Bab 33

1.8K 62 2
                                    

    Eddie memasuki pejabatnya dengan wajah suram.Intan Nurhuda menjadi pelik apabila Eddie hanya diam apabila dia menegur.Intan mengambil keputusan untuk bertanya tterus kepada Eddie tentang masalah yang dihadapi lelaki itu.Baginya jasa Eddie kepada dirinya amat tinggi nilainya berbanding apa yang telah dia bantu Eddie selama ini.
"masuk.."kedengaran suara Eddie dari dalam ruangannya sejurus Intan mengetuk pintu.Intan masuk lalu melemparkan senyuman kepada sahabatnya itu.
"you tak apa-apa?.."soal Intan dengan rasa prihatin.
"I'm okay.."
"Ed,I ni dah lama kenal you..tak payah nak sembunyikan sangatlah.."
"I'll tell you later..balik nanti I akan singgah rumah Pak Yusuf,okay?.."ujar Eddie.Intan mengagguk sambil tersenyum.
"okay..I tunggu.."ujar Intan lalu beredar dari ruangan tersebut.Eddie menghela nafas berat.Dia sudah tiada mood untuk meneruskan tugasannya.Jam tangannya dilihat.Sudah hampir ke angka 4 petang.Hari ini dia akan keluar awal memandangkan dia sudah berjanji dengan Mia untuk membawa si kecil itu keluar.Kedengaran bunyi guruh dari luar menandakan sebentar lagi hujan akan mencurah ke bumi. 'nampaknya hari ini aku kena keluar awal..kesian Mia kalau aku tak bawa dia keluar hari ini..'hati Eddie berkata-kata sendirian.

Eliya berdiri di lobi syarikatnya sambil menunggu hujan reda.Menyesal pula rasanya kerana telah memarkirkan keretanya agak jauh dari lobi bangunan tersebut.
"hey..kenapa tak balik lagi?.."soal Ries kepada Eliya.
"tu la..aku nak redah aje tapi takutlah handbag baru aku yang ada orang hadiahkan ni rosak..sayang ni.."balas Eliya sambil mengusap beg kertas yang berada dalam pegangannya itu.Ries tergelak.
"tu la..siapa la agaknya orang yang istimewa baik hati sangat belikan untuk kau tu,ya?.."kali ini Eliya pula tergelak mendengar usikan Ries.
"eleh..dia yang.."belum sempat Eliya meneruskan aatnya,telefon bimbitnya sudah berbunyi.Dahi Elia sedikit berkerut melihat nombor yang tidak dikenali.
"hello..Puan Eliya ke dihujung talian?.."kedengaran suara seorang wanita.Eliya memandang Ries sambil mengangkat bahu apabila Ries menunjuk isarat bertanya mengenai si pemanggil.
"ya saya..siapa bercakap?.."soal Eliya formal.
"macam ni..tadi saya lalu dihadapan tadika..terkejut saya bila ada nampak dua orang kanak-kanak yang sudah kehujanan..sekarang ni mereka ada dengan saya..baik puan datang segera..nampaknya dah lama mereka tunggu disini dalam keadaan hujan lebat macam ni,puan.."ujar wanita tersebut.Eliya sudah tak senang hati.
"boleh bagi saya cakap dengan anak saya?.."ujar Eliya.Beberapa saat kemudian kedengaran suara Heyqarl dari hujung talian.
"he..hello,mama.."kedengaran suara Heqarl lemah.
"sayang..kenapa tak tunggu kat dalam tadika aje?.."soal Eliya cemas.
"ta..tadi..dad..daddy yang pesan suruh Heyqarl dan Sofy tunggu daddy kat pondok yang de..depan tadika tu..Heyqarl dan adik tunggu la kat situ.."jawab Heqarl.Eliya sudah mengeluh mendengar jawapan anaknya itu.
"okay..tunggu situ,ya?..mama datang sekarang.."
"okay..mama cepat tau..adik tadi pengsan.."beritahu Heyqarl membuatkan Eliya bertambah panik.
"okay..beri telefon ni pada auntie sayang.."arah Eliya.Belum sempat Eliya berkata apa-apa wanita itu sudah memotong.
"puan..jangan risau..anak puan ni tak pengsan pun..dia cuma lemah..puan tak perlu risau,saya doktor.."ujar wanita itu lagi.Sejurus wanita itu memberi keterangan,Eliya mematikan talian namun dia pelik apabila Ries sudah tidak berada disampingnya.Nampaknya dia harus meredah hujan.Belum sempat dia menuruni anak tangga.Kereta Audi R8 milik Ries sudah berhenti dihadapannya.
"cepat masuk..I hantarkan you ke sana.."ujar Ries.Tanpa berfikir panjang Elya terus masuk ke dalam perut kereta tersebut sebelum kereta itu menderum laju meredah hujan.


