Bab 31 : Can't forget you

89 6 0
                                    

Alex melangkah keluar dari perut kereta.Dia kini berada di hadapan syarikatnya.

Kaca mata hitam di buka.Tersungging senyum senget di bibirnya.Akhirnya,selepas satu bulan di hospital dia boleh keluar.

Seorang lelaki menghampirinya.Terus tubuh tinggi itu menunduk hormat.

"Selamat kembali,Tuan."ucapnya.

Alex hanya mengangguk.

"Thanks.Macamana dengan syarikat?"soal Alex.

"Semuanya baik,tuan."

Alex mengangguk lagi.

"Good job."Alex menepuk bahu lelaki itu sebelum melangkah ke syarikatnya.

Dia mahu cari seseorang.Seseorang yang sangat dia rindu.Kemana agaknya gadis itu berada?

Kaki di jejakkan ke dalam bangunan 50 tingkat itu.Ramai pekerja menyapanya.Dia sekadar mengangguk saja.

Jam di kerling.Masih ada setengah jam lagi sebelum waktu makan tengah hari tamat.Terus dia mengatur langkah ke stor.

Dia terus membuka pintu tanpa mengetuk terlebih dahulu.Terkejut mereka yang berada di dalam.

Sekumpulan cleaner yang sedang makan tengah hari tunak merenungnya.Dah kenapa bos besar ada di sini.

"Mana Scarlet?"tanya Alex dengan sebelah kening terangkat.

"Ermm.Selalunya time ni dia ada di tingkat 40,tuan."kata salah seorang dari mereka.

"Ok."terus Alex tutup semula pintu itu.Laju langkahnya dihayunkan ke lif.

Apa agaknya reaksi gadis itu apabila berjumpa dengannya.Adakah gadis itu akan melarikan diri?Atau akan terus memarahinya?

Baru saja ingin menekan punat lif,tiba-tiba pintu lif itu terbuka.Terpempan dia pandang wajah itu.

Scarlet.Gadis itu nampak lebih cantik.Lebih comel dari dulu.Jika dulu rambutnya di tocang dua.Kini rambut coklat gelap itu kemas di dendan.Anak rambut yang melekat di dahi gadis itu menambah kesempurnaan wajahnya.

"Scarlet."nama itu meniti bibirnya tanpa sedar.

Gadis itu terpempan melihat wajah itu.Wajah yang dia cari lebih satu bulan rasanya.Sungguh dia rindu.

Namun apabila mengingat kembali bait kata terakhir dari lelaki itu,terus pandangannya jatuh.Sedar siapalah dia yang mahu mengungkap kata rindu pada lelaki ini.

Langkah terus di hayun lemah meninggalkan Alex.Rasa tak layak dirinya mahu menatap wajah itu lama.

"Scarlet."nama itu di sebut lagi.Namun Scarlet hanya buat tak endah.Buat apa lagi nama dia yang rendah itu di sebut oleh orang hebat seperti Alexander Chris.

Tiba-tiba terasa tangannya di rentap kuat.Terus tubuhnya hilang imbangan.Mata di pejam rapat.Bersedia punggungnya mendarat di atas lantai.

Lama dia tunggu namun tidak bertemu pula dengan lantai berkilat itu.Dia rasa bagai di angkat tinggi.Terus dia buka mata.Terbuntang matanya apabila dia berada dalam dukungan lelaki berambut perang ini.

Suasana ini mengingatkan dia semula pada kenangan itu.Dimana Alex pernah mendukungnya dahulu.Rasanya masih sama.Lembut dan penuh prihatin.Lama Scarlet terbuai dalam anak mata perang Alex sebelum lekaki itu berdehem.Tidak selesa dengan renungan Scarlet.

Terus tersedar Scarler dari lamunannya.Pipi gebunya mula memerah hangat.Malu dia dengan keadaan sekarang.

"Er..Encik..boleh turunkan saya sekarang?"minta Scarlet.Lelaki itu tidak di pandang.

ROYAL:Love HunterOnde histórias criam vida. Descubra agora