Bab 52

3.6K 74 1
                                    

    Eddie tersedar dari tidurnya ketika azan subuh berkumandang.Kepalanya pusing,mungkin akibat terlalu tertekan semalam.Tiba-tiba dia teringat sesuatu.Terus matanya terbuka luas melihat figura seorang wanita disebelahnya.Eddie menyelak rambut Intan yang menutupi separuh wajah wanita itu.Serta merta rasa bersalah mula menerpa ke dalam hatinya.Wajah Intan penuh dengan kesan lebam dikepala dan pipi wanita itu mempunyai kesan tapak tangan akibat tamparan yang diberikannya semalam.Selimut yang menutupi tubuh Intan juga diselaknya sedikit dan terdapat kesan luka akibat libasan tali pinggangnya semalam.Eddie mengusap pipi Intan perlahan dan mengucup pipi wanita itu.Walaupun dia amat marah sekali dengan wanita itu tetapi kini,dia hanya ada wanita itu sahaja sebagai isterinya.Cukuplah dia telah menyeksa Eliya selama sepuluh tahun,takkan dia ingin menyeksa Intan pula.
"maafkan I,Intan.."ujar Eddie perlahan sebelum dia masuk ke dalam bilik mandi.Intan membuka matanya perlahan.Rasa trauma terhadap perbuatan Eddie semalam masih menghantui dirinya.Dia juga menyesal kerana telah menyebabkan lelaki itu marah sehingga sebegitu sekali.Air matanya mengalir buat kesekian kalinya.Kesakitan ditubuhnya itu masih terasa. 'Liya..aku dah buat salah pada kau..aku menyesal dengan perbuatan aku..'hati Intan merintih sayu.

Eddie bersiap-siap untuk ke tempat kerja.Wajahnya masih tegang seperti semalam.Sedikit pun wajah Intan tidak dilihatnya.
"Ed,hari ni I ambil emergency leave,ya?.."soal Intan yang agak takut-takut.
"tak..mulai hari ni kau tak payah pergi kerja.."
"tapi Ed,.."belum sempat Intan meneruskan kata-katanya Eddie sudah menjeling tajam kearah wanita itu sehingga Intan kembali menikus.
"kau tak faham ke apa yang aku cakap?!.."
"biarkan Mia tinggal di rumah Pak Yusuf untuk seminggu ni..."arah Eddie.Memang si kecil itu kerap pergi ke rumah Pak Yusuf walaupun Intan telah menikah dengan Eddie.
"tapi Mia dah dua hari dah kat rumah Pak Yusuf..I rindukan dia.."
"kenapa?..kau nak biar anak kau tengok macam mana aku seksa kau supaya senanglah kau membuat onar pada budak tu macam yang kau buat pada Riz!"tengking Eddie.Sebenarnya dia telah mengatur rancangan agar membenarkan Riz untuk meluangkan masa bersama Mia selama seminggu.Dia juga seorang bapa.Jadi,dia sangat arif tentang perasaan seorang bapa yang merindukan anaknya.
"sekarang kau rasakan apa yang Riz dan aku rasa bila kau cuba jauhkan anak kami dari bapanya sendiri.."ujar Eddie kasar.Dia ingin memberi pengajaran kepada Intan tentang segala perbuatan wanita itu terhadap orang sekelilingnya.Walaupun semalam dia telah terlepas laku dengan memukul wanita itu,tetapi dia akan meneruskan rancangannya untuk 'didik' Intan kerana kesilapan yang dilakukan wanita itu telah menyebabkan ramai orang kecewa dan terputus hubungan akibat fitnah yang disebarkan oleh Intan.
"hari ni aku nak kau duduk rumah dan jadi seorang isteri yang baik..aku akan balik untuk makan tengah hari..kalau aku dapat tahu kau jejakkan kaki kau diluar pintu pagar tu..nahas kau aku kerjakan.."ujar Eddie lalu mengambil kunci keretanya dan kunci kereta Intan sebelum keluar dari rumah.Intan hanya memandang kereta Eddie yang keluar dari kawasan rumahnya itu dengan pandangan sayu.Intan terduduk ditepi pintu rumahnya.Air matanya berjuraian keluar.Hatinya sungguh sedih dengan apa yang dilakukan oleh Eddie kepadanya.Tidak dia sangka lelaki selembut dan sebaik Eddie boleh bertukar seratus lapan puluh darjah seperti itu.

