tau la dia lagi cantik dari Liya tapi tak payah la ketara sangat abang pandang dia..macam nak terkeluar biji mata tengok kak Maria..nak je Liya amik garfu jolok mata abang biar jadi Eddie Selamat..nak?"balas Eliya dalam perasaan geram.Eddie tergelak kuat mendengar apa yang dikatakan oleh Eliya.
"oo..Eddie selamat ya..mari sini kita tengok siapa yang selamat.."tangan Eddie sudah mengeletek Eliya.Eliya ketawa akibat kegelian.
"abang!!..cukup la..kaki Liya ni sakit tau.."ujar Eliya dalam tawanya.
"ok..memandangkan kaki je yang sakit..mari sini..abang dah janji nak denda Eliya sebab buat abang cemburu dan layan abang dengan dingin masa dalam flight tadi.."ujar Eddie lalu merangkul pinggang Eliya.Eliya sudah mengelabah.Dia menjauhkan wajahnya ke belakang.Eddie menjentik dahi Eliya.
"ahh..sakit la..ab.."belum sempat dia menyambung ayatnya Eddie sudah mencium kedua belah pipinya lalu mencium dahinya yang dijentik tadi.Eliya hanya tersenyum malu.
"eleh..mengada-ngada..baru kiss pipi sikit je dah terdiam..aha..sekarang abang tahu kelemahan Eliya..dan macam mana nak buat Liya tak jadi nak membebel.."usik Eddie lalu bangun dan mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik mandi.

Eliya masih terpegun.Perlahan dia memegang pipinya dan tiba-tiba dia jadi teruja semacam.Terus lupa bahawa kakinya sakit.Dia berguling-guling di atas katil sambil tersenyum gembira.

"amboi excitednya.."tiba-tiba kedengaran suara menegurnya dari belakang.Serta merta Eliya jatuh dari katil.Dia menutup wajahnya yang sudah merah itu.Eddie tergelak lalu berjalan perlahan menuju ke almari mengambil pakaiannya dan kembali masuk ke dalam bilik mandi.Eliya mengetuk-ngetuk perlahan kepalanya. 'alamak!!!..malunya..hisy..nak terjun bangunan boleh..mana nak sembunyi muka ni..malu!!!...masuk bawah katil je la..eh..buat apa nak sembunyi tempat sempit..hati Eddie kana da..baik aku sembunyi kat situ..hehehe'Eliya bermonolog sambil tersenyum nakal.Kini dia semakin senang dimanjakan oleh Eddie.dan yang peliknya da tidak merasa apa-apa sepanjang bersama Zafril.Walaupun Zafril dulu berada di tangga teratas dalam carta hhatinya tetapi kini..tempat pertama sehingga tempat terakhir di carta hatinya hanyalah nama Eddie seorang.Adakah dia sudah jatuh cinta?..erm..cepatnya..tak sangka betul Eddie ada kuasa yang boleh buat orang jatuh cinta secepat ini..Inilah namanya Instant Love..

Eddie berdiri dihadapan cermin didalam bilik mandi sambil menyembur sedikit wangian.Hatinya berasa amat teruja bagaikan ingin mendapat projek besar.Dia tersenyum lebar dan sesekali memegang pipinya kerana terlalu teruja.Bagi sesiapa yang mengenali perwatakkan Eddie pasti mereka akan menganggap Eddie sudah gila kerana Eddie adalah seorang yang berkarisma dan matang namun kini Eddie bagai sudah menjadi orang lain.Moodnya ceria semacam. 'wah..happy and excited aku nak jumpa bini aku..'hati Eddie berkata-kata sendirian.Perlahan dia memusingkan tombol pintu.Eliya sedang berdiri di hadapan meja solek sambil menyikat rambutnya yang panjang melepasi bahu.Perlahan dia merangkul pinggang isterinya.Eliya tersenyum lalu ingin meneruskan kerjanya yang tergendala.Dia cuba melepaskan rangkulan di pinggangnya namun Eddie tidak mengendahkan Eliya yang cuba melepaskan rangkulan tersebut.Akhirnya Eliya terpaksa menghadap wajah Eddie.Eddie mula tersenyum nakal.
"macam biasa..Liya tau macam mana cara untuk bagi abang lepaskan Liy..."belum sempat Eddie meneruskan ayatnya sepantas kilat bibirnya bersatu dengan bibir Eliya namun hanya sekejap.Eliya tertunduk malu.Eddie tersenyum lalu melepaskan rangkulannya.Dia mencium lembut pipi Eliya lalu berbisik di telinga Eliya.
"macam tu la isteri abang..baru abang bertambah-tambah sayang.."bisik Eddie lalu berjalan menuju ke balkoni chalet mereka.

Eddie memandang kearah laut.Tenang sungguh hatinya.Hidupnya terasa begitu sempurna dengan ditemani isteri tersayang di sisinya.Eddie menutup matanya sambil tersenyum lalu menghirup udara segar.Tiba-tiba kedengaran satu suara di depannya.
"wah..cerianya..rindu I nak tengok muka you seceria tu.."ujar Maria Hanna yang kebetulan sedang bersiar-siar sendirian sekitar chalet.Chalet mereka berbentuk rumah papan serta menghadap laut.Terdapat taman mini yang memisahkan chalet Eddie dan chalet yang diduduki Maria Hanna.Eddie membuka matanya namun senyuman dibibirnya masih mekar.
"hehe..tenang sangat kat sini..rindu juga kat tanah air sendiri setelah bertahun-tahun belajar di tempat orang.."balas Eddie.Kedudukan Eddie dan Maria bagai Romeo yang sedang memerhati Juliette dari bawah menaranya Cuma bezanya adalah Maria di bawah manakala Eddie di balkoni biliknya.
"mari la sini..susah nak borak dengan you dalam keadaan mendongak macam ni.."ujar Maria sambil memberi senyuman yang amat manis kepada Eddie.Eddie bagai terpukau lalu menuruni anak tangga yang terdapat di balkoni tersebut.Maria dan Eddie berjalan beriringan menuju ke sebuah bangku yang terletak di taman mini tersebut.Taman itu dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan sehingga kelihatan seperti sebuah gerbang ke dunia lain kerana gerbangnya sudah ditutupi tumbuhan menjalar.Eddie mengambil tempat dihadapan Maria.
"lama tak duduk sama macam ni..rindu pula I pada zaman kita bercinta dulu.."ujar Maria sambil memandang kearah pokok bunga Ros yang tersusun indah.Keadaan tersebut bagai dalam kisah dongeng Alice in the wonderland.Eddie hanya tersenyum.Tiba-tiba Maria memegang tangan Eddie.Eddie tersentak namun dia tidak terus menarik tangannya kerana takut Maria terasa hati.
"boleh tak kita mulakan semula hubungan kita?..I janji tak akan tinggalkan you lagi macam dulu..please Eddie.."rayu Maria yang tiba-tiba menitiskan air mata.Eddie sudah tidak keruan.Dia ingin menolak namun tidak sampai hati setelah melihat esakkan Maria.Perlahan Maria melentokkan kepalanya ke bahu Eddie dan Eddie hanya membiar.Perlahan dia mengusap bahu gadis itu.

Eliya sudah selesai meletakkan barangnya dan Eddie di dalam almari.Seingatnya sebentar tadi Eddie sedang pergi menghirup udara di balkoni.Dengan sedikit terhincut-hincut dia berjalan menuju ke balkoni.Perutnya sudah berkeroncong jadi dia mahu mengajak Eddie untuk bersiar-siar sambil mencari tempat untuk menjamu selera.Dia pelik apabila melihat balkoni di bilik mereka kosong.Eliya ternampak tangga di balkoni tersebut. 'erm..mungkin dia pergi taman mini tu kot..'hati Eliya berkata-kata.Dia menuruni anak tangga satu persatu lalu berjalan masuk ke pintu gerbang taman mini dihadapan chaletnya.Sedang dia teruja melihat pelbagai jenis tumbuhan.Tiba-tiba dia terlihat dua orang sedang duduk dibangku.Kedudukannya agak terhalang oleh pokok jadi dia mengecilkan matanya untuk melihat dua orang tersebut.Namun dia tersentak apabila ternampak aksi pasangan tersebut.Si lelaki memegang bahu si gadis dan si gadis teresak-esak di bahu si lelaki.Dan lelaki itu adalah Eddie manakala gadis itu adalah Maria Hanna!.Wajah Eliya berubah.Hatinya bagai ditusuk pisau yang amat tajam.Perlahan dia mengundur sedikit namun tanpa dia perasan dia terlanggar pasu di belakangnya sehingga pecah.Pasangan tadi memandang kearahnya.Jelas kelihatan wajah Eddie sudah pucat akibat terkejut dan tidak menyangka bahawa aksi mereka akan disaksikan oleh isterinya yang amat dicintai itu.Eliya memandang mereka berdua.
"erk..sorry..s..s..sorry sebab menganggu..E..Eliya pergi dulu ya..kak Maria..Eddie.."ujar Eliya yang gagap menahan sebak di dada.Eddie sudah berdiri manakala Maria memandang dengan wajah yang binggung.Tanpa menghiraukan kaki yang sakit Eliya lari sekuat hati.Eliya lari tanpa memandang ke belakang.Dia hanya ingin lari dari semua ini.Dia terlanggar bahu Zafril saat dia berlari menuju kearah pintu yang menghala ke pantai.Zafril terkejut apabila perasan ada air mata yang mengalir dari mata kekasihnya itu.Zafril terus mengejar Eliya.Apabila Eliya merasa dia sudah jauh dari semua orang,dia terduduk di batu besar yang terletak di tepi pantai.Dia merapatkan wajahnya ke lutut lalu menangis sekuat hati.Tiba-tiba dia terasa ada tangan yang memeluk bahunya.Eliya mengangkat muka lalu terlihat wajah Zafril sedang memandangnya sayu.Eliya memeluk Zafril lalu menangis di dalam dakapan Zafril.Zafril mengusap belakang Eliya perlahan.
"sabarlah Anna..sabarlah..Ril akan sentiasa ada untuk Anna..menangis la sepuasnya sayang.."pujuk Zafril lembut.Eddie yang turut mengejar Eliya di belakang Zafril kecewa melihat aksi Eliya dan Zafril namun salah siapa semua itu.Salah dirinya juga.Eddie menitiskan air mata lelakinya apabila melihat Eliya menangis di bahu lelaki lain dan tempat itu sepatutnya miliknya.Maria melihat segalanya.Kini baru dia faham.Di dalam hati bekas kekasihnya itu sudah ada orang lain yang mengantikan tempatnya.Hati Maria kecewa melihat air mata cinta Eddie menitis namun dia juga simpati kepada lelaki itu.Perlahan dia menarik tangan Eddie untuk ke tempat lain agar lelaki itu tidak melihat aksi Eliya dan adiknya lagi.



Love You 1000 Times (Wattpad Version)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon