BAB 7

3.5K 98 0
                                    

Keesokkan harinya Eddie dan Eliya telah bertolak ke lapangan terbang KLIA 2 tepat jam 10 pagi kerana mereka akan menaiki penerbangan ke Pulau Langkawi pada pukul 12.30 tengah hari.Mujur Eliya telah mengemas beg miliknya dan Eddie malam tadi.Mereka telah dihantar oleh Encik Farid ke lapangan terbang.Puan Marina ,Puan Naimah dan Encik Harun sibuk menguruskan kenduri tahlil arwah atuk Samad.Pada mulanya Eliya dan Eddie ingin menangguhkan bulan madu mereka namun mereka ditegah oleh ibubapa mereka.Kata mereka bulan madu mereka berdua harus diteruskan kerana mereka tahu Eliya pasti akan lebih sedih jika pulang ke rumah yang menyimpan pelbagai memori bersama atuk Samad.Eliya duduk di kerusi berdekatan dengan balai perlepasan.Eddie telah meminta izin untuk ke tandas sejurus selepas mereka check-in sebentar tadi.Sedang sibuk Eliya bermain dengan permainan telefon tiba-tiba bahunya dicuit.Eliya memandang kearah kirinya.Jantungnya berhenti berdegup saat matanya terpandang satu wajah yang sedang tersenyum kepadanya. 'Oh My Gosh!!!..macam mana dia boleh ada kat sini..habis aku kali ni..'hati Eliya berkata-kata sendirian.
"eh..Z..Za..Zafril..a..ap..apa awak buat kat sini?.."tanya Eliya kepada Zafril yang mempunyai wajah yang tidak kurang kacaknya dengan kulitnya yang putih serta badannya yang lebih tinggi sedikit dari Eliya.Zafril tersenyum lalu menunjuk kearah kakaknya yang sedang berbual dengan seseorang. 'Eh..tu kan..Eddie..dia tengah berborak dengan siapa tu?'hati Eliya mula tertanya-tanya saat terpandang Eddie sedang berbual dan sekali-sekala tergelak dengan seorang wanita yang berkulit cerah dengan rambutnya yang diikat ekor kuda.Gadis itu sungguh cantik dengan kaca mata hitam yang dipakainya. 'itu model ke apa?..cantik macam bidadari..kalah aku..'hati Eliya berkata-kata sambil mulutnya terlopong.Zafril yang memerhati Eliya hanya tersenyum lalu menarik tangan Eliya sambil merapati Eddie dan gadis tadi.Eliya tidak sempat menarik tangannya dari disentuh oleh Zafril.Zafril dan Eliya berdiri disebelah Eddie dan gadis tersebut dengan tangan yang masih bertautan.Riak wajah Eddie berubah saat terlihat tangan Eliya yang kemas bertautan dengan tangan Zafril.Eliya yang terpandang renungan tajam Eddie segera menarik tangannya.
"sis..ni Eliya Raihanna awek Zack..hehe..Anna ni kakak Ril..Maria Hanna.."
"Eliya.."ujar Eliya sambil bersalaman dengan wanita yang bernama Maria Hanna sebentar tadi.Gadis itu membuka cermin mata hitamnya dan terserlahlah kecantikkan dan keindahan pandangan mata yang berwarna Hazel itu.Eliya juga terpegun dengan kecantikkan gadis itu.
"oohh..call me Maria.."
"Eliya..Eddie ni kawan akak masa di Amerika dulu..lama juga kami berkawan..sejak awal Eddie dan akak sampai disana.."
"oh.."balas Eliya pendek.Maria hanya tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya di kedua belah pipinya. 'mak ai..aku pun tergoda..muka dah macam Shin Min Ah..diorang berdua ni memang lahir kat korea ke?..muka dua-dua cantik dan hensem..sorang Shin Min Ah..sorang Kim Bum..memang cair aku kat sini..'hati Eliya berkata-kata.Tanpa Eliya sedari dia sudah berangan sendirian.Eddie tersenyum memerhati namun belum sempat dia menyedarkan Eliya,Zafril sudah mencuit hidung Eliya sambil tergelak.
"Anna..berangan je tau..hisy.."ujar Zafril sambil tersenyum kearah Eliya.Eliya hanya tersenyum.Eddie pula sebaliknya.Jika bolehlah telinga berasap maka bukan asap sahaja yang keluar bahkan sudah meletup kepala Eddie dek kerana terlalu cemburu bercampur marah.
"no..Eliya..Maria was my girlfriend when we were study abroad.."ujar Eddie dengan hati yang penuh cemburu.Eliya mengangkat kening lalu mengangguk.Wajah Eliya seperti biasa.Kosong.Tiada cemburu mahupun buruk sangka. 'aik..Liya ni besi ke..tak cemburu langsung pun..ok..fine..tak cemburu ya..abang ke plan seterusnya..'hati Eddie berkata-kata.
"kak Maria dengan Zafril ni nak pergi mana?"tanya Eliya berminat.
"akak dengan Zafril nak bercuti di Langkawi..kami berdua je sebab my mum dengan dad pergi outstation..dah boyfriend Eliya ni bosan..akak plan la nak bercuti kat Langkawi..Eliya dengan Eddie pula?"tanya Maria sambil tersenyum manis.Belum sempat Eddie menjawab Eliya sudah memotong.
"eh..sama la..waaa..Ril nampaknya cuti ni kita sama-sama lagi la ya?.."ujar Eliya teruja seperti terlupa tujuan utama mereka di sana.Eddie memandang Eliya dengan wajah yang meminta simpati namun Eliya tidak mengendahkannya.
"akak naik flight pukul berapa?..flight number?.."
"akak naik pukul 12.30..flight A735..Eliya pula?"tanya Maria sambil tersenyum.Eliya baru perasan Maria murah dengan senyuman.Patutlah Zafril juga begitu.Murah dengan senyuman yang boleh mencairkan hati wanita.Eliya kembali menatap tiket kapal terbang yang berada di tangannya.Dia tersenyum lalu mendongak sambil memandang Zafril dan Maria.
"yes!!..flight kita sama!.."ujar Eliya teruja.Eddie di sebelah mereka bertiga mengerutkan wajahnya dengan riak sedih. 'Liya..kenapa dengan Liya ni..abang yang kahwin dengan Liya tapi kenapa abang dipinggirkan..Liya..abang nak privasi..tolong la..'hati Eddie bermonolog.Kedengaran pengumuman menandakan semua penumpang flight A735 untuk masuk ke balai perlepasan.Eliya memandang kearah Eddie. 'yes..akhirnya Liya faham kehendak aku..'hati Eddie sudah berbunga-bunga.Eddie melemparkan senyuman paling manis.
"abang..bawakkan beg Liya ya..Liya nak jalan dengan kak Maria..Ril..tolong abang Anna ye.."ujar Eliya kepada Zafril dan Eddie tetapi sengaja dimasamkan mukanya kearah Eddie manakala pada Zafril bukan main lagi manisnya.Boleh kena kencing manis sesiapa yang melihat.Eddie tersenyum bengang kearah Eliya.Eliya hanya mencebik sebelum menarik tangan Maria dan berjalan di hadapan.Eddie seperti mahu menangis.Zafril yang terpandang Eddie segera ketawa lalu menepuk bahu Eddie perlahan.
"sabarlah bang..Anna memang macam tu..selalu buli orang..kat sekolah pun Zack selalu kena angkat beg sekola dia..tapi sayang punya pasal..Zack ikutkan je.."ujar Zafril dalam senyuman.Eddie tersenyum tawar lalu mengangguk perlahan.Eliya pusing ke belakang.