Mia berlari kearah Eddie ketika kereta lelaki itu memasuki perkarangan rumah Pak Yusuf.Eddie tersenyum sambil mendepakan tangannya.Mia dan Eddie berpelukan seakan-akan sudah lama mereka tidak bersua.
"Mia..hari ni Mia ikut daddy tau..ada seseorang yang daddy nak Mia jumpa.."ujar Eddie lembutsambil mengusap kepala Mia.Kasihan dia melihat si kecil itu.Kerana hati ibunya yang dengki dan berdendam,si anak menjadi mangsa.
"siapa daddy?..jomlah kita pergi sekarang..daddy tunggu sekejap,ya?..Mia nak minta izin dengan Atuk Yusuf dulu.."ujar Mia sebelum berlari masuk ke dalam rumah.Beberapa minit kemudian,kelihatan Mia membawa begnya keluar dari pintu rumah itu.Pak Yusuf turut menghantar Mia sehingga ke depan pintu.Gembira hatinya apabila Mia selalu datang ke rumahnya,sekurang-kurangnya dia dan isteri tidak kesepian.
"Pak Yusuf,saya ambil Mia dulu,ya?..nanti bila-bila,saya hantar lagi si kecil ni pada Pak Yusuf.."ujar Eddie mesra.Pak Yusuf tersenyum sambil mengangguk sebelum kereta Eddie meluncur laju meninggalkan perkarangan rumahnya.
"daddy..ibu mana?.."soal Mia yang duduk dikerusi penumpang disebelah Eddie.
"ibu ada kat rumah..dia tak sihat sikit..sebab tu la daddy nak bawa Mia pergi jumpa kawan daddy..mesti Mia suka dengan dia..dia baik tau.."Mia tersenyum sambil mengangguk.

Eddie memberhentikan keretanya dihadapan sebuah rumah teres dua tingkat.Rumah itu kelihatan sungguh kemas dan teratur.Terdapat beberapa ekor kucing sedang bermain dilaman rumah itu menandakan pemilik rumah itu adalah salah seorang penggemar kucing.
"waa..banyaknya kucing.."ujar Mia teruja.
"jom kita masuk?.."Mereka berdua keluar dari perut kereta.Selepas beberapa kali memberi salam.Akhirnya pintu terbuka.
"waalaikumsalam..eh Eddie jemputlah masuk.."ujar Riz gembira apabila melihat kehadiran Eddie dan anaknya.Wajah Mia terus berubah takut.Tangan Eddie yang memimpinnya masuk juga dilepasnya perlahan.
"Daddy..jom kita balik?..Mia takutlah..itukan ayah Mia..ayah selalu pukul Mia..Mia takut.."
"Mia..tak baik tau cakap macam tu..itukan ayah kandung Mia..kalau dia tak ada,Mia pun tak lahir tau kat dunia ni.."pujuk Eddie akhirnya mereka masuk juga ke dalam rumah itu.Mia menghulur tangan dengan takut-takut untuk bersalaman dengan Riz tetapi lelaki it uterus menarik Mia kedalam dakapannya.
"Mia anak ayah..maafkan ayah,ya nak?..ayah tak berniat pun nak pukul Mia..Mia maafkan ayah,ya?.."ujar Riz sambil menangis.Akhirnya Mia membalas pelukan ayahnya.
"Mia rindukan ayah..tapi Mia takut ayah pukul Mia lagi macam dulu.."ujar Mia lalu mengesat air mata dipipi Riz.Eddie turut berasa sedih melihat adengan itu.Dia faham perasaan Riz kerana dia juga terpaksa berpisah dengan anaknya disebabkan oleh fitnah yang disebarkan oleh Intan.
"jom kita masuk..mak aku ada kat dalam..maaflah rumah kami agak kecil..mak aku pula sakit lutut jadi akulah yang kena bantu dia.."ujar Riz sebelum membawa Mia dan Eddie masuk untuk berjumpa ibunya.


