Bab 44

2.1K 65 0
                                    

    Seminggu kemudian...
Eliya membaca pesanan yang baru diterimanya tu dengan hati yang berat.

Sayang..are you sure about your decision?sayang tak boleh ubah keputusan sayang ke?..lagi sepuluh minit abang dan Intan akan dinikahkan..masih sempat kalau sayang nak ubah keputusan sayang..

Eliya membalas pesanan ringkas suaminya itu dengan hati yang lara.Sebentar lagi dia akan berkongsi suaminya itu dengan wanita yang paling dia benci namun dikuatkan juga hatinya.

Tahniah,abang..Liya harap abang dapat jaga Intan dengan baik..bimbinglah dia dengan baik dan cubalah untuk menerima dia sebagai isteri abang..layanlah dia seperti abang melayan Liya..Liya doakan abang dan Intan bahagia.

Beberapa minit kemudia telefon bimbit Eliya berbunyi tanda ada panggilan masuk namun Eliya segera mematikan telefonnya selepas melihat nombor Eddie yang tertera di skrin telefonnya itu.

Eddie duduk dihadapan tok kadi dengan perasaan yang sangat berat.Hatinya meronta-ronta untuk tidak meneruskan rancangan ini namun dia terpaksa atas permintaan Eliya.Eddie melihat sekilas kearah Intan yang duduk bersimpuh dibelakangnya.Pernikahan mereka hanya dihadiri oleh ibubapa Intan dan ahli keluarga Eddie yang terdiri dari Puan Naimah,Puan Marina,Encik Farid dan Encik Harun.Eddie telah menetapkan syarat kepada keluarga Intan agar majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup.
"anak dah bersedia?.."tanya tok kadi itu.Eddie menutup matanya sebentar sebelum mengangguk.Dengan lafaz bismillah,mereka memulakan majlis.
"Aku nikahkan dikau Eddie Ryqarl bin Farid dengan Intan Nurhuda binti Amin dengan mas kahwinnya seratus ringgit ,tunai.."Dengan dua kali lafaz,akhirnya Intan Nurhuda selamat bergelar isteri kepada Eddie Ryqarl.Puan Marina dan Puan Naimah segera beredar dari situ sejurus tok kadi mengaminkan doa.Intan menyalami Eddie dan mengucup tangan lelaki itu.Tiada sesi mengucup dahi pengantin perempuan buat Eddie.Baginya dia lakukan semua itu hanyalah disebabkan permintaan Eliya bagi membuktikan cintanya.Tiada sekelumit pun perasaan cinta buat Intan.Dia berasa jauh hati dengan Intan yang baru bergelar isterinya.Dia tahu Intan juga adalah mangsa keadaan sepertinya tetapi entah mengapa segalanya dilakukan dengan rasa hambar.

Sejurus majlis pernikahan mereka tamat,Eddie membawa Intan pulang ke rumah yang disewanya.Dia tahu,ibubapanya tidak dapat menerima kehadiran Intan didalam rumah itu jadi,dia telah membuat keputusan untuk menyewa rumah berdekatan dengan syarikatnya bagi memudahkan Intan ke tempat kerja.Walaupun dia menikahi Intan tanpa rela,tetapi dia sedar tanggungjawabnya sebagai seorang suami harus dilaksanakan.Eddie masuk ke bilik tidur barunya.Kelihatan Intan sedang duduk dibirai katil.
"abang..maafkan Intan sebab abang terpaksa menikahi Intan.."ujar Intan sayu.Eddie meletakkan songkoknya diatas meja solek lalu mengambil tempat disisi Intan.
"tak..Intan tak perlu meminta maaf..semuanya sudah terjadi..Intan pun mangsa juga..Cuma..boleh tak Intan jangan panggil Eddie dengan panggilan abang..maaf tapi panggilan itu digunakan untuk Eliya.."
"ohh..baiklah..I panggil you macamn biasa aje la..ya Ed?.."Eddie mengangguk sambil tersenyum.
"okay la Intan..I nak mandi dulu..you berehat la ya?..sejak akhir-akhir ni terlalu banyak dugaan yang kita dah hadapi.."ujar Eddie lalu mengambil tualanya dan masuk ke dalam bilik mandi.Wajah Intan yang sayu tadi bertukar teruja.Dia merebahkan dirinya diatas katil. 'akhirnya hasrat aku jadi kenyataan..terima kasih Eliya sebab membuat keputusan yang bernas..tak perlulah aku melaksanakan rancangan aku yang seterusnya untuk memiliki Eddie..sebab kau awal-awal lagi dah serahkan suami kau pada aku'hati Intan berkata-kata sinis.Intan telah merancang satu rancangan lain sekiranya dia tidak memperoleh Eddie ketika mereka ditangkap khalwat tempoh hari tetapi rancangan itu segera dibatalkan sejurus Eddie bersetuju untuk menikahinya.Jika tidak,dia tidak akan teragak-agak untuk melakukan hal yang lebih teruk lagi sehingga Eddie dan Eliya berpisah selama-lamanya.    

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now