Bab 3:I Love You

223 13 0
                                    

Peter melihat telefon bimbitnya.Terdapat satu mesej yang masuk melalui aplikasi WhatsApp.

Jangan pelik ye.Dulu memang dia tak tahu guna telefon.Tapi atas sebab keperluan,dia belajar juga cara nak guna benda alah tu.

Terdapat satu rakaman suara yang di hantar oleh Richard.Dia mengemas sedikit kertas-kertas di atas mejanya sebelum dia membuka rakaman suara itu.
.
.
.
.
Henry yang sedang dalam perjalanan ke bilik meeting melihat sekilas telefon bimbitnya yang berbunyi tadi.Dia mencapai telefonnya dan melihat nama Richard yang tertera di situ.Dia terus membuka untuk melihat apa yang si ice beku tu nak.

(Cakap orang lebih)

Rakaman suara.Dia mengerling jam di tangannya.Masih ada 15 minit sebelum meeting bermula.Henry duduk dan mengeluarkan headphone lalu di sarungkan ke kepalanya.Rakaman itu di buka.

Pada mulanya wajahnya hanya biasa-biasa sahaja,namun selepas masuk di pertengahan hatinya terasa pedih tiba-tiba.Ya.Dia cam suara yang bercakap-cakap di dalam rakaman itu.Dia terus bangun mengemaskan sedikit pakaiannya.

"Tuan nak kemana?" tanya P.A nya.

"Saya ada urusan...batalkan meeting hari ni." arah Henry dengan wajah dinginnya dan terus berlalu pergi.
.
.
.
.
John termenung seketika.Dadanya terasa sesak selepas mendengar rakaman suara yang di hantar Richard sebentar tadi.

Dia terus bangun dan menyarung kembali coat yang di sangkutnya pada kerusi.

"Tuan John." panggil seorang lelaki berkaca mata sambil menghampiri John.

"Cayle...saya nak balik." beritahu John sambil mengusung beg kerjanya.

Dia terus melangkah keluar sambil diikuti Cayle dari belakang.

"Eh..Tuan John..tuan nak kemana?" tanya P.A nya kalut.

"Saya nak balik....kalau ada apa-apa..jangan call saya...suruh Cayle uruskan." beritahu John dingin sebelum meninggalkan mereka berdua di situ.

"Aku juga....." rungut Cayle.
.
.
.
.
Angela termenung di ruang tamu.Amelin dan Bella baru saja pulang.Sekarang hanya tinggal dia dan Susan di rumah.

"Angela..." panggil Susan perlahan.

Angela tersedar dari lamunan.Dia tersenyum kelat ke arah Susan.

"Awak nak teruskan pakai macam ni?" tanya Susan.

Lambat-lambat Angela menggeleng.

"Saya dah tak ada sebab untuk jadi se cantik ni." kata Angela.

Susan menunduk.

"Tapi saya suka awak pakai macam ni...nampak cantik dan ayu...apa salahnya kalau awak kekalkan." pujuk Susan.Sayang jika Angela kembali seperti dulu.Sebab Angela yang sekarang ni memang serius nampak cantik.

Mata Angela sedikit berair.Dia menarik Susan ke dalam pelukannya.

"Terima kasih...awak ni baik la...patut la Peter pilih awak." kata Angela ikhlas.

Susan ketawa kecil.

"Maafkan saya...tapi saya rasa mungkin tak perlu untuk jadi cantik dan manis macam awak...saya ketua mafia..mungkin memang takdir saya nampak lebih menyeramkan...apa-apa pun..terima kasih sebab sokong saya." ucap Angela lagi.

Susan hanya mengangguk faham.Dia tidak boleh memaksa Angela untuk menjadi seseorang yang bukan dirinya.Dia sedar perkara itu.Tapi jika Angela benar-benar tekad,apa salahnya bukan?

"Okay...saya nak tukar baju dulu..sebelum nanti entah siapa-siapa nampak saya macam ni..habis saya." kata Angela sambil menghayun kakinya ke arah tangga.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now