Eliya tersedar dari tidurnya ketika jam menunjukkan ke angka lapan pagi.Dia menghela nafas berat kerana dia dan Ries telah terlajak subuh.Eliya membuka matanya sambil tersenyum.Lapang dadanya apabila melihat wajah tenang Ries yang masih terlena sambil memeluk pinggangnya itu.Tiba-tiba Eliya mendapat idea nakal.Jarinya bermain-main dengan anak rambut Ries sehingga tidur lelaki itu terganggu.Apabila Ries bergerak,Eliya segera berpura-pura tidur.Rangkulan dipinggangnya terasa semakin erat.Eliya mengucup kelopak mata Ries sambil mengusap pipi lelaki itu penuh kasih sayang.Ries membuka matanya dengan senyuman manis.
"good morning my love.."ucap Eliya.Ries mendekatkan lagi kedudukan mereka.
"good morning darling.."jawab Ries lalu mengucup dahi Eliya.
"bie tahu tak kita dah terlajak subuh?.."Ries mengangguk perlahan sambil tersenyum.Eliya segera mencubit manja pipi Ries.
"kenapa bie tak kejut I?.."
"bie penat la..by the way,thanks for last night.."ucap Ries sambil tersenyum penuh makna.Eliya segera menarik selimut menutupi wajahnya.Ries tergelak kecil lalu menarik selimut itu.Eliya segera menekup wajahnya menggunakan kedua-dua tangan.
"hisy..cakap sikit pun nak malu.."ujar Ries lalu segera mengalihkan tangan Eliya yang menutupi wajah wanita itu.Jelas wajah Eliya kemerahan akibat malu.Ries mengucup jari jemari isterinya sebelum meletakkan lengan Eliya ke lehernya dan memeluk Eliya erat.Eliya tersenyum.Baru dia tahu Ries yang kelihatan agak berkarisma ditempat kerja itu adalah seorang lelaki yang sangat penyayang dan manja.Dia senang dengan sifat lelaki itu.
"you happy tak dengan I?.."soal Ries.
"happy..happy sangat-sangat..thanks bie..I love you so much.."ucap Eliya ikhlas.Bibirnya mengucup bibir Ries buat seketika.
"darling ni..suka sangat goda bie..dah la, kalau macam ni tak nak bangun la.."kata-kata Ries membuatkan Eliya tergelak manja.
"baguslah kalau bie tergoda..jadi I tak perlulah nak risau kalau bie cari perempuan lain.."Ries mengusap rambut Eliya yang panjang sehingga ke paras bahu.
"bie tak akan cari perempuan lain..bie dah puas dah hidup solo..so sekarang bila dah nikah dengan darling,it's time for me to enjoy my marriage with my lovely and sexy wife.."bisik Ries romantis lalu mengucup pipi Eliya lembut.
"kan bagus kalau kita dah kenal lebih awal,kan?.jadi,mesti I akan bercinta dengan you tanpa perlu lalui kehidupan dengan Eddie.."Ries menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju.
"kalau kita kenal lebih awal dan darling tak lalui kehidupan dengan Eddie,macam mana darling nak nampak kesungguhan bie dalam mencintai darling?..silap-silap nanti darling pun bosan sebab kita bercinta terlalu lama dan tak ada halangan yang menguatkan lagi rasa cinta kita macam sekarang ni.."ujar Ries sambil mengusap pipi isterinya itu penuh kasih sayang.
"bie nak tanya darling satu soalan tapi darling kena jawab jujur tau dengan bie.."
"apa dia? dengar macam serius aje.."
"darling masih cintakan Eddie?.."soalan cepumas itu sudah dijangka oleh Eliya dan dia sangat yakin dengan jawapannya.
"kalau I cakap I masih ,macam mana?.."Eliya perasan wajah Ries sedikit berubah hampa namun lelaki itu pandai menyembunyikan rasa yang terbuku dihatinya.Ries hanya tersenyum manis.
"kalau darling masih cintakan Eddie..bie akan beri peluang dan masa untuk darling terima bie dengan sepenuh hati..bie tahu semasa bie mula mencintai darling,hati darling sepenuhnya milik Eddie..Jadi,bie tak boleh marah kalau darling masih tak dapat lupakan lelaki yang dah hidup bersama darling selama sepuluh tahun.."Ries berkata-kata tenang.Air mata Eliya bergenang ditubir mata.Dia terus memeluk Ries erat.
