Bab 36 : I wish..

90 5 0
                                    

Lucy duduk di atas kerusi yang di sediakan di taman itu.Topeng beruang yang di pakainya di buka.Tangan terus naik mengipas wajahnya yang berpeluh.

Memang hangat pakai costume maskot ni.

Pipi yang tiba-tiba terasa sejuk membuatkan gadis itu terus berdiri.Terus dia pandang belakangnya dengan wajah terkejut.

James.

Lelaki kacak itu memandangnya redup bersama senyuman manis di bibirnya.

"Encik James.."Lucy mengurut dadanya perlahan.Dia ingat apa lah tadi.

"Hey."sapa James seraya duduk di atas bangku itu.Tangan menepuk tempat duduk bersebelahannya.Tampa bantahan Lucy mendekati lelaki itu.

"Nah."James hulurkan air mineral sejuk kepada Lucy.

"Encik beli untuk saya?"tanya Lucy dengan wajah yang terharu.

Terus James gelak kecil.Lambat-lambat dia angguk.

"Terima kasih."

Terus dia buka menutup botol itu dan isinya di teguk perlahan.Lega dia rasa apabila terasa air sejuk melalui kerongkongnya.Memang dari tadi lagi dia rasa haus.

Suasana di Rolist Park di isi dengan bunyi kicauan burung dan gelak tawa kanak-kanak yang leka bermain di taman permainan.

Masing-masing diam dan menyepi.Menikmati suasana yang bagi mereka terasa aman.

"Bila awak nak cari kerja lain?"soal James tiba-tiba.

Lucy pandang lelaki itu.Bibir perlahan-lahan tersenyum nipis.Mungkin dalam seminggu dua lagi dia akan berhenti kerja.

"Mungkin dalam seminggu dua lagi saya berhenti."beritahunya.

"Awak dah jumpa kerja baru?"

Perlahan senyuman nipis itu bertukar kelat.Anak mata terus di larikan ke arah lain.Tak mahu lelaki itu memyedari matanya yang sedikit berair.

"Lucy?"

Gadis itu menarik nafas dalam.Senyuman manis di bibir cuba menutup kesayuan di hatinya.

"Ya.Saya dapat kerja baru."beritahunya.

James tersenyum.Baguslah begitu.Tak adalah gadis itu duduk berpanas-panasan lagi.

"Lucy."panggil James lembut.

Gadis itu memandang James dengan senyuman manis.

"Boleh kita jadi kawan?"soal James.Dia memang mengharap gadis itu sudi.Sebab dari apa yang dia dengar selalunya pasangan kekasih ni bermula dari sebuah persahabatan.

Lucy diam.Jiwa bagai di palu kuat.Terasa bagai jantungnya terhenti sesaat.

Kawan?

Lelaki ini mengajaknya menjadi kawan?

Tiba-tiba rasa bersalah menerpa ruang hatinya.Dia tak mahu lelaki itu terluka kerananya.Dia tak mahu beri lelaki itu harapan.

Tapi wajah lelaki itu bagai mengharap kesudiannya.Mata lelaki itu bagai mendesak dirinya memberikan jawapan.Sanggupkah dia mahu menyakiti hati lelaki itu?

Tapi bukankah dengan menolak juga turut membuatkan James peroleh sakit yang sama?

Jika dia menolak,lelaki itu akan tersakiti.Jika dia terima?

Huh.Untuk apa dia terima huluran persahabatan lelaki itu di awal waktu jika pada akhirnya dia tetap akan meninggalknnya.

Dilema.

"Tak apa kalau awak tak sudi."

Kata-kata itu menyentak kuat hatinya.James yang sudah mahu berdiri di tarik kuat sehingga lelaki itu duduk semula.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now