Bab 13:Good for him

93 7 0
                                    

Max terjaga dari tidurnya.Dadanya berombak bagai dalam kepenatan.Ya.Mimpi itu datang lagi.Dan sebenarnya lebih kepada memori silam yang dia tidak mahu ingat.Dia melihat jam di dinding,tepat 12 malam.Dia menarik nafas sedalam yang mungkin lalu di hembus kasar.Air mata yang bersisa di tubir mata di lap kasar.

Max mengeliat sedikit,membetulkan urat sarafnya.Hari ini adalah hari yang tidak di sukainya.

Otak cuba untuk melupakan kisah silam itu namun tidak berjaya.Setiap kali dia ingat peristiwa itu dia pasti berasa sebak.Tambahan pula pada hari ini,hari lahir ibunya.

Dia memejam mata,cuba untuk menenangkan dirinya.Namun bayangan dirinya di pukul bertalu-talu berlayar di ruang memori.

Dia meraup wajahnya kasar.Kalender di atas meja di campak tepat ke dalam tong sampah.

Dia menekup wajahnya.Memujuk diri agar terus bersabar.Dia terus saja membuka telefon bimbitnya.Gambar dia dan Mart di cari.

Ya.Hanya lelaki itu satu-satunya keluarga kandung yang dia ada.Kalau Mart ada di sisinya mungkin dia akan sedikit bertenang.Tapi lelaki itu memilih untuk berjauhan.Hmm apalah nasib...

Tiba-tiba satu gambar menarik perhatiannya.Gambar sebuah kedai bunga.Dan yang paling menarik ialah kedai bunga itu milik gadis yang pernah memberikan dia sekuntum mawar merah.

Di dalam gambar itu turut tertera nombor telefon untuk dihubungi sekiranya mahu membuat tempahan.

Max menatap gambar itu lama.Bunga mawar merah itu menerjah ingatan.Membuatkan dia teringat semula kepada ibunya.

Max menyimpan nombor itu dan menghubunginya.

"Hello?" panggilan itu di jawab.

"Hello..boleh saya tahu kedai cik dah tutup ke?" tanya Max.

"Selalunya dah tutup tapi sekarang saya tak tutup lagi..baru tengah berkemas.Kenapa encik?encik nak buat tempahan?" tanya Violet ramah.

"Ya.." balas Max pendek.

"Rasanya saya boleh terima tempahan lagi...boleh saya tau jenis bunga yang encik nak?"

"Ros putih....dan merah...asingkan..tolong siapkan sebelum pukul satu."

Max terus saja mematikan talian.

Dia terkilan.Sangat-sangat terkilan dengan kisah silamnya.Max keluar dari bilik pejabatnya.

Bangunan itu sudah kosong.Yang tinggal hanyalah pengawal yang membuat rondaan.

Max terus saja menuju ke tempat parkir kereta.Di situ terdapat Mercedes-benz c-class hitam.Dia memasuki keretanya dan dipandu laju ke sebuah tempat.


Max menolak pintu itu.Bar ini memang tak ramai yang kunjungi.Mungkin kerana tempatnya yang sedikit tersorok?

"Heyyoo Max..long time no see?"

Bartender yang sedang mengelap gelas itu menyapa.

"Hey." balas Max.Dia tak ada mood mahu beramah mesra dengan salah seorang perisik Royal yang handal itu.

"What's wrong bro...putus cinta ke?"

"Stop Charyel...aku tak ada mood." kata Max seraya duduk di salah sebuah bangku di situ.

Charyel hanya tersenyum.Tangan lincah mencampur minuman untuk Max.

"Stres kerja?" teka lelaki itu.

"Nope."

"Then what?"

Max diam.Dia kalau boleh tak nak semakkan kepala dia sekarang.

"It's okay bro...take your time." Charyel perasaan akan perubahan wajah Max.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now