Bab 40

2.7K 90 4
                                    

    Sudah hampir sebulan sejak pertengkaran Eliya dan Eddie berlaku namun layanan Eliya kepada Eddie masih dingin seperti selalu.Tiada tanda-tanda bahawa wanita itu akan memaafkan Eddie dalam masa terdekat.Pelbagai pujuk rayu sudah dilakukan namun Eliya bagai sudah jauh hati dengan lelaki itu.Eddie mengeluh berat.Jam dikomputer ribanya dilihat sudah hampir ke angka 6 petang namun isterinya masih belum pulang lagi dari memantau projeknya.Eddie segera membuka emailnya.Tiba-tiba matanya terlihat satu email yang dihantarkan oleh Intan.

Assalamualaikum,Eddie..
Apa khabar you dekat sana?..I harap you dan Eliya serta anak-anak berada didalam keadaan sihat waalfiat..Berkali-kali I cuba hubungi you tetapi tak dapat..I risau sangat tapi alhamdulillah ayah you ada beritahu yang you sekeluarga sihat..Mia sangat rindukan you..hampir setiap hari dia asyik sebut nama you aje dan dia kerap demam panas sejak akhir-akhir ini..I harap sekurang-kurangnya you dapat menghubungi I untuk bercakap dengan Mia..atau mungkin you dapat balik untuk jenguk kami disini..maaflah jika permintaan I ni agak melampau..tapi Mia terlalu rindukan you..maaf jika I menganggu you sekeluarga..I harap you dapat reply email I ni..dan ini nombor telefon I andai kata you terhilangkan nombor I.. 010-25353515 – Intan

Eddie segera mengeluarkan telefon bimbit yang baru dibelinya lalu mendail nombor Intan.Beberapa minit kemudian kedengaran suara wanita itu memberi salam dihujung talian.
"walaikumsalam..Intan,ini I Eddie..maaflah I tak dapat nak menghubungi you sebab telefon bimbit I dua-dua tertinggal di Malaysia..maafkan I.."
"it's okay..ini pun you telefon I dah kira okay..macam mana kehidupan kat sana?.."
"macam tu la,Intan.."
"aik..macam ada masalah saja.."
"memang pun..I dengan Liya bergaduh lagi..dah sebulan dia tak hiraukan I..kadang-kadang I rasa macam nak balik Malaysia aje.."Intan sudah tersenyum sinis.Namun dia terus berpura-pura simpati.
"laa..ya ke?..kenapa pula jadi macam tu?..ni mesti sebab you yang buat dia merajuk dulu kan?.."
"entahlah Intan..I pun tak tahu nak salahkan siapa dalam hal ini..pening kepala I nak fikir.."
"apa kata you balik Malaysia untuk seketika..mana tahu nanti hati Eliya makin lembut selepas berjauhan dengan you..maklumlah kadang-kadang perasaan rindu dapat melembutkan hati seseorang.."
"bagus juga idea you tu..I pun dah lama tak jumpa Mia..rindu pula dengan si kecil tu.."
"Mia pun rindu sangat dengan you..kadang-kadang I sampai rasa nak marah aje dia sebab asyik tanya benda yang sama.."
"dia tanya apa?.."
"bila daddy nak balik?..itu ajelah ayat dia setiap kali I balik kerja..bukannya nak salam I ke peluk I yang balik kerja tu..you pula yang dia sibuk ingat.."ujar Intan sambil tergelak kecil.Eddie turut tersenyum mendengar cerita Intan.Sedang mereka rancak berbual,tiba-tiba pintu dibuka dari luar.Eddie segera memandang kearah muka pintu.Ternyata Eliya sudah pulang bersama wajah kepenatan namun isterinya itu sedikit pun tidak memandang kearahnya.
"err..okaylah..I got to go..anything Encik boleh hubungi saya melalui email.."Intan tergelak mendengar kata ganti dirinya yang digunakan oleh Eddie.Pasti isterinya berada disitu.
"baiklah Encik Eddie..selamat memujuk si isteri..assalamualaikum.."
"walaikumsalam.."jawab Eddie sebelum mematikan talian.Eliya membuka satu persatu pin ditudungnya.Walalupun dia menghadap kearah cermin namun matanya tetap menjeling Eddie yang sedang menaip mesej dikerusi yang terletak dimeja komputer itu. 'ingat aku pekak ke?..kau dah duduk berbual mesra dengan perempuan itu lepas itu boleh pula kau berlakon kononnya bercakap dengan klien..ingat aku bodoh ke?..'hati Eliya berkata-kata namun segalanya hanya dipendam sahaja didalam hatinya.
"err..sayang..abang rasa abang terpaksa balik ke Malaysia la..ada urusan penting yang abang kena uruskan..boleh kan?.."soal Eddie lembut.
"suka hatilah...buatlah apa yang awak suka.."jawab Eliya sebelum mengambil tuala dan masuk ke bilik mandi.Eddie menghela nafas berat namun dia tersenyum.Akhirnya dapat juga dia pulang ke Malaysia untuk bertemu Mia.Tangan Eddie segera membuka laman web syarikat penerbangan untuk menempah tiket kapal terbang. 'Mia..tunggu daddy,ya?..daddy datang untuk jumpa Mia tak lama lagi..'.

"Eddie..betul ke you nak balik Malaysia esok?..kenapa cepat sangat?.."soal Maria Hanna ketika dia dan Eddie sedang duduk diruang tamu.
"I ada urusan nak diuruskan,Maria..nanti lepas beberapa minggu,I baliklah sini semula..you tolong tengok-tengokkan Liya dan anak-anak I,ya?"
"urusan apa yang penting sangat tu?..ayah dan papa you tak boleh handle ke?.."
"err..ini bukan hal syarikat..kawan I tu ada hal kecemasan so dia nak minta tolong I..tak nak tolong macam kesian pula..so I balik ajelah Malaysia..sambil-sambil tu I boleh pergi pantau sikit syarikat I tu..maklumlah dah biasa bekerja..bila tak bekerja rasa macam tak sempurna hidup.."ujar Eddie sambil tersengih.Maria Hanna hanya mengangguk perlahan.Bukan dia tidak tahu masalah yang melanda rumah tangga Eliya dan Eddie itu tetapi dia hanya mengambil keputusan untuk berdiam diri.Biarlah mereka berdua menguruskan hal rumah tangga mereka tanpa ada campur tangan pihak luar sepertinya.Eliya yang kebetulan berada didapur hanya mencebik mendengar apa yang dikatakan oleh Eddie.Sungguh bijak suaminya itu menyusun ayat penipuan. 'sabarlah wahai hati..'.

Pagi-pagi lagi Eddie sudah bersiap kerana penerbangannya sengaja ditempah pagi.Eddie memandang Eliya yang sedang sibuk membelek fail kerjanya tanpa menghiraukan Eddie yang sedang bersiap-siap untuk bertolak ke lapangan terbang.
"sayang..jagakan anak-anak kita sementara abang tak ada,ya?.."
"anak-anak kita lebih selamat kalau abang tak ada.."jawab Eliya sinis namun matanya masih menatap kearah fail itu.
"kenapa sayang cakap macam ni pada abang?.."
"abang dah lupa ke macam mana abang cuba bunuh Liya dan anak Liya ni bulan lepas?..atau mungkin abang nak kita ulangi perkara tu supaya abang ingat apa yang jadi?.."Eddie menghela nafas kasar.
"Liya..abang ni dah nak bertolak ke Malaysia..and still sayang nak gaduh dengan abang?..sepatutnya sayang berbaik-baik dengan abang sebab kita bakal berjauhan tak lama lagi..tapi macam ini layanan yang Liya berikan?.."
"dah la abang..Liya malas nak bertengkar.."ujar Eliya lalu bangun dan meninggalkan Eddie keseorangan dibilik.Nampaknya keputusan untuk meninggalkan isterinya untuk seketika adalah keputusan yang tepat.

Sofea dan Heyqarl sudah menangis sambil memeluk daddy mereka.
"daddy..kenapa daddy nak tinggalkan Heyqarl dan Sofy?..kan kita baru je kat sini sebulan.."ujar Sofea sambil memeluk Eddie.
"daddy ada kerja,sayang..nanti lepas beberapa minggu,daddy balik la,ya?..Sofy dengan Heyqarl jangan nakal-nakal,ya?..jaga mama dengan adik.."pesan Eddie kepada si kembar itu.Eliya hanya memandang mereka bertiga sambil berpeluk tubuh.Wajahnya masih masam mencuka seperti biasa.
"sayang,abang pergi dulu ya?.."ujar Eddie lalu memeluk Eliya.Namun pelukannya tidak berbalas malah Eliya turut mengeraskan badannya.Dahi isterinya itu dikucup perlahan.
"I love you..jaga diri dan anak-anak.."ujar Eddie.Eliya hanya mendiamkan diri.Sedikitpun wajah suaminya itu tidak dipandang.Pandangannya hanya terarah ke wajah Sofea dan Heyqarl yang sedang menangis. 'kesian anak-anak mama ni..sabarlah sayang..mama pun terseksa macam sayang juga..daddy dah tak sayang kita lagi..daddy lagi pentingkan anak orang lain berbanding darah dagingnya sendiri..'hati Eliya berkata-kata sambil matanya merenung sayu si kembar yang sudah menangis teresak-esak.

Sudah tiga hari sejak Eddie pulang ke tanah air namun panggilan Eliya masih belum menerima panggilan dari lelaki itu.Hanya beberapa pesanan ringkas sahaja yang diterimanya untuk memaklumkan bahawa lelaki itu sudah selamat sampai.Eliya sudah tidak dapat memendam rasa lagi,akhirnya dia menghantar pesanan ringkas kepada Ries.

Ries..I need you..