"tunggu apa lagi..cepat la.."ujar Eliya lalu memandang kearah Maria.Mereka berdua kemudian tergelak bersama sebelum kembali berjalan ke hadapan. 'mummy!!!..ummie!!!..tolong Eddie..Liya kejam...dia buli Eddie!!..'hati Eddie sudah menjerit.Walaupun dia hanya mengangkat beg tangan Eliya namun dia tetap bengang dengan sikap Eliya yang berubah 360 darjah itu. 'apa kena la dengan bini aku ni..tiba-tiba je berubah..kena sampuk hantu airport ke?..seram aku nak bayangkan..'hati Eddie kembali berkata-kata.

Di dalam kapal terbang Eddie dan Eliya duduk bersebelahan manakala Zafril dan Maria duduk di gerabak lain.Eddie tersenyum gembira.Akhirnya dia dapat bersama Eliya.Eddie mengenggam tangan Eliya kemas namun Eliya tidak memberi respon.Pandangan mata gadis itu masih lagi memandang kearah awan biru yang kelihatan indah diluar tingkap kapal terbang.
"Liya sayang..kenapa ni?..Liya tiba-tiba je berubah sejak jumpa dua beradik tu tadi?.."tanya Eddie lembut.Eliya terus menyandar di kerusi lalu menutup matanya.
"Liya penat..nak rehat.."balas Eliya acuh tak acuh.Eddie masih memegang tangan Eliya. 'dia ni dah kenapa?..period ke?..tapi pagi tadi aku tengok dia dah boleh solat..kenapa ya?..'Eddie mula hilang arah.Dia buntu kerana perubahan mendadak Eliya.Sepanjang perjalanan selama 1 jam Eliya tidak membuka mulut dan sepatah perkataan pun tidak kedengaran.Setibanya di lapangan terbang Langkawi,mereka turun dari kapal terbang menggunakan tangga.Tiba-tiba di anak tangga terakhir Eliya tersilap langkah menyebabkan dia terdorong ke hadapan namun belum sempat Eddie hendak menahan Eliya dari terjatuh Zafril sudah memeluk bahu Eliya.Eliya hanya tersenyum lalu perlahan tangan Zafril menjauhi bahu Eliya.Eddie yang berada di belakang Eliya sudah geram.Dia mendapat idea jahat,segera dia menarik tangan Maria dan meletakkannya ke lengannya yang agak sasa.Maria tersenyum malu namun hanya membiar.Eddie terus berjalan di hadapan Eliya.Sengaja dia ingin menguji Eliya namun gadis itu hanya membuat muka don't know,don't care miliknya.Eddie geram lalu dia merapatkan lagi kedudukannya dengan Maria.Tiba-tiba Eliya mengerang kesakitan.Zafril dan Eddie kedua-duanya kelihatan risau.Zafril memapah Eliya lalu duduk di bangku berdekatan.
"Anna..kenapa ni?"tanya Zafril lembut.Eddie hanya mengangguk perlahan tanda setuju dengan apa yang difikirkan oleh Zafril.
"kaki Anna ni..sakit..terseliuh kot tadi masa nak terjatuh kat tangga tadi.."ujar Eliya sambil memandang kearah Zafril yang duduk gaya melutut dihadapannya sambil membelek kaki Eliya.Perlahan dia memegang pergelangan kaki Eliya.Eliya mengadu kesakitan.Zafril segera mengalihkan tangannya.
"kaki Anna terseliuh ni..kak Maria pergi check in hotel dulu dengan abang Eddie..biar Zafril bawa Eliya pergi klinik ya?"ujar Zafril sambil memandang kearah Eddie dan Maria yang berdiri di sebelahnya.Maria hanya mengangguk perlahan lalu memandang Eddie.Eddie serba salah.Sepatutnya dialah yang harus menemani Eliya ke klinik namun Zafril menawarkan diri untuk ke klinik bersama Eliya.Eddie memandang Eliya.Eliya hanya tersenyum tawar sebelum mengangguk perlahan.Eddie kembali memandang Zafril.
"okay..tapi apa-apa call abang ya,Zack..Liya ada nombor abang kan..nah duit.."Eddie menghulur beberapa keping not berwarna merah kepada Zafril.Zafril teragak-agak lalu mengambil.
"bawa Liya pergi klinik lepas tu terus balik hotel ya.."arah Eddie kepada Zafril.Zafril hanya mengangguk.Maria kembali menarik tangan Eddie menuju kearah teksi yang sudah berhenti dihadapan mereka.Eliya hanya menghantar Eddie dengan pandangan mengharap.Selepas Eddie dan Maria selamat masuk ke perut teksi dan teksi mula meluncur laju di jalan.Eliya kembali memandang Zafril yang berdiri di sebelahnya. Sebuah lagi teksi berhenti di hadapan mereka,Zafril memapah Eliya masuk ke dalam teksi lalu mereka terus menuju ke klinik terdekat.

Eddie masuk ke bilik hotel bersama beg pakaian milik Eliya dan dirinya.Mujur tadi dia mengambil sebuah chalet yang mempunyai dua bilik di dalamnya jadi tidaklah Zafril dan Maria merasa pelik jika dia tinggal bersama Eliya bersama.Eddie meletakkan beg pakaian di sebelah almari.Dia terus merebahkan badannya di katil.Matanya terkebil-kebil memandang syiling bilik tersebut.Otaknya kembali ligat memutar kembali apa yang terjadi tadi.Dia berdecit perlahan.Dia binggung kenapa Eliya berubah pelik begitu.Tak ada angin,tak ada rebut tiba-tiba hujan.Sedang dia leka berfikir,tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.Eddie terus melompat dari katilnya.Dia tersenyum melihat nama gerangan si pemanggil. 'Eliya..sayangku..'hati Eddie berkata-kata sambil bibirnya tersenyum.
"hello..sayang okay?.."
"erm.Liya okay..Cuma doktor kata jangan banyak jalan..insyallah esok dah okay kot..by the way,abang apa nama hotel abang tu?..kitorang on the way pergi sana..".Eddie segera memberitahu nama hotel tersebut dan lokasi hotel tersebut.
"erm..abang.."
"ya sayang.."
"kak Maria ada kat situ?"tanya Eliya perlahan.Eddie hanya tersenyum. 'oh..baru aku tahu kenapa dia berubah macam tu sekali..cemburu rupanya..'hati Eddie bermonolog.
"mestilah tak ada..abang kat bilik abang..dia kat bilik dia la..Liya cepat la balik..abang dah rindu ni.."ujar Eddie manja.Kedengaran suara Eliya sedang tergelak kecil dihujung talian.
"ngada-ngada..ye la..Liya balik ni..tengah tunggu Zafril beli ubat sekejap..tunggu ya.."
"erm ye la..cepat sikit..jangan layan sangat si Zafril tu abang jelous tau..siap Liya balik nanti abang nak denda sebab pinggirkan abang tadi..dan denda tu double..ok?"balas Eddie dalam senyuman.
"erm..ye la..ye la..ok la bang..Zafril dah datang sini tu..bye!"
"bye..ingat pesan abang..I love you.."
"me too.."balas Eliya perlahan.Eddie sudah berbunga-bunga.
"apa tak dengar?..cakap kuat sikit.."
"tak ada apa la..bye.."balas Eliya sebelum mematikan talian.Eddie tersenyum sendirian.Dia kembali berbaring ke katil.Memang dia sudah jatuh cinta dengan Eliya.Seribu kali jatuh cinta dengan Eliya.Dan yang paling membuatnya gembira adalah Eliya cemburu padanya sebentar tadi.Eddie tergelak sendirian. 'cemburu kan tandanya sayang..maksudnya Liya dah mula menyayangi aku ke?..ini yang buat aku makin sayang ni..' hati Eddie berkata-kata sendirian.

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant