Bab 51

3.4K 78 3
                                    

 Beberapa bulan kemudian...

Rabiatul masuk kedalam bilik pengantin yang terhias indah.Kelihatan Eliya yang cantik memakai jubah moden berwarna putih sedang duduk dibirai katil sambil menepuk Dania yang sudah nyenyak tertidur.
"assalamualaikum.."ucap Rabiatul teruja namun dia masih mengawal suaranya agar tidur Dania tidak terganggu.
"walaikumsalam..eh,Abby..ya Allah rindu sangat pada kau.."ujar Eliya lalu memeluk sahabatnya itu.
"wahh..cantiknya kau hari ni..makin berseri-seri muka kau,ya?.."ujar Rabiatul.
"alhamdulillah,Abby..mungkin sebab kali ni aku bakal menikah dengan lelaki yang aku cintai.."jawab Eliya.
"aku doakan kau bahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat.."
"amin..aku pun berharap macam tu,Abby..aku takut sangat kalau Ries pun berubah macam Eddie nanti.."ujar Eliya sayu.
"hey..pengantin mana boleh sedih-sedih..aku percaya Ries tak akan sia-siakan hidup kau..dia seorang yang baik..Ingat lagi aku masa zaman kita belajar..mana-mana kau dengan aku pergi mesti dia akan join..sampai semua budak-budak U ingat dia tu lembut.."ujar Rabiatul sambil tergelak.Eliya turut tersenyum mendengar kata-kata Rabiatul.
"Alhamdulillah mak ayah kau dan mak ayah Eddie boleh terima pernikahan kau ni,ya?.."
"ya..Alhamdulillah..ayah dan umi aku pun siap bagi warning lagi pada Ries supaya jaga aku dan cucu-cucu mereka dengan baik.."
"wah..hebatlah..mak ayah si Eddie tu pun tak menyebelahi anak diorang.."ujar Rabiatul.Tiba-tiba pintu dibuka dari luar.Kelihatan Puan Marina dan Puan Naimah masuk ke dalam bilik pengantin itu.
"wah..cantiknya anak umi dan mumy ni.."ujar Puan Naimah.Mereka berdua memeluk Eliya.Mereka gembira kerana kini Eliya bakal memulakan hidup baru disamping lelaki yang dicintainya.
"anak mumy ni kena bahagia,okay?..selepas ni mumy tak nak lagi Liya melara hati macam sebelum-sebelum ni.."pesan Puan Marina sambil mencium pipi anak perempuannya itu.Air mata sudah mengalir diwajah tua itu membuatkan Eliya juga hampir menitiskan air mata.
"Mar..apa ni..tengok Liya dah nak menangis tu.."ujar Puan Naimah sambil menepuk bahu Puan Marina.Mereka tergelak serentak.
"Liya..pengantin lelaki dah sampai tu..jom kita keluar.."kedengaran suara Zita,bakal kakak ipar Eliya dari muka pintu.Puan Marina dan Puan Naimah memegang tangan kiri dan kanan Eliya untuk memberi kekuatan kepada Eliya yang sedang gementar.

Ries memandang sekilas kearah Eliya yang sedang duduk bersimpuh dibelakangnya.Sesungguhnya itulah saat yang ditunggu-tunggunya.Itulah impiannya sejak sekian lama dan siapa sangka impiannya menjadi kenyataan.
"kita mulakan sekarang?.."soal tok kadi yang bakal menikahkan mereka.Ries mengangguk.Ries menyalami tok kadi itu.
"Aku nikahkan dikau dengan Eliya Rihanna binti Harun dengan mas kahwinnya seribu ringgit,tunai.."
"Aku terima nikah Eliya Rihanna binti Harun dengan mas kahwinnya seribu ringgit ,tunai.."ucap Ries lancar.
"sah?.."soal tok kadi itu kepada saksi.
"sah.."jawab mereka.Eliya mengucapkan rasa syukur kerana dia telah menjadi hak milik lelaki yang dicintainya itu secara sah.Ikutkan hati hendak sahaja dia memeluk Ries ketika itu kerana gembira yang tidak terhingga tetapi dia hanya memendam hasratnya itu.Eliya menyalami tangan Ries dan mengucup lembut tangan lelaki itu.Ries turut mengucup dahi Eliya.Cahaya kamera mula memancar kearah mereka.
"I love you,darling.."bisik Ries lembut selepas dia mengucup dahi Eliya.Eliya tersenyum manis kepada lelaki itu.
"terima kasih,bie sebab ambil I sebagai isteri you.."balas Eliya sambil merenung tepat ke anak mata Ries dengan perasaan cinta yang membuak-buak.

Majlis mereka telah diadakan dikampung Ries.Walaupun majlis persandingannya dan Ries agak sederhana berbanding ketika majlis persandingannya dengan Eddie dulu tetapi dia amat gembira kerana dia dapat bersama Ries.Eliya dan Ries tidak henti-henti tersenyum kepada semua tetamu yang hadir.Tiba-tiba Eliya merasa seperti bajunya basah.Eliya segera menunduk dan ternampak tompok putih dibahagian dada jubah putih yang tersarung dibadannya.Baru dia teringat bahawa sudah tiba waktu Dania menyusu.Eliya mencuit lengan Ries yang sedang tersenyum disampingnya.
"kenapa ,darling?.."soal Ries.
"I kena menyusukan Dania la sekarang.."Ries terpandang tompokan itu.Mujur jubah itu berwarna putih,jika tidak pasti kesan itu akan kelihatan jelas.
"okay..you masuklah dulu..nanti pandai-pandailah I cover you kalau orang tanya..cepat tau,sayang.."Eliya mengangguk lalu segera masuk ke dalam rumah untuk menyusukan bayi kecilnya tu.

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now