Bab 39:Annual Event

75 5 0
                                    

Jeny menghenyak punggungnya di atas kerusi.Fail setinggi gunung itu di letakkan di atas meja.Fuhhh.

Menyesal.

Ya.Dia menyesal memilih untuk bekerja di syarikat ini.Syarikat yang pekerjanya kebanyakan orang berada.

Saat pertama kali datang ke syarikat ini ramai yang hanya memandang dia sebelah mata.Tak hairan.Malah dia dah terbiasa.

Dengan penampilannya yang begini memang tiada sesiapa yang sudi berteman dengannya.Dia hanya memakai kemeja putih biasa dan skirt labuh berwarna hitam.Kasut pula hanya kasut bertutup seperti ballerina berwarna hitam.

Rambutnya diikat longgar.Nampak serabut.Wajahnya mengenakan kaca mata bulat dan tebal.Dan dia mengenakan pendakap gigi.

Make-up?

Dia tidak pandai menconteng muka.Kalau pakai juga nanti macam Harley Quinn.Itu pun dia rasa Harley Quinn masih lagi cantik walaupun wajahnya di conteng dengan warna sebegitu.

Bam!

Terhinjut bahunya apabila lima buah fail biru gelap mendarat tepat di atas mejanya.Mata Jeny mencari gerangan yang bertindak biadap itu.

Seorang gadis yang sedang memintal rambut merahnya menatap kosong wajah Jeny.Gula-gula getah yang dikunyah di tiup dan meletup.Dia kembali menyunyah.

"Do this all."arahnya sekali sebelum berlalu pergi.

Jeny terlompong.Lambat-lambat kepala di hantuk ke meja.Baru minggu pertama dah kena buli.

Hmm.Memang sumpahan lah.Dari sekolah rendah lagi macam itu lah yang dia hadap setiap hari.

Lambat-lambat fail itu di tarik.Nak buat macamana?Akur jugalah dia dengan kerja orang lain yang bertimbun di atas mejanya.

Air kosong yang dibawanya dari rumah di teguk dahulu.Haus.Tekak rasa segar apabila ait suam itu melalui kerongkongnya.Dia tidak gemar minum minuman berais semasa di dalam air-con dan pada cuaca panas.Mungkin bagi orang lain itu adalah nikmat.Tapi bukan padanya,amat mudah untuk mendapat sakit tekak.

Tok!Tok!Tok!

Pintu kaca bilik yang menempatkan mereka itu di ketuk kuat.Jelas bunyinya kedengaran memandangkan ketika ini hanya air-con saja yang berbunyi.

Semua memandang ke arah wanita 30-an itu.PA kepada tuan pengurus syarikat ini.

"Selamat pagi semua.Untuk pengetahuan semua minggu depan akan diadakan majlis tahunan syarikat.Jadi tetamu-tetamu VVIP akan datang ke syarikat kita.Minta kepada semua supaya jaga tingkah laku.Pastikan tak ada apa-apa masalah atau pun pergaduhan.Jaga imej syarikat kita.Kalau tak,siapkan diri untuk keluar dari syarikat ni.Itu saja sekian terima kasih."

Wanita itu melangkah pergi.Suasana menjadi sedikit kecoh dengan keterujaan staff-staff terutama sekali sekumpulan wanita cantik yang sedang mengipas-ngipas wajah mereka.Memang mahu menunjukkan bahawa mereka teruja dan tidak sabar mahu menghadiri majlis tersebut.

Jeny kembali duduk di tempatnya.Sama ada dia mahu pergi atau tidak?

Sudah tentu dia takkan pergi.Dari awal lagi PA tuan pengurus menegaskan bahawa mereka perlu jaga imej syarikat.Dan dia rasa dengan penampilannya mungkin akan menambah masalah.

Dari menyusahkan orang lebih baik dia duduk di rumah.Lagi pula tetamu VVIP turut akan hadir bersama.Dia tak ada masa mahu berkenalan dengan orang-orang kaya ternama.Dan dia yakin orang kaya ternama pun tak punya masa berkenalan degannya.

Tok!Tok!

Keadaan menjadi senyap semula dengan kehadiran wanita 30-an tadi.

"Excuse me.Where is Miss Jerniefer?"

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now