Ries sedang berada dalam bilik mesyuarat bersama beberapa pekerja bawahannya.Mereka sedang berbincang mengenai projek mereka di Cyberjaya.Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar tanda ada pesanan masuk.Sejurus membaca pesanan tersebut dia menamatkan mesyuarat mereka pada petang itu.
"okay..saya rasa sampai disini sahaja mesyuarat kita.."ujar Ries sebelum dia keluar dari ruangan tersebut.Dia segera memasuki lif dan naik ke aras bumbung bangunan itu yang menempatkan taman mini.Disitu suasana agak privasi dan agak sunyi maka lebih mudahlah dia ingin berbicara dengan Eliya.

Eliya yang sedang duduk termenung di tepi tingkap tersentak dari lamunannya apabila telefon bimbitnya berbunyi.
"Hello..Liya,are you okay,dear?.."soal Ries risau.Eliya sudah tidak dapat menahan perasaannya lagi.Tangisannya terhambur juga.
"Ries..I need you..I dah tak tahan lagi dengan perangai Eddie..I..I dah tak sanggup nak teruskan rancangan kita..please Ries..I buntu sangat..boleh tak you datang sini?..I tak ada sesiapa untuk berkogsi masalah I..Zafril terlalu lemah..dia tak boleh dengar semua cerita ni..I tak nak dia sedih disaat-saat akhir hayat dia.."
"Liya..you sabar sekejap aje lagi okay?..I akan cuba datang sana secepat mungkin..tapi apa yang dah jadi?..kenapa you menangis macam ni sekali?.."soal Ries lembut.Eliya menceritakan segalanya yang berlaku kepadanya sepanjang sebulan ini.
"ya Allah..I tak sangka Eddie sanggup buat macam tu..dia tahu kan yang you mengandung?.."
"ya Ries..dia tahu yang I mengandung tapi dia berani tampar I dan yang paling mengecewakan,dia masih lagi menghubungi perempuan itu..dah tiga hari dia di Malaysia..tapi tak pernah sekali pun dia menelefon I..I ni agaknya dah macam sampah untuk dia..bila tak diperlukan,dia akan buang I sesuka hati,Ries.."
"jangan cakap macam tu,Liya..Eddie tu yang terlalu bodoh sebab tak menghargai you..buat masa ni you bertahanlah sedikit masa lagi..andai kata Eddie betul-betul melampau..you buatlah keputusan selepas you selamat bersalin nanti..bertahanlah untuk enam atau tujuh bulan lagi..you cubalah untuk lupakan masalah you ni..buatlah apa-apa aktiviti yang dapat melupakan masalah you sementara I datang..I'll try my best untuk datang dalam minggu ni juga..don't worry,okay?..everything will be fine..percayalah cakap I.."pujuk Ries.Serba sedikit hati Eliya mula terasa tenang.
"thank you,Ries..youlah sahabat I yang paling I sayang selain Abby..I nak call Abby tapi dia sekarang dah bekeluarga..takkan lah I asyik-asyik nak ganggu dia dan suami dia aje,kan?..so I ganggulah hidup you..lagipun you bukan ada girlfriend pun,kan?.."usik Eliya selepas tangisannya mula reda.Ries tergelak dihujung talian.Nampaknya perasaan Eliya sudah tidak sesedih tadi.Ries mengucapkan rasa syukur.Ikutkan hati,hendak saja dia terbang ke Australia petang itu namun akibat kerja dan tanggungjawabnya,dia terpaksa menangguh perjalanannya beberapa hari.Dia harap Eliya dapat bertahan.Dia faham emosi Eliya tidak stabil tambah-tambah lagi wanita itu sedang berbadan dua menyebabkan wanita itu kadang-kadang kalah dengan emosinya.
"youlah girlfriend I dari zaman belajar..I mana ada girlfriend lain.."
"dah..dah..jangan merepek la..okay,thank you ya Ries sebab pujuk I hari ini..jasamu ku kenang.."
"ingat tau..jasa I ni bukan free..dalam dunia ni tak ada benda yang free.."
"laa..maksudnya I kena balas jasa you la ni?..you nak I balas macam mana?,."soal Eliya.
"one day,you will know..buat masa sekarang..jangan balas dulu jasa tu..I nak kumpul banyak-banyak jasa pada you and you kena balas jasa tu satu hari nanti.."balas Ries sambil tergelak kecil.
"hurm..ye la..berkira betul la you ni...okay la Ries..datang sini cepat-cepat tau..kami anak beranak dah rindu sangat dengan you.."
"I miss all of you more."jawab Ries.
"okay..assalamualaikum..bye!.."ucap Eliya sebelum mematikan talian.Ries merenung skrin telefon bimbitnya sambil tersenyum.
"I love you,sayang..I love you so much.."kata-kata itu hanya mampu diungkapkan tanpa pengetahuan Eliya.Biarlah dia memendam rasanya itu sendirian.Andai kata suatu hari nanti Eliya dilepaskan oleh Eddie,dia pasti tidak akan membiarkan nasib Eliya dan anak-anaknya tidak terbela.Dia berazam untuk dapatkan Eliya jika Eddie mengabaikan isterinya itu dan tidak sesekali dia akan melepaskan Eliya jika wanita itu ditakdirkan menjadi miliknya.

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora