Bab 24

2.2K 64 0
                                    


Eliya tersedar dari tidurnya apabila terasa ada sesuatu sedang bermain dengan rambutnya.Perlahan matanya dibuka lalu dia terlihat wajah Eddie yang tersenyum sambil membelai rambutnya.Senyuman itu sentiasa dapat mendamaikan jiwanya sejak bergelar isteri kepada lelaki bernama Eddie Ryqarl dihadapan matanya kini.
"good morning,sweetheart.."bisik Eddie ke telinga Eliya.
"good morning.."
"as usual..I want my morning kiss.."ujar Eddie dengan senyuman nakal.Eliya hanya akur dengan permintaan suaminya itu.
"abang..Zafril mana ek?..dari semalam tak nampak pun.."soal Eliya pelik.
"hisy..pagi-pagi dah tanya pasal lelaki lain.."ujar Eddie dalam nada merajuk.Eliya tergelak kecil lalu mengeratkan lagi rangkulannya dipinggang Eddie.
"bukan macam tu la..abang ni sikit-sikit nak merajuk..Liya tanya aje sebab semalamkan dia dengan abang..so I'm wondering where he is right now.."
"erm..dia dah balik dah..sejak rahsia dendam Eliya tu dah terbongkar..abang suruh dia balik sebab abang nak settlekan hal ni sendiri.."beritahu Eddie sambil mencium pipi Eliya.
"Liya ni la..nakal sangat..tau tak minggu ni dia exam.."ujar Eddie lalu mencubit pipi Eliya manja.
"laa..kesiannya dia..kenapa abang suruh dia datang?.."soal Eliya dengan rasa serba salah.
"ye la..dah isteri abang ni konon-kononnya mabuk dan temankan lelaki lain..mestilah abang rasa macam nak gila..abang call la Zafril minta tolong dia pujuk dan cari sayang..jangan buat macam tu lagi,ya sayang?..abang betul-betul tak senang duduk semalam..abang dah balik sini tapi pukul 3 pagi abang pergi sana balik dan tunggu sayang.."ujar Eddie lembut lalu mencium pipi Eliya bertalu-talu.
"abang..buat pengetahuan abang..Albert tu baru kenal Liya dua bulan aje tau..dia kenal Liya sebab dia terlanggar Liya sampai kaki Liya terseliuh..and satu hari Liya tengah menangis,dia yang pujuk Liya..dia yang bagi kata-kata semangat pada Liya..so since that day,kitorang jadi rapat dengan dia..dia pun tahu yang Liya ni berstatus isteri orang..he's just a good friend of mine..tak ada lain,okay?.."ujar Eliya sambil memegang kedua pipi Eddie dan memandang tepat ke anak mata Eddie.Eddie tersenyum lantas mengangguk.
"baiklah,princessku sayang.."balas Eddie manja.
"abang.."panggil Eliya setelah beberapa minit mendiamkan diri.
"erm.."
"agaknya kalau baby kita masih hidup mesti kita tengah menanti kehadiran dia,kan?.."ujar Eliya dalam nada sayu.Air matanya sudah bertakung ditubir mata.Eddie memandang tepat ke anak mata Eliya lalu mengucup kedua-dua kelopak mata isteri kesayangannya itu.
"sayang..eventhough kita mungkin tak ada rezeki nak dapat baby sekarang tapi believe me I'm glad that I have you as my wife..I'm deeply in love with you..abang tak kisah walaupun kita tak ada baby buat masa ni..lagipun..mungkin ada hikmahnya kalau Liya tak mengandung sekarang..dapat juga Liya sambung belajar kat sini..betul tak sayang?.."ujar Eddie memujuk sambil mengesat sisa air mata Eliya.Eliya hanya mengangguk lemah.
"tapi..abang sanggup k nak tunggu Liya habis belajar?.."soal Eliya kepada suaminya itu.
"sayang..sebagai suami,abang memang kena selalu berada disamping isteri abang dan beri sayang sokongan sepenuhnya dalam apa sekalipun yang sayang nak buat selagi sayang tak melakukan apa-apa yang bercanggah dengan islam.."ujar Eddie lalu mengucup jari-jemari Eliya.
"dah..tak mau sedih-sedih lagi..jom teman abang ..kita pergi breakfast and abang nak luangkan sebanyak mungkin masa bersama isteri abang yang tercinta ni sebelum abang balik ke Malaysia..deal?.."soal Eddie sambil mencuit hidung isterinya yang tersayang itu.Eliya turut tersenyum sebelum masuk ke dalam bilik mandi.Sebenarnya Eddie telah merancang sesuatu pada hari itu namun hanya dia sahaja yang mengetahui rancangannya itu.Eddie tergelak jahat. 'siaplah Liya sekejap lagi..'hati Eddie berkata-kata sebelum dia keluar ke beranda bilik hotel tersebut dan mendail nombor seseorang.

"Abang..kenapa dengan abang ni?..tadi pagi okay aje..tiba-tiba buat tak endah aje dengan Liya..ada masalah ke?.."
soal Eliya seakan-akan memujuk Eddie yang sedang menikmati hidangan.Eddie memandang Eliya dengan wajah serius.
"nothing.."jawab Eddie acuh tak acuh sahaja tanpa memandang wajah Eliya walau sedikit pun.Air mata Eliya sudah bertakung ditubir mata namun pantas dia memandang kearah lain untuk mengelakkan air matanya dari menitis.
"Liya dah habis makan ke belum?.."soal Eddie yang masih lagi dingin.Kini perhatian Eddie beralih kepada telefon bimbitnya pula.Hati Eliya semakin sakit dan sedih. 'kenapa dia tiba-tiba berubah semula?..dia baru je berbaik dengan aku tapi kenapa sekarang dia buat perangai lagi ni?..mungkinkah semalam tu hanya lakonan dia aje untuk melembutkan hati aku ..lepas tu dia nak buat hal lagi?..ahh..dasar lelaki..semua sama..'hati Eliya berkata-kata.
"Liya..I'm asking you..dah habis makan ke belum?.."soal Eddie tegas.Pandangan mata Eddie membuatkan Eliya sedikit gerun.Pandangan mata itu mengingatkan Eliya kepada kejadia beberapa bulan lepas dimana Eddie meninggalkan dia terkontang-kanting seorang diri disaat dia amat memerlukan lelaki itu.Sebentar lagi pasti empangan air mata Eliya akan pecah.Dia pantas berdiri.
"Liya nak pergi mana?.."soal Eddie kasar.
"ladies.."jawab Eliya sepatah sebelum dia meninggalkan Eddie.Eddie tersenyum melihat perubahan isterinya itu.Bukan dia tidak perasan bahawa Eliya sedang menahan air matanya dari menitis namun dikuatkan juga hatinya untuk meneruskan rancangannya itu.Sengaja dia tidak memandang wajah keruh isterinya kerana dia takut rancangannya bakal gagal.

Eddie melihat jam dipergelangan tangannya buat kesekian kalinya. 'eh..mana pula dia pergi ni?..'hati Eddie mula tertanya-tany.Sudah hampir setengah jam Eliya pergi ke tandas namun sehingga kini kelibatnya masih tidak kelihatan.Tiba-tiba telefon bimbit Eddie bergetar tanda ada pesanan ringkas masuk.

Maafkan Liya..maaf sebab abang terpaksa datang dari jauh semata-mata sebab nak pujuk Liya..Liya sedar diri..jangan risau..ibubapa kita tak akan salahkan abang lepas ni..Liya akan cakap dengan diorang yang Liya tak nak bersama abang lagi..abang baliklah ke pangkuan dia..mungkin penganti Liya tu dapat membahagiakan abang..selamat tinggal..

