Bab 52: Perfect World

91 7 0
                                    

James memandang gudang di hadapannya.Usang.Bagai sudah lama di tinggalkan.Tapi dia yakin tempat ini masih ada penghuni.

Susasan terlalu suram.Di tambah pula kedudukan gudang ini di dalam hutan yang agak tebal.Dia benci.

Sebab dia takut hantu.

Jangan gelak ehh!

"Tuan James."

"Shit!"James urut dada perlahan.Terkejut.Nasib baik dia tak lempang orang bawahan dia tadi.

Mereka yang melihat hanya tahan senyum.

"Semua team dah sedia,tuan"

"Aku masuk dulu..korang tunggu isyarat."

Semua di situ mengangguk.

James melangkah ke arah gudang itu.Pintu gudang yang terbuka sedikit di tarik perlahan.

Dia ternganga saat melihat dalamnya.Busuk,hanyir,gelap.Tekak rasa loya tiba-tiba.

Tempat ni besar.Kepala dah rasa pening.Kat mana dia nak cari Lucy ni?

Dia ambil lampu suluh di pinggangnya.Mata terbuntang,mulut ternganga luas.Terlalu banyak mayat reput di sini.Dan semestinya dah tak cukup sifat.

Ada yang terburai.Yang sudah hilang kaki dan tangan.Yang hanya ada badan tapi tak ada kepala.Dan ada yang dah berulat dan di hurungi lalat.

Wajah James sedikit pucat.Bau yang mencucuk di tambah dengan pemandangan ini membuatkan ada sesuatu yang berlumba-lumba mahu keluar dari tekaknya.

Dia berlari keluar,manjauh sedikit dari gudang itu dan..

"Blueekk!!"semua isi perutnya berlumba keluar.Kepala rasa pening sedikit memandang perut sudah terasa kosong.

Jangan fikir dia lelaki,dia mampu hadap perkara begitu ya.Bukan dia tidak biasa dengan pemandangan tu,tapi dia tak boleh hadap kalau yang dah reput dan berulat.

"Tuan.Tuan ok ke?"James menekan sedikit alat di telinganya.

"O..okay."James mengangkat ibu jarinya ke arah semak.Di situ terdapat orang bawahannya yang tak lepas memerhatinya.

James keluarkan sapu tangan putih yang berloho R.Dia cium sikit tuala putih itu dan tersenyum senang. Wangi.

Terus kain putih itu di ikat menutup hidung dan mulutnya.Sekurang-kurangnya tak adalah dia terbau aroma tak menyenangkan tu.

Dia melangkah semula ke gudang itu.Walaupun tak suka,dia kena hadap juga.Demi kekasih pujaan hatinya.

Kalau dia yang lelaki pun tak sanggup hadap apatah lagi lah gadis macam Lucy tu.Riak wajah bertukar sayu apabila teringatkan gadis itu.

"Sabar sayang...saya dah sampai ni."bisiknya perlahan.

Here we go againt.

Lampu suluhnya di suluh merata.Cuba mencari ruang di antara mayat yang bersepah.Bila dah jumpa perlahan dia melangkah.Macam tengah main lompat ting-ting.

Tubuhnya kaku saat tersuluh kepala manusia yang sedikit mereput dengan mata yang terbeliak dan mulut ternganga dan ada lipas keluar dari mulut tu.Lipas tu nampak macam masa dia nak meronda sekarang.Dan lipas tu nampaknya tengah stanby nak terbang.

Eeeeeeeeeeeiiiiiii!!!!!!!!Aku geli!!!!!

Terus meremang bulu roma.Satu badan rasa sejuk beku.

"To..tolong...tolong.."katanya perlahan.Badan dia memang tak boleh gerak sekarang.

Tapi malangnya tak ada siapa dengar.Sebab perlahan sangat.Tubuh terus kaku di situ sampai lah..

"Arrghh!!"laju James melarikan diri melepasi banjir mayat ini apabila lipas itu terbang ke arahnya.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now