Bab 50 : Port

94 5 0
                                    

Sambungan Bab 49:(James&Max)

James tersengih malu sambil menggaru kepala yang tidak gatal.Wajah Max pula dari tadi lagi mencuka.Mungkin geram dengan Richard.

Alex di hadapan mereka mengurut dahinya yang berbalut perlahan.Macam tak boleh percaya je apa yang James bagitau dia tadi.

Richard...Richard..

Licik dan tak berhati perut.

Pengawal yang sedia berdiri di setiap sudut semuanya menunduk.Tak tahu mahu rasa kesal atau lucu.Tubuh dan wajah mereka juga terdapat lebam dan luka-luka kecil.

Hasil daripada operasi pencarian maklumat tentang Zen White.Tapi banyak kali mereka gagal.Seolah-olah di sabotaj.

Dan ternyata memang benar..huh!

"Patut la orang bawahan aku mengadu asyik kena kacau..korang yang kacau rupanya."Alex ketawa kecil bila teringatkan kejadian minggu lalu.

Selama ini setiap rancangan untuk mencari maklumat tentang musuh baru mereka tidak berjalan lancar.Dia kerap dapat alasan yang bukan-bukan.

Kereta rosak.Taya kereta hilang.Kereta tiba-tiba kena heck.Sistem komunikasi rosak.Ada hantu kacau operasi?

Oh ya!Bercakap pasal hantu.Minggu lalu pun ada hantu kacau dia juga.Sebab tulah kepala dia berbalut.

Mula-mula bila pekerja dia mengadu,dia tak percaya.Tapi lepas dia sendiri yang kena,sumpah tiga hari dia tak masuk office sebab demam.

"Sorry Alex..Richard yang plan benda tu sorang-sorang.Kami tak tahu pun apa dia buat."James tersengih-sengih.Sumpah dia malu gila.

"Tak apalah.Benda sikit je.Cuma aku pelik,kenapa dia tiba-tiba je buat plan bukan-bukan ni?"soal Alex seraya mencapai secawan kopi.

James sengih.Beberapa fail di letakkan di atas meja.

"Ini,maklumat tentang lokasi Scarlet.Semuanya lengkap.Kau tak payah susah-susah cari lagi."

Alex mengangguk lalu membelek setiap helaian kertas.Dia mengangguk lagi.Sangat berpuas hati.Well..bila Royal yang cari maklumat confirm semuanya tip top.Cun.

Tapi tak bermaksud organisasinya tak hebat.Cuma itulah..ada hantu kacau.

James tersengih lagi.Macam ada benda nak cakap tapi tak terluah di mulut.Terkadang dia siku Max di sebelah.Max pula asyik menggeleng dari tadi.Apahal ni?

"Korang kenapa?"soal Alex hairan.

"Errr.."James gosok belakang leher.Aduh.Serba salah pulak nak cakap.

"Errmmm..."

Alex sabar menunggu.Terlebil-kebil matanya memandang James.

"Errr...bayaran semula untuk maklumat ni."

Alex terlompong.Kena bayar?Biar betul.Bukan dia yang mintak Royal carikan maklumat pun.Ini perangkap business namanya.

"Alahh..bukan guna duit pun."James tayang wajah comel.Max pula sudah berdecit geram.

"Korang nak apa?"tanya Alex.Layan kan jelah.

James menyiku Max di sebelah.Meminta lelaki itu agar turut bersuara.Dia tahu dari semalam lagi Max tak bercakap.Mungkin marah sangat.Tapi Max buat tak layan.Saja tunjuk keras kepala.

Alex menggeleng perlahan.Apa-apa jelah.

"Ermm.Ada enam orang pesalah yang akan jatuh ke tangan John nanti,kami nak empat orang dari mereka."

"Nak buat apa?"soal Alex agak terkejut.Dia nak ambil pesalah dari tangan John ke?

Mustahil.

"Jatuhkan hukuman sendiri."jawab James ringkas.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now