Bab 37 : Same like rose

86 5 0
                                    

Violet berjalan ulang alik.Otak ligat memikirkan sama ada betul atau tidak apa yang dia lakukan.Bangunan megah 40 tingkat itu di lihat.

Dia mengeluh seketika.Tidak suka dengan  tindakan yang diambil.Namun dia tiada pilihan lain.Hatinya tidak tenteram apabila rasa bersalah membukit di dada.

"Okay Violet.Kalau dia halau kau pun.At least kau tau dia benci kau."katanya pada diri sendiri.Gementar pula dia rasa.

Dia hanya penjual bunga.Tidak setaraf dengan Max yang banyak pengaruh.Nafas di tarik sedalam mungkin,kemudian dia lepaskan perlahan.Cuba untuk mencari keberanian.

Dan dia menjumpainya.Di bibirnya terukir senyuman indah.Dengan yakin dia melangkah ke Royal Holdings.

.....

Menggigil dia apabila melihat dekorasi di dalam bangunan ini.Semuanya nampak mewah.

Otak tiba-tiba membayangkan jika dia tidak sengaja merosakkan barang di situ.Memang dia kena gadai kedai dia lah untuk bayar semula ganti rugi.Huh..tak boleh bayang.

Dia pandang lantai mozek coklat dan emas yang berkilat mengalahkan cermin itu.Memang menunjukkan taste si empunya syarikat ini luar biasa.

Dia lihat kakinya yang tersarung kasut serlum murah.Memang nampak perbezaan taraf antara dia dan lantai.Pfft.

"Cik.Boleh saya bantu?"seorang pekerja bercoat merah bertanya.Lelaki berkaca mata itu tersenyum manis kepada Violet.

Kekok Violet membalas senyuman itu semula.

"Sa..saya nak cari..Encik Max."teragak-agak dia menyampaikan permintaannya.

Maklumlah,di sini dia rasa kecil sangat.Bila lihat pekerja wanita semuanya tinggi-tinggi dan hot gitew.Tapi dia pula macam budak tadika.

"Oh.Tempat Tuan Max ada di tingkat 40.Cik nak ke sana sendiri atau nak saya tunjukkan?"soalnya.

"Ermm.Encik tunjukkan boleh?"mintanya dengan senyuman kelat.Hadoii.Baru kali pertama datang sini dah menyusahkan orang.

Lelaki itu tergelak kecil.Comel gadis di hadapan matanya ini.Dia terfikir juga,siapa gadis ini?Kenapa dia cari Tuan Max?

"Mari."ajaknya seraya menuju ke lif.Violet hanya mengikut dari belakang.Tali beg silangnya di genggam erat.Gemuruh dia rasa.

Sepanjang mereka dalam perjalanan ke tingkat 40 hanya bunyi cengkerik saja yang kedengaran.Masing-masing diam dan menunggu.

Pintu lif terbuka.Terus lelaki bercoat merah itu melangkah keluar.Violet hanya mengikut dari belakang.Mata terus meliar ke sekitar kawasan itu.

Terbuka sedikit mulutnya.Jika tadi di ruang bawah bertemakan warna gangsa dan emas.Tempat ini pula memilih hijau dan biru cair.

Cantik.Nampak lebih lembut dan menenangkan.

"Cik.Ini bilik Tuan Max.Mari masuk."Ajak lelaki itu.

Violet hanya mengangguk.Senyuman kekok terhias di bibir munggilnya.Gementar.

Pintu di ketuk dua kali.

"Masuk."

Terus lelaki bercoat merah itu membuka pintu.Terdapat seorang lelaki dingin yang sedang menyemak sesuatu di fail hitam.

"Ada apa?"soal Eric tanpa memandang ke hadapan.

"Ada orang nak jumpa Tuan Max."

Terus lelaki itu memandang ke hadapan.Gadis kecil itu bersembunyi sedikit di belakang lelaki bercoat merah yang setia di sisinya.Takut.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now