Bab 40 : Bad boy

91 5 0
                                    

Jeny melepaskan keluhan.Beg kertas di tangan di jeling sekilas.Mahal gila baju ni.Ini pun paling murah yang dia ambil berharga 4000.

Dah la gaji dia pun 3000 je.Nasib dia ada duit simpanan.Nak buat macamana.Kita plan tak nak pergi tapi ada orang paksa.Geram.

Kaki menuju terus ke arah excelator yang menuju ke tingkat bawah.Dia tidak punya apa-apa lagi untuk di borong.Cukup lah dia ada sepasang baju terlebih bajet ni.

Setibanya di bawah mata terus terkalih ke arah tandas.Laju kaki mengatur langkah.Dia memang dari tadi lagi rasa nak terkucil.

Maklumlah mall ni kuat sangat air-cond dia.
.
.
.
"Kita nak pergi cari apa dulu ni?"soal Michael sambil menutup pintu keretan lamborghini hitam itu.

"Cari hadiah untuk John.Aku lupa nak belikan."kata Steve sambil menggaru belakang kepalanya.

Shopping complex yang berada di hadapan mata kelihatan gah dengan anak-anak muda yang tidak lekang  mengunjunginya.

"Jom la masuk.Cepat kita cari,cepat kita boleh balik."kata Michael seraya melangkah pergi.

Steve hanya mengikut dari belakang.Otak masih berfikir apa yang dia mahu beli.
.
.
.
Jeny mengelap tangan dengan tisu yang memang siap tersedia.Kaca mata  dan rambut sempat di perkemaskan sebelum dia melangkah keluar.

Tangan menjinjing beg kertas yang berisi baju yang baru dia beli.Tidak sampai beberapa langkah...

Bukk!!

"Aoucchh!!!"

Jeny sedikit melompong apabila matanya mengecam wajah gadis yang  melanggarnya tadi.

"Girlsss..tengok baju I.."meleret nada gadis berambut merah itu mengadu kepada kawan-kawannya.

Jeny sudah berpeluh dingin.Habislah dia.Baju gadis berambut merah itu penuh dicemari Cappuccino.

"Kau!!"

Terhinjut bahu Jeny apabila di jerkah begitu.

"A..amy??"

Gadis berambut merah itu tersenyum.Tak sangka dia terserempak dengan budak nerd di tempat kerjanya.

"Bertuahnya aku jumpa kau hari ni."katanya penuh sinis.

"Sa..saya minta maaf..saya tak sengaja."Jeny membongkokkan sedikit tubuhnya.

Tiba-tiba rambutnya di rentap kasar.Terjerit sedikit dia apabila terasa sakit yang mencengkam kulit kepala.

"Kau tau tak berapa harga baju ni?Aku bukannya macam kau..suka pakai baju murah!!"Jeny memejam mata rapat.Cuba untuk endahkan apa yang di kata Amy.

"Kau ingat dengan maaf kau tu boleh ganti balik baju aku?!"

Sekali lagi suara yang bagaikan halilintar itu memasuki lubang telinganya.Rasanya sekali lagi dia jerit mungkin boleh pekak.

"Sa..saya janji..saya ganti balik.."Mutiara jernih sudah mula memenuhi tubir matanya.Hanya menunggu masa untuk mengalir.

"Heh.."kasar Amy melepaskan cengkamannya.Pandangan sinisnya masih belum berhenti.

Jeny yang jatuh terduduk itu terus saja menundukkan pandangan.Malu dengan pandangan orang yang lalu lalang.

"Amy.."gadis berambut merah itu memandang rakannya yang sedang menjuihkan bibir ke arah beg kertas di sisi Jeny.

Terus bibir merah menyala itu menyeringai.Kaki melangkah merapati Jeny.Terus dia rampas beg di sebelah gadis yang tertunduk lemah itu.

"To..tolong jangan.."Jeny cuba merampas kembali namun dia kembali terduduk tatkala tubuh kurusnya di tolak kasar oleh rakan-rakan Amy.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now