Epilog

6.8K 178 34
                                    


Eliya tersenyum melihat gelagat anak-anaknya yang sedang berkejaran ditaman yang mempunyai rumput yang menghijau itu.Dibawah pokok itulah dia telah mencipta kenangan bersama Ries ketika lelaki itu melawatnya semasa Zafril masih hidup.
"sayang..termenung apa tu..takut bie tengok sayang sengih sorang-sorang macam tu.."ujar Ries lalu mengambil tempat disisi isterinya.
"tak sangka kan dah lima tahun kita mendirikan rumah tangga..macam sekejap sangat je masa berlalu.."Ries memeluk isterinya.
"ya darling..darling rasa sekejap sebab darling tu tak puas nak manja-manja dengan bie.."ujar Ries romantik.
"apa?tak puas manja?..tu anak-anak kita dah cukup lima orang dah tu.."ujar Eliya sambil menunjuk kearah Heyqarl, Sofea,Dania,Rafael dan si kecil Qaif.
"dah ada tiga hero kecil dan satu hero besar dalam rumah kita ni abang cakap masih tak cukup lagi?.."ujar Eliya seakan-akan tidak percaya.Ries tersengih lalu menggelengkan kepalanya.
"hah?..tak cukup?.."soal Eliya seakan-akan terkejut.
"darling ni macam tak biasa pula baca novel..selalu darling baca novel tu kan ada ayat.. 'I nak cukupkan anak kita sampai boleh buat satu team bola sepak' .."ujar Ries dalam nada seperti sedang membaca sajak.Eliya tergelak.
"ada-ada aje la bie ni..itu novel..kalau realiti,maaflah..I memang tak larat tiap tahun nak keluar masuk hospital..lama-lama,kita pindah je duduk dalam hospital sebab tiap tahun nak beranak.."ujar Eliya berseloroh.Ries turut tergelak mendengar kata-kata isterinya itu.Bahu Eliya dipeluknya erat.
"apa perasaan darling selepas hampir lima tahun kita hidup bersama?.."soal Ries.Eliya memandang langit seakan-akan sedang mencari jawapan.
"err..rasa apa ek?..hah..I dah tahu dah rasa apa.."ujar Eliya sengaja ingin mengusik Ries.
"rasa apa?.."
"rasa tua.."jawab Eliya lalu tergelak kuat.Ries memuncungkan mulutnya.
"hisy..orang tanya betul-betul ni.."
"ehh..betul la rasa tua..I dah masuk three series ni tau..tengok ni kedut-kedut tepi mata you pun dah nampak.."ujar Eliya mengusik padahal wajah Ries itu masih sama seperti biasa tanpa sebarang cela.Ries memeluk tubuh dengan wajah masam tanda dia sedang merajuk.Eliya segera memeluk Ries dari sisi.
"ye la..ye la I jawab..I rasa happy sangat sebab dapat hidup bersama you sepanjang lima tahun perkahwinan kita..I harap dan I selalu memohon pada Allah semoga jodoh kita berkekalan sehingga akhir hayat kita..dan insyallah selagi hayat dikandung badan,I akan cuba jadi isteri yang terbaik buat you.."ujar Eliya ikhlas.Ries mengucup dahi Eliya lembut.
"thanks darling sebab sudi terima cinta I dan bahagiakan I sampai sekarang..you adalah anugerah Allah pada I yang sangat bernilai selain anak-anak kita..I love all of you so much.."ucap Ries.
"anak-anak mama dan papa mari sini,kita group hug.."panggil Eliya sambil mendepakan tangannya.Heyqarl,Sofea,Dania,Rafael dan Qaif berlari kearah ibubapa mereka sebelum mereka sekeluarga berpelukan disitu.Eliya dan Ries saling berpandangan dengan senyuman yang terukir dibibir.Rasa syukur dipanjatkan kehadrat ilahi kerana mereka telah dikurniakan kebahagiaan walaupun terpaksa menempuh pelbagai dugaan namun kini Eliya bersyukur kerana dugaan yang dia terpaksa lalui itu adalah punca kebahagiaannya kini disamping anak-anak dan suami yang sangat dicintainya. 'Ya Allah,aku bersyukur kepada mu diatas segala nikmat kebahagiaan yang kau kurniakan kepada aku..Kau kekalkanlah kebahagiaan ini buat selama-lamanya sehingga ke akhir nafas ku..amin..'.


----- TAMAT-----

Note : Thanks for reading! Jangan lupa komen dan vote ya! Nantikan karya El yang seterusnya insyallah. TQ!

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now