BAB 6

3.8K 128 0
                                    

Eliya duduk lemah di birai katil sejurus mereka tiba di bilik hotel mereka.Dia membuka selendang yang terletak elok di kepalanya.Sekali lagi air matanya mengalir.Eddie meletakkan kunci keretanya ke atas meja solek sebelum mengambil tempat di sebelah Eliya.Perlahan tangannya memeluk bahu Eliya yang sedang menangis.Eliya memandang Eddie lalu kembali menangis.Kali ini tangisannya makin kuat.Hatinya sungguh sebak kerana kehilangan atuk Samad yang merupakan antara orang yang paling disayanginya.Eddie melentokkan kepala Eliya ke dada bidangnya sambil tangannya mengusap lembut rambut Eliya yang panjang paras pinggang.
"sabar la Liya sayang..tak elok kita menangisi pemergian seseorang tau..biarlah roh atuk dapat pergi dengan tenang..kalau kita tak reda dengan pemergiannya nanti dia yang terseksa di sana..sayang jangan nangis lagi ya..abangkan ada kat sini.."pujuk Eddie perlahan.Sedikit sebanyak Eliya merasa tenang dengan pujukkan Eddie.Tangisan Eliya sudah mula reda.
"Liya tak sangka atuk Samad akan pergi sejurus selepas kita bersanding...Liya tak pernah sangka.."balas Eliya lemah.
"sayang..kematian seseorang tu tak pernah dapat kita jangka..abang pun sedih tapi abang kena kawal sebab abang tau..Allah lebih sayangkan atuk..DIA tak nak atuk terseksa,dicucuk dengan pelbagai wayar..lebih baik atuk pergi dari terseksa macam tu..Liya cuba bayangkan..atuk dah tak larat lagi nak tanggung tu semua..terlalu menyeksakan.."
"erm..betul juga..Liya Cuma doakan atuk akan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.."
"amin..abang pun harap macam tu.."balas Eddie.Eliya bangun lalu mencapai pakaian sebelum masuk ke dalam bilik mandi.Eddie bangun menuju ke laci meja solek.Perlahan laci di tarik,dia mengeluarkan dua keping kertas dan meletakkannya di atas meja solek.Dia keluar dari bilik hotel tersebut untuk membeli sedikit makanan kerana sejak petang tadi Eliya tidak menjamu apa-apa makanan.

Eliya keluar dari bilik mandi dan meninjau ke dalam bilik. 'aik..mana Eddie ni?..'hati Eliya bermonolog.Dia berjalan menuju ke meja solek untuk menyikat rambutnya yang sedikit basah. 'eh..apa ni?'Eliya mengangkat dua keping kertas tadi ternyata itu adalah tiket kapal terbang.Eliya membaca maklumat tiket tersebut. 'hah..Pulau Langkawi..what?!..tarikh dia esok ni..'hati Eliya berkata-kata sendirian.Tiba-tiba terasa seseorang memeluknya dari belakang.Eliya terkejut namun segera dia terpandang pantulan wajah Eddie dari cermin meja solek.Eddie tersenyum lalu mencium pipi Eliya.
"abang..nak pergi Langkawi esok ke?"tanya Eliya perlahan.Eddie hanya mengangguk sambil tersenyum.
"tapi..atuk baru.."Eliya tidak menyambung ayatnya kerana dia masih belum boleh menerima sepenuhnya pemergian atuk Samad.Eddie perasan akan berubahan wajah Eliya segera dia mengeletek Eliya.Akhirnya Eliya ketawa kegelian.
"abang..geli la.."
"tau pun..siapa suruh menangis..ini adalah hadiah perkahwinan kita dari abang untuk Eliya tapi...tak sangka ,tak kena dengan waktu pula..tapi tak apa..itu bukan penghalang..tadi abang dah bincang dengan ibubapa kita..diorang setuju kita pergi esok.."
"Tapi.."Belum sempat Eliya menyambung ayatnya Eddie sudah memusingkan badannya.Dia mendekatkan wajahnya.
"tapi apa?"tanya Eddie dengan senyuman nakal.Eliya sudah gelabah terus menggelengkan kepala.
"t..ta..tak ada apalah..L..Li..Liya ikut je.."balas Eliya gagap.
Eddie melepaskan rangkulan di pinggang Eliya.Tiba-tiba perut Eliya kembali berbunyi kuat minta diisi.Eddie tergelak kerana terdengar bunyi tersebut.Eliya menutup mukanya menggunakan telapak tangan.Beberapa saat kemudian dia mengalihkan tangannya dan membuat senyuman ala Garfield sambil tangannya membuat simbol 'peace'.Eddie kembali ketawa.Comel sungguh wajah Eliya apabila buat begitu.
"Garfield abang dah lapar ya..kesian..jom makan..abang ada beli nasi goreng kesukaan Eliya..jom.."ujar Eddie lalu menarik tangan Eliya menuju ke meja makan yang tersedia di bilik mereka yang agak besar itu.Eliya terhidu bau nasi goreng USA ,nasi goreng kesukaannya sejak kecil.Segera dia duduk lalu mencapai sudu.Sudu sudah menghampiri mulutnya namun segera dia terpandang Eddie yang duduk bertentangan dengannya.Eddie menongkat dagu sambil memandangnya dengan senyuman.Eliya meletak kembali sudu di pinggan.
"kenapa abang pandang Liya macam tu?"
"makan tak baca doa pun.."balas Eddie selamba.Eliya mengaru kepalanya yang tak gatal. 'ops..lupa..hehe..sorry cik abang sayang..eh?..sayang ke?..mesti la sayang..tu kan cik abang aku yang sorang...'Eliya berangan lalu tersenyum sendirian.Eddie berdehem menyedarkan Eliya dari lamunannya.
"hey..sempat berangan..Liya..Liya.."
"hehe..abang baca la doa..Liya amin kan.."balas Eliya.Eddie segera menadah tangan lalu membaca doa.Usai membaca doa Eliya kembali mencapai sudu lalu menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.Eddie memerhati Eliya. 'Kesian Liya..banyak perkara yang dah Liya tempuhi hari ni..semua amat memedihkan tapi Liya tetap kuat menghadapi semua dugaan ini..abang bangga dapat isteri macam Liya'hati Eddie berkata-kata sendiri.Mereka makan dengan tenang dan penuh nikmat setelah melalui hari yang meletihkan.

Selepas makan Eddie mengajak Eliya untuk menemaninya mandi di kolam renang hotel.Eliya membulatkan mata saat terdengar rancangan Eddie.
"abang..kan dah pukul 10 malam ni..kolam renang mesti dah tutup.."
"tak apa..lagi privasi untuk kita.."
"suka hati abang la..tapi kalau kena tangkap..Eliya tak nak bertanggung jawab."
"okay..beres Mrs.Eddie.."usik Eddie.Eliya menjengkelkan mata kearah Eddie.
"dah..cepatla siap.."suruh Eddie.Eliya segera mencapai sehelai t-shirt berwarna putih dan masuk ke dalam bilik mandi.Beberapa saat kemudian Eliya keluar bersama tuala mandi untuk Eddie.
"Liya tak mandi tau..Liya teman abang je.."Eddie hanya mengangguk lalu segera menarik Eliya menuju keluar dari bilik mereka.

Sejurus sampai di kolam renang kelihatan beberapa orang mat saleh sedang bermandi manda di kolam tersebut.Ternyata kolam renang ini buka sehingga pukul 2 pagi.Eliya duduk di tepi kolam sambil mencelupkan kaki ke dalam dasar kolam manakala Eddie sudah terjun ke dasar kolam tersebut.Eliya duduk termenung.Perlahan tangannya bermain dengan air kolam yang agak sejuk itu. 'Eddie..Zafril..dua nama yang kini menanti cinta aku..siapa yang patut aku pilih..Eddie adalah cinta yang wajib manakala Zafril..cinta pertama aku..ah..aku binggung..siapa patut aku pilih..Eddie atau Zafril..mereka berdua adalah orang yang aku sayang..'hati Eliya bermonolog.Tiba-tiba dia teringat pesanan atuk Samad agar dia sentiasa berada di sisi dan mencintai Eddie.. 'ahh..aku binggung sangat..'.Eliya terkejut saat dia terasa kakinya di tarik ke dalam kolam renang sehingga dia terjatuh ke dalam kolam renang.Mata Eliya membulat tatkala melihat Eddie sudah mengekek mengetawakannya.Eliya menarik muncung panjang.
"abang!!..kan Liya cakap Liya teman je..tengok ni..habis basah..nasib baik tak bawak handphone tau..kalau tak jahanam dah telefon Liya.."mulut Eliya sudah mengomel.Eddie menarik Eliya sehingga dia terdorong ke depan dan merangkul pinggang Eliya.
"abang..malu la..kita kat khalayak ramai ni.."
"tau pun..kalau macam tu baik Liya ikut je abang..kalau tak abang buat lebih teruk kat sini.."Eddie mula merapatkan wajahnya.Eliya menolak dada Eddie perlahan.
"ok..ok..tapi jangan buat apa-apa kat Liya.."balas Eliya sambil memandang kiri dan kanan.Eddie tersenyum menang lalu mencium lembut pipi Eliya sebelum kembali berenang.Eliya membulatkan matanya kepada Eddie yang suka mengusiknya.Eliya duduk di tangga kolam sendirian memerhati Eddie yang berenang pantas.Eddie datang ke arahnya.
"kenapa Liya tak berenang?.."tanya Eddie.
"Liya..tak reti.."balas Liya seakan-akan berbisik namun dapat didengar dengan jelas oleh Eddie.Eddie tersenyum lalu segera menarik tangan Eliya.
"eh..nak pergi mana tu?..kat sana tu dalam..Liya tak jejak.."
"tak apa..abang ajar Liya.."Eliya akur.
Eddie mengajar Eliya cara untuk apungkan badan diikuti dengan langkah-langkah asas,dalam beberapa minit kemudian Eliya sudah dapat berenang sendiri.Eddie tersenyum gembira melihat Eliya yang cepat belajar.Mereka berenang bersama sehingga jam menunjukkan tepat ke angka 12.30 malam.Eddie keluar dari kolam renang lalu membantu Eliya untuk turut keluar.Eliya menarik sedikit t-shirt putih yang melekat pada badannya.T-shirt itu kelihatan jarang kerana warnanya yang cerah.Eddie perasan akan keadaan pakaian Eliya yang agak jarang itu segera dia menutup bahu Eliya menggunakan tuala yang pada asalnya untuk Eddie.Mereka duduk sebentar di tepi kolam untuk mengeringkan badan.
"abang tak sejuk ke?..sorry la Liya terpaksa guna tuala abang.."ujar Eliya perlahan sambil memandang kearah Eddie yang sedang duduk memandang dada langit yang memancarkan bintang dan bulan.
"abang lagi sanggup sejuk macam ni dari biar orang tengok Liya dengan pakaian tu..Liya milik abang..orang lain tak boleh tengok..abang je boleh..sentuh lagi la..langkah mayat abang dulu.."balas Eddie yang masih merenung ke langit.Eliya tergelak kecil.Eddie memandang kearah Eliya.
"kenapa gelak?"
"tak apa..saja nak gelak ,tak boleh? "
"oh..gelakkan abang ya..sini biar abang cubit pipi dia yang comel tu.."balas Eddie lalu mengambil tempat di sebelah Eliya.Eliya sudah menutup kedua pipinya dengan tangan sebagai pelindung pipinya dari mangsa cubitan manja Eddie.Eddie hanya mengacah lalu melentokkan kepalanya ke bahu Eliya.Eliya hanya membiarkan tindakkan suaminya itu.
"Liya..abang nak tanya Liya.."
"erm..apa dia?"
"Liya..kalau Liya kena pilih antara abang dengan Zafril..Liya akan pilih siapa?"tanya Eddie.Wajah Eliya sudah berubah.
"perlu ke Liya jawab soalan tu?"tanya Eliya kembali.
"abang tak memaksa..Cuma abang nak Liya tahu..cinta abang hanya untuk Liya seorang je sejak dulu lagi.."balas Eddie.Eliya menoleh kearah suaminya.
"sejak dulu?"
"yup..sejak dulu..sejak abang pergi belajar di Amerika dulu..hati abang sentiasa berbunga-bunga saat terima surat dari Liya..Cuma abang tak mengaku pada Liya je..abang takut Liya tolak cinta abang..tapi abang nak Liya tahu yang abang tak pernah menyesal dengan rancangan perkahwinan kita ni.."
"abang tak ada wanita lain ke yang pernah jadi kekasih abang masa di Amerika dulu?"tanya Eliya lagi.Eddie memandang Eliya sambil tersenyum lalu menggeleng.
"tak pernah ada..dan tak akan ada..hati abang memang dah reserve untuk Liya..ramai yang cuba mengurat abang tapi abang buat don't know,don't care je.."balas Eddie selamba.
"waa..dahsyatnya abang..kejam sangat..kasihan diorang.."ucap Eliya sambil tergelak kecil.Siapa sangka Eddie yang kacak serta layak mendapat gelaran model lelaki terkacak seluruh Malaya itu akan jatuh cinta pada gadis semuda Eliya yang masih belum tahu erti kehidupan yang sebenar.
"tau tak apa..sebab tu Liya kena sayang abang juga..abang ni mahal tau..tak ternilai harga..kenalah jaga abang elok-elok..dah la handsome romantik lagi tu.."balas Eddie lagi.Eliya tersenyum lalu mencium pipi kiri Eddie.Eddie terkejut dengan tindakkan Eliya namun dia segera tersenyum gembira.
"hisy.. abang ni masuk lif tekan sendiri la..apa-apa pun ,thanks abang sebab sudi terima Liya dan mencintai Liya..Liya akan sedaya upaya cuba membalas cinta abang tu..tapi abang kena la buat Liya jatuh cinta kat abang..jangan putus asa ya.."ucap Eliya lalu mendekatkan kembali wajahnya ke pipi Eddie.Niatnya untuk mencium pipi lelaki itu namun Eddie pantas memandang kearah Eliya menyebabkan bibir mereka bersatu.Mata Eliya membulat.Dia segera menjauhkan wajahnya yang sudah berona merah.Eliya segera bangun dan menuju kearah lif hotel.Eddie tersenyum senang lalu mengikut langkah Eliya dari belakang. 'hahaha..kan abang dah janji nak buat Liya jatuh cinta dengan abang..so,sekarang abang akan jadi romantik habis sampai Liya jatuh dan terjatuh dan terjatuh cinta pada abang..bukan sekali je jatuh tapi seribu kali jatuh cinta dengan abang.'hati Eddie berkata-kata sendiri.


Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now