Bab 2:Terkilan?

239 16 0
                                    

Angela melihat ke arah Susan yang sedang menyikat rambutnya.Ya.Susan memang nampak manis.Lainlah dirinya yang nampak garang.Maklumlah,ketua mafia kan.

"Angela..awak tau kan yang Bella dan Amelin nak datang hari ni?" tanya Susan.

Dia tidak memanggil Angela dengan panggilan 'kakak' memandangkan itu adalah permintaan Angela sendiri.Begitu juga dengan Bella dan Amelin.Walaupun Susan agak muda berbanding mereka,namun mereka tetap melayannya seperti kawan sebaya.

"Tau..pukul berapa eh?" tanya Angela kembali.

"Hmmm..sepatutnya dah sampai dah." kata Susan sambil memandang jam dinding.

PON!!PON!!

"Ha...dah sampai!" jerit Susan riang sambil berlari ke arah pintu utama.

Bayang Amelin dan Bella yang keluar dari perut kereta kelihatan dan mereka juga melambai ke arah Susan.

"Terima kasih jemput kami datang." ucap Amelin.

"Sama-sama." balas Angela dan Susan serentak.

"Jimmy sekolah kan hari ni?" tanya Susan.

Bella hanya mengangguk dengan senyuman.

"John pun kerja hari ni..tengah hari ni pun dia tak balik sebab ada meeting penting..jadi sebab tu la saya datang..bosan duduk rumah asyik menghadap bodyguard John je." adu Bella.

Susan dan Angela ketawa kecil.

"Sama la saya pun..Henry kata dia balik lewat hari ni." kata Amelin pula.

"Sama lah kita semua...si Richard tu selagi kerja dia tak habis jangan mimpilah nak tengok muka dia kat rumah." kata Angela sedikit bebel.

Pecah tawa mereka berempat.

"Mari lah masuk." jemput Susan.

Mereka berempat masuk dan duduk di ruang tamu.

"So..apa aktiviti hari ni?" tanya Amelin.

"Hmmm..tak pasti la..sesiapa bagi cadangan." soal Bella.

Angela juga menongkat dagu sambil berfikir.Dah jemput geng datang tapi tak ada aktiviti nak di buat.

Akhirnya dia buntu.Dia melihat wanita-wanita di hadapannya.Mereka kelihatan sangat manis dan comel.Hanya dia saja yang nampak berbeza.Dia lebih suka menggayakan baju berwarna merah terang dan hitam.Berbanding dengan mereka di hadapannya yang suka menggayakan diri dengan baju berwarna lembut.Terbit sedikit rasa cemburu di hatinya.

Kalau mereka bersama pasangan mereka nampak sweet saja.Seperti pasangan bahagia.Tapi kalau diri dia dan Richard nampak seperti pasangan pembunuh.Richard nampak seperti lelaki normal.Tetapi dirinya yang nampak lebih berbahaya dan lebih menonjol jika mereka berjalan bersama.

"Kalau saya nak ubah penampilan..agak-agak awak semua nak gelakkan saya tak?" tanya Angela.

"Maksud awak?" tanya Susan tak faham.

"Maksud saya...saya rasa saya tak cantik." luah Angela.

"Mana ada..awak cantik la..awak tinggi." puji Bella ikhlas.

"Tak..maksud saya..saya tak macam awak semua..awak semua nampak manis..saya nampak garang." luah Angela lagi.

"Alaaa...apa susah sangat...Richard pun tak kisah kan." kata Amelin.

"Mana awak tau yang Richard tak kisah...saya perasan yang dia macam dingin la dengan saya....John pun dingin juga tapi dia mesra je dengan Bella...saya rasa dia tak suka cara pemakaian saya..tapi dia tak nak tegur."kata Angela dengan nada yang kian mengendur.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now