Special Chap😆

170 6 2
                                    

"Lambat lagi ke kawan awak tu?"soal Britney pada Steve.

Lucy,Violet,Jenny,Amber dan Scarlet mengangguk sambil memandang ke arah Steve.

"Tak tau la.Kenapa?"

"Kami gemuruh."semua gadis di situ mengangguk.

Steve angkat kening.Kenapa?

Sekarang hanya mereka yang ada di rumah agam Royal.Yang lain pergi jemput tetamu kehormat katanya.Tapi mereka tak tahu siapa dia.

"Home sweet home!"

Semua mata terkalih pada King Herry yang menolak kasar pintu rumah agam itu.

"Sweet home hotak dia."bisik Steve perlahan.Cari nahas agaknya pak cik ni.

"Mana semua orang.Tak balik lagi ke?"King Herry terus melabuhkan duduk di sofa berhadapan Steve.

Ryan di sebelah hanya tersenyum nipis.Dia perasan pandangan terkejut gadis-gadis yang duduk sebaris di sofa tepi King Herry.

"Diorang pergi ambik tetamu kehormat tu lah.Lambat sangat tu mesti ada apa-apa jadi."Steve angkat bahu.

King Herry mengangguk.Tiba-tiba dia kalihkan pandangannya ke arah gadis-gadis itu.Terus tegak duduk mereka.

"Yang manis-manis siapa?"soal King Herry pada Steve.

"Yang ni Girlfriend,Steve."Steve tunjuk Britney.Sempat King Herry membalas senyuman manis itu.

"Tau.Yang lain?"

"Girlfriend James,Max,Michael,Joseph,Alex."

"Haa??!"semua terkejut dengan jeritan King Herry.

"Cepatnya.Ingatkan nak suruh pak cik carikan."

Ryan tergelak mendengarnya.Gadis-gadis itu tersenyum nipis.

Inilah kali pertama mereka berhadapan dengan sosok berkarisma ini.

King Herry.Lelaki ini ialah pemimpin organisasi diraja terkuat semasa zaman pemerintahan King Hans iaitu ayahandanya sendiri.

Sepanjang kerjayanya,banyak organisasi musuh berjaya di tewaskan.Dan yang paling penting.Negara mereka bebas ancaman mafia luar.

Sudah banyak pencapaian yang lelaki itu ada.Tapi sayang kerjayanya tamat setelah King Hans meninggal dunia.

"Cantik-cantik semuanya.Kamu jangan takut.Panggil je saya Pak Cik ya.Boyfriend kamu pun Pak Cik dah anggap macam anak Pak Cik sendiri.Jadi Pak Cik anggap kamu pun macam bakal menantu Pak Cik."

"Baik Pak Cik."semua tersenyum dengan keramahan King Hans.

Memang ada sifat kebapaan.

"Setakat ni pak cik dah ada tiga orang menantu.Yang pertama si Bella yang kedua si Angela,yang ketiga si Susan."

"Lepas ni banyak la menantu pak cik."kata Britney dengan tawa kecil.

"Betul.Lagi ramai lagi seronok.Lagi meriah.Nanti kamu ajak la boyfriend kamu semua datang rumah pak cik."

Semua mengangguk.

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi derapan tapak kaki.Terus semua kalihkan pandangan ke belakang.

"Eh.Diorang tak balik lagi ke?"soal Bella sambil memegang sekotak kek.

John yang mendukung Jimmy terus meletakkan anak lelakinya ke bawah.

"Atuk!"laju dia berlari ke arah King Herry.Tersenyum lelaki separuh abad itu.Terus dia angkat Jimmy ke atas ribanya.

"Yang ni cucu pak cik.Jimmy."

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now