Eddie pantas berdiri sejurus membaca pesanan tersebut.Walau banyak mata yang memandang kearah Eddie namun semua itu sudah tidak dihiraukannya lagi.Eddie berlari keluar dari restoran tersebut dan mencari-cari kelibat Eliya dikawasan restoran tersebut namun dia hampa apabila usahanya menemui jalan kegagalan.Eddie mendail nombor Eliya.
"Hello,Liya..abang.."belum sempat Eddie menghabiskan ayatnya,Eliya sudah memotong.
"Liya rasa abang dah jelas dengan apa yang Liya maksudkan itu..Liya tak nak tengok muka abang lagi lepas ni abang..tolonglah jangan mainkan perasaan Liya lagi..cukuplah dua kali abang buat Liya terseksa..abang baliklah ke Malaysia..biarlah Liya hidup dengan tenang kat sini..bye.."ujar Eliya lalu mematikan talian.
"hello..Liya!..Liya!..tunggu biar abang jelaskan.."ujar Eddie namun dia hampa apabila Eliya sudah mematikan talian tanpa mendengar penjelasannya terlebih dahulu. 'Ya Allah..kenapa semua jadi macam ni?..aku tak berniat pun nak buat dia sedih..aku cuma..cuma..arrgh..serabut..'hati Eddie berkata-kata sebelum dia meraup wajahnya.Eddie meneruskan pencariannya. 'Ya Allah..tolonglah hambamu ini..aku tak nak kehilangan dia lagi..'sepanjang pencarian Eliya,Eddie tidak putus-putus berdoa.
Eliya masuk ke dalam biliknya lalu menyembamkan wajahnya ke bantal sebelum menangis semahu-mahunya.Diluar bangunan appartmentnya,hujan sudah turun dengan lebat sekali seakan-akan menangis bersamanya.Eliya menumbuk-numbuk bantalnya geram sambil menangis teresak-esak.Tanpa Eliya sedari,dia terlena dalam tangisnya.

Beberapa jam kemudian,Eliya tersedar saat terdengar bunyi ketukan pintu biliknya.Eliya berpisat-pisat bangun lalu membuka pintu tersebut.Tersembul wajah Rabiatul yang sedang memandangnya dengan muka tidak puas hati.
"kau ni dah kenapa?..aku ketuk macam nak gila dari tadi..baru sekarang kau nak buka.."ujar Rabiatul geram.
"aku tak ada mood la.."balas Eliya lalu kembali baring diatas katilnya.
"kau cuba tengok kat luar tu..dah malam tau tak.."
"jadi?"soal Eliya.
"kali ni aku memang dah tak berpihak pada kau lagi Liya..kau ni memang tak berhati perut.."ujar Rabiatul lalu meninggalkan Eliya yang terpinga-pinga cuba memahami apa yang disampaikan oleh Rabitul. 'kejap..kejap..adakah dia maksudkan Eddie?..ni yang aku geram ni..tak tau apa-apa cerita tiba-tiba je nak marah-marah'hati Eliya mula panas.
"Abby..apa maksud kau,hah?..kau kalau tak tau cerita tak payah nak marah-marah la.."ujar Eliya yang mengekori Rabiatul kearah ruang tamu.
"kau.."belum sempat Eliya menyambung ayatnya,dia terlihat satu tubuh yang amat dikenalinya sedang menggigil disofa rumah sewa mereka itu.
"macam ni kau kata aku tuduh dan marah kau?..betul tak apa yang aku kata?..kau memang tak berhati perut Liya..kau biarkan Eddie cari kau dalam cuaca sejuk macam kat luar tu..dah la hujan..aku tak sangka aku dapat kawan macam kau ni Liya.."ujar Rabiatul sambil menggelengkan kepalanya lalu masuk ke bilik.Air mata Eliya menitis perlahan melihat tubuh Eddie yang lemah dengan wajah yang pucat sedang berbaring diatas sofa tersebut.Baju yang dipakainya sudah basah kuyup dan hanya tuala kecil sahaja yang menutup kepalanya.Mata Eddie terpejam rapat.Eliya mendekati suaminya itu dan meletakkan telapak tangannya ke dahi Eddie.Eliya pantas menarik tangannya apabila terasa kepanasan badan Eddie yang sudah mencapai tahap tinggi.
"ya allah.."ujar Eliya lalu pantas memapah Eddie untuk ke biliknya.

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz