Bab 11:Caring

117 7 0
                                    

Michael menuju ke arah bilik pejabatnya.Kalau di ikutkan dia memang ada meeting hari ni.Tapi di sebabkan kerja dia masih belum selesai,dia di beri kebenaran untuk tidak menghadiri meeting tersebut.

Dan cubalah bayangkan macamana muka tak puas hati Max bila nampak dia senang hati tinggalkan bilik mesyuarat tadi.

Mungkin maksudnya begini.

'I will find you after this..just wait.'

Bila teringatkan balik.Tiba-tiba rasa meremang je satu badan.Nampaknya dia memang kena berhati-hati hari ni.

Sedang dia bersenang lenang tiba-tiba dia terpandang seorang gadis yang...

Sangat dikenalinya.Gadis berkaca mata bulat itu sedang duduk bersimpuh di lantai sambil menggosok buku lalinya.Muka tak payah cakap lah,memang masam mencuka.

Jerniefer.

Michael bagai di awangan seketika.Tidak sangka sama sekali akan bertemu lagi gadis yang pernah membantunya suatu ketika dahulu.

Dia memandang ke kiri dan kanan.Line clear.Dia terus menghampiri gadis itu.

"Jeny?" panggilnya perlahan.

Jeny memandang ke arah Michael.Senyuman kelat di hadiahkan.

"Kenapa ni?" tanya Michael sambil mengutip fail-fail yang bertaburan di atas lantai.

"Erhh..hehe..saya jatuh tadi.." katanya sambil bangun dari duduknya.

"Saya tak tahu awak kerja sini." kata Michael.

"Haha..saya pun tak tahu encik Michael kerja di sini." balasnya ramah.

Seketika Michael ralit memandang wajah itu.Kening gadis itu terbentuk cantik,kulitnya bersih tanpa sebarang jerawat atau jeragat,hidung kecil itu elok terletak dan bibir merah jambunya yang tidak terlalu tebal,rambut berwarna coklat keperangan itu lembut beralun.Baginya gadis ini cukup sempurna.

Tapi mungkin kaca mata bulat dan pendakap gigi serta gaya rambut yang di tocang dua itu membuatkan dia nampak...

Hodoh.Mungkin?

"Tempat awak kat mana?.mari saya tolong hantarkan."tanya Michael seraya mempelawa gadis berkaca mata itu.

" Errkk..tak susahkan encik ke?..encik tak busy?"tanya Jeny berhati-hati.Dia kalau boleh tak mahu menyusahkan lelaki ini.

"Tak susah dan tak busy...sudah..jom cepat nanti kalau bos nampak habis kita." Michael berjalan meninggalkan Jeny yang masih terpinga-pinga.

"Encik Michael tunggu saya!!" jerit dia seraya berlari-lari anak.

Tanpa sedar ada sepasang mata yang telah lama menyaksikan adegan itu dengan pandangan tidak berpuas hati.
.
.
.
.
Lucy membuka matanya perlahan.Kepalanya yang berdenyut-denyut di sentuh perlahan.Dapat dia rasakan kain basah yang menutupi dahinya.

Dia memandang ruang bilik itu dengan penuh fokus.

"Selamat pagi."

Lucy laju menoleh ke arah suara itu.Tanpa sedar perbuatan itu menambah kesakitan di kepalanya.

James ketawa kecil.Surat khabar di tangan di lipat dan di letakkan di tepi.

"Jangan pergerak banyak sangat..kau demam." kata James tenang.

"Apa dah jadi?Saya kat mana?" Tanya Lucy cemas.

"Tempat tinggal aku..well nak kata ni rumah aku pun tak juga sebab ramai yang duduk dalam rumah ni." jawab James sambil memerhati ruang bilik itu.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now