"Ohh..jadi itulah puncanya you murung aje sejak lunch tadi?.."soal Intan kepada Eddie ketika mereka sedang duduk menikmati makan malam bersama.Hari ini Intan turut ikut apabila Eddie ingin membawa Mia keluar sebentar tadi.Intan tergelak.
"hey..orang tengah merajuk ni dia boleh pula tolong gelakkan.."ujar Eddie.
"tak la..I kelakar..tak sangka Eddie yang gagah dulu tu rupanya mat rajuk.."jawab Intan.
"siapa tak sayang bini,Intan?.."Tiba-tiba telefon bimbit Eddie berbunyi.Nama Eliya terpampang di skrin telefon bimbit Eddie.
"hello.."
"hello Encik Eddie ni saya..Ries.."kedengaran suara garau dihujung talian.
"kenapa telefon isteri saya ada pada awak?.."soal Eddie dingin.
"daddy..daddy..jom teman Mia pergi beli Barbie doll?.."ujar Mia sejurus si kecil itu tiba dari tempat permainan kanak-kanak.Intan menarik Mia agar menjauhkan diri dari Eddie memandangkan Eddie sedang bercakap telefon.Ries mengerutkan dahinya apabila mendengar suara kanak-kanak dihujung talian.
"saya tanya awak..kenapa telefon isteri saya ada pada awak?.."soal Eddie yang sudah meninggikan suara.Intan mengisyaratkan kepada Eddie agar dia bertenang.
"maaf Encik Eddie..saya cuma temankan isteri Encik pergi ke hospital..anak Encik Sofea berada di unit rawatan kecemasan sekarang.."ujar Ries tenang agar Eddie tidak cemas.
"what?!..Sofea masuk hospital?.."soal Eddie terkejut bercampur cemas.Anak gadisnya itu memang cepat terkena penyakit sejak kecil lagi namun belum pernah princessnya itu dimasukkan ke hospital.
"ya..saya harap Encik Eddie dapat datang sekarang..kami di Hospital Pantai .."
"okay..saya datang sekarang.."ujar Eddie sebelum mematikan talian.
"it's okay..you pergi aje..I boleh minta tolong Pak Yusuf.."ujar Intan kepada Eddie.Eddie mengangguk lalu beredar dari situ dalam keadaan cemas.
"ibu..daddy nak pergi mana tu?.."soal Mia.Intan mengusap pipi anaknya penuh kasih sayang sambil tersenyum.
"daddy nak pergi hospital sebab anak daddy sakit.."jawab Intan.Mia mengangguk tanda faham.

Eddie memandu laju sambil hatinya tidak berhenti-henti mendoakan kesejahteraan anaknya itu.Memang dia terlupa tentang pesanannya kepada si kembar itu pagi tadi. 'Ya Allah..lindungilah puteriku dari sebarang penyakit yang memudaratkan..berikanlah dia kesejahteraan,Ya Allah..'.


Eddie berlari menuju ke arah wad kanak-kanak.Sebentar tadi Ries telah memaklumkan bahawa Sofea telah stabil dan dimasukkan ke wad kanak-kanak.
"Ries..macam mana dengan keadaan anak saya?.."soal Eddie ketika terlihat Ries yang sedang duduk dihadapan wad yang menempatkan Sofea.
"Sofy okay..Cuma dia terkena demam panas akibat kehujanan tadi..Heyqarl pula dah dibawa balik ke rumah oleh ibubapa Encik Eddie..dia pun tak sihat juga.."beritahu Ries.
"terima kasih,Ries..awak baliklah dulu.."ujar Eddie sambil menepuk bahu Ries.Ries hanya membalas dengan senyuman.

Eliya mengusap kepala Sofea yang sedang lena.Suhu badan anaknya itu masih panas namun tidak seperti sebentar tadi.
"macam mana dengan keadaan Sofy?.."ujar Eddie sambil memegang bahu isterinya itu.Eliya menepis tangan Eddie.Wajah Eddie yang berdiri dibelakangnya dipandang penuh kemarahan.Eliya bangun lalu menarik tangan Eddie untuk keluar agar tidak menganggu lena Sofea.
"abang ni dah kenapa?.."soal Eliya kasar.
"hey..nasib baiklah Liya tak jadi ke Johor hari ini..baru sehari Liya tinggalkan anak-anak kita,dah jadi macam ni..susah sangat ke jaga anak kita?..kenapa abang berubah sangat macam ni?..apa salah Liya pada abang,huh?.."ujar Eliya penuh emosi.
"Liya..look,abang minta maaf sangat..abang betul-betul terlupa pasal ni..bukan abang sengaja.."ujar Eddie memujuk.
"Liya kecewa sangat dengan abang..hal anak kita pun abang boleh ambil remeh..agaknya kalau Liya tak ada tadi..silap-silap anak kita dah tak ada dah abang.."ujar Eliya dengan air mata yang sudah berjuraian.
"Liya..abang kan cakap..abang memang terlupa tadi.."
"then,kenapa abang balik lewat hari ni sedangkan tadi Liya call office abang,diorang cakap abang dah keluar..in addition,abang keluar dengan PA abang kan?!.."soal Eliya dengan suara yang sedikit tinggi namun masih terkawal kerana mereka berada didalam kawasan hospital.Eddie meraup wajahnya.
"then,how about you,huh?..bertepuk tampar dengan jantan mana entah sesuka hati..tak fikirkan keluarga ke?..keluar dengan jantan macam tu?.."soal Eddie yang turut kemarahan.Nafas Eliya sudah turun naik.Wajahnya sudah merah padam akibat marah.
"ohh..abang nak kira macam tu?..at least jantan yang abang kutuk tu ada bila Liya perlukan dia..dan dia pun ada disamping Liya bila anak Liya sakit..ada suami pun tapi macam tak wujud..macam itukah abang cakap yang abang tu suami?.."ujar Eliya sinis.Eddie hilang kesabaran.Tangannya sudah naik hampir menampar wajah Eliya namun dia segera beristighfar.Tangannya diturunkan semula.Eliya mengetap bibirnya.
"abang nak tampar Liya,kan?..tamparlah..tampar..puaskan hati abang..lepas ni tinggalkan Liya dan anak-anak Liya..abang tak payah masuk campur lagi hal kami..memang itu yang abang nak kan?..anak-anak kita tu dah macam tak ada bapa dah..ada bapa pun tak sedar tanggungjawab.."ujar Eliya sebelum beredar kembali ke wad Sofea.Sekali lagi Eddie meraup wajahnya. 'Apa yang dah jadi dengan rumah tangga aku sekarang ni?..kemana perginya kebahagiaan yang pernah kami rasai sebelum ini?..'.

Sejurus Eliya masuk semula ke ruangan yang menempatkan Sofea.Si kecil itu sudah tersedar dan duduk bersandar di katil.
Eliya tersenyum kepada Sofea lalu duduk disamping anaknya itu diatas katil.Dahi Sofea dikucupnya lembut.
"mama..daddy dan abang mana?.."soal Sofea yang masih lemah.
"abang sakit..tadi oma dan tok ayah dah bawa abang balik..daddy...err.."Eliya terdiam sejenak.
"daddy is here,princess.."ujar Eddie sambil berjalan kearah anaknya.Wajah pucat Sofea bertukar ceria.
"I miss you,daddy.."rengek Sofea sambil mendepakan tangannya walaupun sebelah tangannya telah disambungkan dengan drip.Eddie memeluk anaknya erat.
"anak daddy ni cepat sembuh tau..lepas tu kita pergi holiday,okay?.."ujar Eddie kepada Sofea.Eliya langsung tidak memandang suaminya yang sedang bermanja dengan anaknya itu.Kemarahannya masih belum reda.
"mama..besok kita pergi Australia kan?..tadi abang ada cakap kat Sofy.."tanya Sofea teruja walaupun dia sedang sakit.
"tak sayang..kita tangguh dulu,okay?..nanti lepas Sofea dan Heyqarl dah sihat baru kita ke sana.."
"alaa..lambatnya..bila Sofy nak sihat ni,mama?.."tanya Sofea.Eliya tersenyum memandang anaknya namun senyumannya mati apabila terpandang wajah Eddie yang turut memandangnya.
"doktor kata,kalau Sofea dah tak demam..Sofea dah boleh balik.."
"daddy..nanti kalau princess dan abang dah sihat,daddy janji tau bawa kita pergi holiday.."ujar Sofea.Eddie mengangguk.Mata Eddie sekali lagi melirik kearah Eliya tanpa disedari oleh isterinya itu.Mata Eliya sudah merah menahan rasa mengantuk.
"Liya..pergilah balik dulu kalau Liya dah penat.."Eddie berkata-kata lembut.
"tak..I need to stay with my daughter.."jawab Eliya acuh tak acuh tanpa memandang kearah Eddie.
"our daughter.."Eddie membetulkan ayat Eliya namun dia hanya mendapat jelingan tajam dari isterinya itu.
"mama..daddy..Sofy mengantuklah.."Sofea sudah menggosok matanya.Eliya segera bangun dan membantu anaknya baring manakala Eddie pula menyelimutkan si kecil itu.Ketika sedang menyelimutkan Sofea,tangan Eddie secara tidak sengaja menyentuh tangan Eliya yang sedang menepuk anaknya perlahan untuk menidurkan si kecil itu.Mata Eddie dan Eliya saling bertatapan buat seketika sehingga mereka tersedar apabila Sofea mengiringkan badannya.Eddie berdehem sebelum duduk di sofa yang terletak diruangan itu.Mujur diruangan wad itu terdapat dua katil dan satu sofa memudahkan mereka berdua untuk berehat ketika menjaga puteri mereka itu.Beberapa minit kemudian,Eliya bangun dari kerusi yang terdapat disebelah katil Sofea.
"princess dah tidur?.."soal Eddie seakan-akan berbisik.Eliya mengangguk lalu keluar dari situ.Eddie menghela nafas berat lalu mengekori isterinya itu.Akhirnya Eddie mengalah dalam perang dingin yang baru tercetus tadi.

Eddie duduk disamping Eliya di anak tangga yang terdapat ditangga kecemasan hospital itu.
"kenapa ikut Liya?.."soal Eliya tanpa memandang kearah Eddie yang sedang merenungnya dari sisi.
"because you're my wife..and as husband,I should always be by your side.."Eliya berdecit apabila mendengar jawapan Eddie itu.Perlahan tangan Eliya cuba dicapainya namun Eliya segera melarikan tangannya.
"if you want to stay there then just stay..no need to touch me.."Eliya memeluk tubuh.Sekali lagi Eddie mencapai tangan Eliya namun kali ini Eliya gagal untuk menembunyikan tangannya.
"Encik Eddie Ryqarl..apa masalah awak ni ya?..boleh tak awak tolong lepaskan saya?.."ujar Eliya dalam nada dingin.
"salah ke kalau saya nak tebus kesalahan saya pada orang yang saya cintai dan sangat-sangat saya sayangi dalam hidup saya,hmm?.."bisik Eddie ketelinga Eliya lalu merangkul pinggang Eliya.Air mata Eliya sudah bergenang ditubir mata.
"yes..salah..sebab saya bukan orang yang awak maksudkan tu.."jawab Eliya menahan sebak.Eddie mengucup tangan isterinya.
"mungkin awak belum sedar lagi tentang hakikat itu?.."bisik Eddie lagi.
"saya ni cuma perempuan murahan yang tak menjaga maruah suami..saya bukanlah wanita yang awak katakan tadi,Encik Eddie Ryqarl.."Air mata Eliya sudah menitis laju.Eddie mengucup dahi isterinya dengan perasaan sayu.
"shh...abang tak pernah sesekalipun maksudkan macam tu sayang..selepas apa yang sayang dah lalui selama ni..bekorban untuk abang..tergamakkah abang nak cakap macam tu?..kalau abang cakap macam tu,abang memang seorang lelaki yang bodoh sebab tak dapat nak menilai sayang yang sangat bernilai disisi abang ni.."ujar Eddie sambil menarik isterinya kedalam dakapannya.Matanya juga turut berkaca-kaca mendengar luahan kata-kata isterinya itu.Sebegitu sekali luahan perasaan isteri yang telah dilukainya.
"I'm so sorry,sayang..abang terlalu ikut perasaan tadi.."ujar Eddie dengan suara yang sudah bergetar menahan sebak.Eliya membalas dakapan suaminya itu sambil menangis semahu-mahunya.
"sampai hati abang cakap macam tu pada Liya tadi..kalau Liya tak sayangkan abang dan Liya berniat nak curang dengan abang,dah lama Liya tinggalkan abang..Liya buat semua ni dan bertahan disisi abang sebab Liya cintakan abang..Liya sayang abang sangat..takkan itu pun abang masih belum nampak?..selepas hampir sembilan tahun kita hidup bersama..masih tak cukup lagikah apa pengorbanan Liya untuk abang?..sejak Liya umur 16 tahun,Liya dah jadi isteri abang sehingga sekarang..umur Liya dah 25 tahun..tak cukupkah jangka masa itu untuk abang sedar tentang perasaan Liya?.."soal Eliya sambil teresak-esak.Air mata Eddie turut mengalir mendengar kata-kata Eliya.Dia tidak sanggup melihat isterinya terluka begitu.
"tak ,sayang..abang tahu abang dah melukakan sayang..tolonglah maafkan abang..please..abang tak sanggup tengok sayang terluka dan yang paling menyeksa abang ialah abang adalah penyebab sayang terluka..I'm really sorry,sayang.."pelukan Eddie semakin erat.Eliya mendongakkan mukanya memandang Eddie.Air mata Eddie yang mengalir perlahan itu dikesatnya perlahan menggunakan tangan.
"air mata abang itu sangat berharga tahu tak?..kalau Liya nampak air mata abang menitis sebab Liya bertambah lagi luka dihati Liya sebab tak berjaya jadi isteri yang baik untuk abang.."Eddie tersenyum mendengar kata-kata isterinya itu.Eliya membalas senyuman Eddie lalu mengucup pipi suaminya.
"tau tak daddy Sofy dan Heyqarl ni kurang handsome kalau mengalirkan air mata.. mama pun jadi macam nak nangis semula lepas tengok daddy ni sedih.."pujuk Eliya sambil mengusap air mata suaminya itu.Eddie tergelak kecil lalu mencuit hidung Eliya.
"nampak tak..bila dengan sayang..ego abang jatuh ke bumi..dusshhh...macam tu.."ujar Eddie bersama gaya yang comel menunjuk ke lantai.Eliya ketawa besar.
"wahh..siap ada sound effect lagi tu.."Eddie hanya tersenyum.
"sayang..perasan tak?.."soal Eddie tergantung.Pipi kedua-dua pipi Eliya dipegangnya agar isterinya memandang tepat ke matanya.
"perasan apa?.."
"rumah tangga kita sentiasa ada dugaan..sejak dulu sehingga sekarang..ada aje dugaan untuk kita..tapi cinta abang pada sayang tak pernah berkurangan..degupan jantung abang tak pernah perlahan bila bersama sayang.."Eddie mengambil tangan Eliya dan diletakkan ke dadanya.
"abang terlalu cintakan sayang sehingga kadang-kadang kita berdua menjadi punca setiap perselisihan faham dalam rumah tangga kita.."bisik Eddie.Eliya mengangguk perlahan tanda setuju.
"but I promise you..selagi abang hidup dan bernafas..cinta abang hanya pada wanita yang bernama Eliya Rihanna binti Harun sahaja.."sambung Eddie.Perlahan wajahnya mendekati wajah Eliya.Eliya menutup matanya apabila kehangatan bibir Eddie terasa didahinya kemudian dikelopak matanya dan berakhir dibibirnya.Air mata Eliya mengalir perlahan dengan mata yang terpejam.Sesungguhnya rasa cintanya kepada Eddie juga tidak pernah berkurangan sejak mula dia merasai kehadiran cinta buat lelaki itu.


Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now