"bie..hati bie sungguh baik..I tak sangka you boleh cakap macam tu...I dah cintakan you,bie..bie dah tunggu cinta I terlalu lama, takkan bie masih lagi nak beri masa untuk I terima cinta bie?.Eddie dah tak ada tempat lagi dalam hati I ni...walaupun dah sepuluh tahun kami bersama tapi apa yang dia buat pada I tu mampu untuk menghilangkan segala keindahan cinta yang I pernah alami bersama dia..apa yang I rasa sekarang adalah rasa cinta sepenuhnya pada you,bie..tak ada lelaki yang sanggup tunggu hampir lima tahun hanya untuk melihat kebahagiaan wanita yang dicintainya bersama lelaki lain..you sanggup hidup membujang dan tak buka hati you pada perempuan lain semata-mata untuk berada disisi I walaupun I anggap you hanya sebagai kawan..you sanggup pendam rasa cinta you dan layan I sebagai kawan you.Walaupun you sedih dan kesunyian..I love you,bie..I really love you.."ujar Eliya bersama air mata yang mengalir dipipi.Dia sangat terharu dengan kata-kata Ries itu.Ries tersenyum lalu menyeka air mata isteri yang dicintainya itu.Ries mendakap Eliya erat.
"I love you more,darling.."bisik Ries penuh syahdu. Perasaan cinta itu sememangnya sungguh indah terutamanya apabila cinta itu tidak bertepuk sebelah tangan.Sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang.Setiap pengorbanan hambanya pasti akan mendapat ganjaran kebahagiaan kelak.Ries berasa sungguh bersyukur kerana akhirnya dia dapat menghabiskan sisa hidupnya bersama wanita yang sangat dicintainya iaitu Eliya.


Lima bulan kemudian...

Eliya dan Ries sedang duduk sambil menjuntaikan kaki ke dalam kolam renang yang terletak dirumah baru mereka.Siapa sangka Ries telah menghadiahkan sebuah rumah kepada Eliya.Dalam diam lelaki itu rupa-rupanya telah membeli sabuah rumah semasa Eliya di Sydney lagi.Ries memeluk pinggang Eliya.Mereka berdua tergelak melihat gelagat Sofea dan Heyqarl sedang bermain didalam kolam manakala si kecil Dania juga semakin membesar dan mula aktif.Suka betul si kecil itu bermain air.Mujur Eliya telah membelikan pelampung kecil untuknya jadi,bolehlah si kecil itu turut serta didalam kolam itu bersama-sama Sofea dan Heyqarl.

Ting tong..Ting tong..
Kedengaran bunyi loceng ditekan dari luar pagar.Eliya hendak membuka pintu tetapi ditahan oleh Ries.
"tak apa..biar I aje yang pergi buka pintu.."ujar Ries lalu dia segera bangun dan menurunkan kaki seluarnya untuk membuka pintu pagar automatik rumah mereka itu.Beberapa minit kemudian,Ries datang semula kearah Eliya.
"siapa tu,bie?.."soal Eliya lembut kepada Ries tetapi lelaki itu hanya mendiamkan diri.Wajah lelaki itu seakan-akan serba salah.
"Intan datang nak jumpa Liya.."kedengaran suara Intan dari arah belakang Ries.Eliya terdiam buat seketika.Hatinya tertanya-tanya tentang kehadiran Intan.Eliya segera bangun dari tepi kolam.Si kecil Dania dibawa keluar dari kolam kerana risau terjadi apa-apa jika ditinggalkan bersama Heyqarl dan Sofea yang sedang leka bermain sesama mereka.Dania meronta-ronta tidak mahu keluar dari dalam kolam renang itu.
"sekejap ya Intan..si kecil ni memang suka memerintah sikit.."ujar Eliya sambil tersenyum.Intan mengangguk faham.
"bie..you tolong cakap sikit dengan anak dara you ni..tengok tak nak dengar cakap mama.."ujar Eliya geram kepada Dania yang masih merengek-rengek ditepi kolam.Ries tergelak kecil.
"sini sayang..jom kita masuk,nanti petang papa bawa Nia jalan-jalan,okay?.."pujuk Ries.Si kecil yang baru berusia lima bulan itu seakan-akan faham apa yang dikatakan oleh Ries,tangan si kecil itu mula didepakan tanda dia ingin Ries mendukungnya.Eliya membuat muka tidak puas hati apabila si kecil itu melentokkan kepalanya ke bahu Ries ketika lelaki itu mendukungnya.
"eeii budak ni..mama gigit nanti baru tahu..bila papa cakap dia nak dengar eh?..mama cakap langsung tak jalan.."bebel Eliya sambil memicit lembut lengan tembam milik Dania.Intan turut tersenyum melihat keluarga bahagia itu.
"Intan..jemputlah masuk..maaflah terpaksa tunggu kami pujuk si tuan puteri kecil ni.."ujar Eliya mesra.Baginya, dia sudah memaafkan kesalahan Intan.Walau macam mana sekalipun dia memaki hamun atau memarahi Intan,wanita itu sudah pun menjadi milik Eddie dan dia juga telah memilih untuk meneruskan hidupnya bersama Ries.
"darling..I mandikan Nia dulu,ya?..dia dah kesejukan ni.."ujar Ries sambil membalut tubuh Dania dengan tuala.Eliya mengangguk sebelum mempersilakan Intan duduk diruang tamunya sementara dia menyediakan air minuman.Intan melihat sekeliling kawasan ruang tamu itu.Hiasan dalaman rumah itu sungguh cantik.Maklumlah suami isteri itu adalah jurutera maka, tidak hairanlah jika rumah mereka berdua terhias indah.Kelihatan sebuah bingkai gambar yang agak sederhana besar tergantung didinding.Didalam gambar itu kelihatan Eliya sedang tersenyum bahagia sambil merangkul leher Ries dalam persalinan pengantin.Ries pula didalam gambar itu sedang ketawa sambil merangkul pinggang Eliya.Dengan berlatar belakang kehijauan,gambar itu kelihatan sangat cantik.Tiba-tiba hati Intan dipagut rasa sayu.Walaupun dia telah merosakkan rumah tangga Eliya tetapi kehidupan wanita itu lebih bahagia berbanding dirinya.Ries pula kelihatan sangat jelas menyayangi Eliya dan anak-anaknya walaupun anak-anak itu adalah hasil dari perkahwinan Eliya dan Eddie tetapi Ries menjaga anak-anak itu seperti anak-anaknya.
"maaflah,Intan..you terpaksa tunggu lama..tengah buat air tadi. Tiba-tiba Ries panggil,tak jumpa pampers katanya.."ujar Eliya sambil tergelak kecil.Geli hatinya kerana suaminya itu selalu panik apabila ingin memakaikan pampers Dania memandangkan si kecil itu suka mengenakan papanya itu.Jika terlambat,habis basah semua kain pengalas.Jika Eliya yang memakaikan pampers, tidak pernah sekali pun si kecil itu cuba mempermainkannya seperti bersama Ries.Si kecil itu sememangnya sudah pandai hendak bermain dengan Eliya dan Ries.Intan tersenyum mendengar apa yang dikatakan oleh Eliya.
"you dan Ries nampak bahagia sangat sekarang.."ujar Intan ikhlas.
"alhamdulillah,Intan..mungkin sebab berkat kesabaran kami menghadapi dugaan untuk mengecapi kebahagiaan.."Tiba-tiba air mata Intan mengalir perlahan.
"I datang sini sebab nak minta ampun dengan you,Liya..I tahu kesalahan I tak layak dimaafkan..I ni jijik sebab ibarat merobohkan sebuah masjid yang you dan Eddie bina.."Eliya mengambil tempat disisi Intan lalu memeluk bahu wanita itu.Tangan Intan dipegangnya sambil senyuman sentiasa terukir dibibir.
"I dah lama maafkan you..mungkin semua ni terjadi ini memang ada hikmah disebaliknya..tengok sekarang,alhamdulillah I dan Ries happy..you pun mesti happy disamping Eddie menanti kelahiran si kecil ni kan?.."ujar Eliya sambil mengusap perut Intan yang sudah membesar itu.Intan segera memeluk Eliya sambil menangis teresak-esak.
"you buat I lagi menyesal,Eliya..I lebih rela terima maki hamun you dan kalau you nak tampar muka I pun,I terima Liya.."ujar Intan lalu mengambil tangan Eliya dan menampar-nampar wajahnya.Eliya segera menarik tangannya.
"I tak akan buat macam tu pada you..perkara ni dah lama dah , Intan..sudah hampir setahun,jadi tak perlulah kita nak bermusuhan lagi..sedangkan nabi yang pastinya tempat baginda di syurga pun mengampunkan umatnya inikan pula I yang tak pasti lagi masuk syurga atau neraka..you tak perlu risaulah..I redha dengan ketentuan takdir I..In facts,I patut berterima kasih pada you sebab buat I sedar tentang perasaan Ries pada I.."ujar Eliya lalu memeluk lengan suaminya yang kebetulan duduk disampingnya sambil meriba Dania.Ries hanya tersenyum.
"kenapa you tiba-tiba nak jumpa I?..you dan Eddie,okay kan?.."soal Eliya.Intan menggelengkan kepalanya.
"Sejak dia dah mengetahui semua yang I dah buat pada you dan dia,dia layan I macam hamba,Liya..malam hari perkahwinan you dan Ries,Eddie balik dalam keadaan marah.Teruk I dibelasahnya bahkan dia layan I macam.."Intan terdiam buat seketika.Tak sanggup rasanya dia ingin menyebut tentang perkara itu.
"dia layan you macam apa ,Intan?.."soal Eliya prihatin.
"dia layan I macam pelacur,Liya..dia sendiri yang kata pada I macam tu..."ujar Intan teresak-esak.Ries dan Eliya mengucap panjang mendengar apa yang dikatakan oleh Intan.
"dan I mengandung ni pun dia buat tak kisah saja walaupun dia sudah tak pernah sakiti I lagi..I sedih sangat,Liya..mungkin ini adalah balasan dari Allah sebab merampas suami orang dengan cara yang paling jijik dan licik sekali.."
"Intan,Allah kan Maha Pengampun..masih belum terlewat lagi untuk you bertaubat..I rasa you pun dah sedar kesilapan you dulu,kan?..I nampak pun dah banyak perubahan pada diri you..Intan yang depan I sekarang sudah bertudung dan memakai baju yang menutup aurat,berbeza dengan Intan yang dulu.."ujar Eliya.
"I nak minta ampun pada semua orang,Liya..terutamanya Eddie dan you..hidup I ni dah tak lama lagi,Liya.."ujar Intan teresak-esak.Eliya dan Ries saling berpandangan.
"apa maksud you,Intan?.."soal Eliya pelik.
"Eddie tak tahu yang I mengalami risiko untuk mengandung..kalau I mengandung juga,hanya salah seorang sama ada I ataupun bayi ni aje yang dapat diselamatkan..itupun kemungkinan itu sangat tipis.."ujar Intan.Eliya menekup mulutnya. 'Ya Allah,besar sungguh dugaan Intan ini..ampunilah dosanya ,ya Allah..'hati Eliya mendoakan Intan.
"Ya Allah..beratnya dugaan you,Intan..kenapa you teruskan kandungan ini?..you tahukan perkara ni boleh meragut nyawa you?.."Intan mengangguk lemah apabila mendengar kata-kata Eliya itu.
"I teruskan juga sebab I tahu,Eddie tak akan mungkin dapat maafkan kesalahan I..I harap dengan melahirkan anaknya sahajalah cara untuk menunjukkan yang I cintakan dia..I tahu Eddie sayangkan anak ni dan Mia berbanding diri I..jadi biarlah I tinggalkan dia sesuatu yang berharga sebelum I pergi dari hidup dia.."Eliya memandang Intan sayu.Tangan Intan dipegangnya.
"I akan cuba bercakap dengan Eddie,okay?..jangan risau,I dah tak ada sedikit perasaan pun pada dia..I hanya anggap dia sebagai sepupu I saja..you tak kisah,kan?.."Intan memeluk Eliya.
"terima kasih,Liya..terima kasih,Ries..I dah banyak bersalah pada semua orang.."ujar Intan kesal

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now