Bab 34 : Unable to

92 4 0
                                    

Punching bag tidak henti berhayun apabila terkena tumbukannya.Kuat.Penuh amarah dan benci.

Tumbukan semakin di lajukan.Segala teknik yang sudah lama tidak dia gunakan di lakukan semula.Dia tidak mahu apa yang dia bersusah payah belajar dahulu hilang kerana kesenangan yang di kecapinya hari ini.

Serangan itu di tamatkan dengan tendangan maut yang menggunakan kepala lutut.Tepat dan kuat tenaga yang di gunakan.Terhayun tinggi punching bag itu.

Jika boleh dia mahu sambung lagi.Tapi dia sedar dia akan terlewat jika terus berada di situ.

Nafas cuba di atur.Dada masih berombak.Dia menarik nafas dalam dan menghembus kasar.Segar dia rasa.

"Tak pernah-pernah aku nampak kau kencang sampai macam ni?"

Max tersengih seraya melangkah ke arah bangku rendah yang di sediakan di dalam bilik itu.

Terus James melempar tuala kecil putih ke arah Max.Max menyambutnya lalu mengelap peluh di dahi dan rambut hitam berkilatnya.

"Ada musuh baru?"soal James yang masih bersandar di dinding.

Max menggeleng.Ya.Dia tak kuasa nak jadikan boyfriend Violet sebagai musuhnya.No class.

"Tak nak rebut dia balik?"soal James.

Max diam seketika.Dia tak terkejut lelaki itu tahu tentang kejadian itu.Dia kenal James siapa.

"Buat apa nak rebut bahagia milik orang?Apa yang aku ada sekarang pun dah lebih dari cukup."

Ya.Apa yang dia ada sekarang ini pun sudah buat dia cukup bahagia.Lagi pun siapa tahu jika gadis itu akan lebih bahagia jika tidak bersamanya.

James tersenyum nipis.Dia suka jawapan Max.Tapi dia tahu lelaki itu tak rela.Lihat saja matanya yang sayu.Wajahnya yang dingin menyukarkan pandangan sayu itu untuk dilihat.

Namun Max tak berjaya menyembunyikan darinya.Dia kenal lelaki itu.Baik.Cuma dingin dan beku menyebabkan Max tak mudah di dekati.Padahal lelaki itu baik-baik saja.Suka berahsia.Suka menyembunyikan rasa hatinya.

"Kau buat apa datang sini?"soal Max setelah lama James berdiam diri.

"Saja datang tengok kau.Takut nanti kau tak sedar masa berjalan.Nanti lambat pergi kerja."jawab James bersahaja.

Max sengih sesaat.Hanya sesaat.Dia tiada mood mahu menafikan hal itu meskipun dia tahu niat James ke sini.

Lelaki itu risaukan dia.Lelaki itu risaukan seluruh penghuni rumah ini.Kadang dia sendiri tertanya-tanya,tak penat ke ambil tahu hal orang?

Tapi dia sedar dia tidak boleh bandingkan dirinya dan James.Lelaki itu jauh berbeza darinya.Sangat jauh.

"Dah la.Aku nak bersiap."sempat dia menepuk bahu James sebelum melangkah keluar.

James hanya tersenyum.Kakinya melangkah mengikut langkah Max.
.
.
.
.
Peter berjalan menerusi lorong sempit itu.Hoodie hitam di naikkan ke kepalanya.Kaca mata hitam di tolak sedikit ke pangkal hidungnya.Mahu melihat keadaan kawasan itu.

Telefon bimbit di keluarkan.Sebuah gambar di cari.Gambar seorang gadis berambut perang cair.

Britney Jonathan.

Dia mahu cari gadis ini.Dia mahu cari kebenaran.Adakah gadis itu memang berniat memilih calon suaminya atau dia terpaksa.

Kejadian yang berlaku tempoh hari bermain semula di kotak fikirannya.

Tangan ligat menyuap beaf steak ke dalam mulutnya.Sedap.Tersungging senyum lebar di bibirnya.Memang dia berpuas hati makan di sini.

Mata turut menatap hiasan restoran itu.Sungguh cantik.Ia menggunakan konsep santai.Dinding yang bercorak kayu menambah keunikan di restoran ini.Memang dia suka.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now