Bab 24 : Is it Love?

92 8 0
                                    

Joseph melangkah masuk ke dalam rumah agamnya.Dia duduk di salah sebuah sofa.Coat di buka dan tie di longgarkan.Lega sikit rasanya.

"Encik Joseph dah balik?" sapa Amber seraya menghampiri.

"Tolong ambilkan aku air." arah Joseph.

Amber tak membantah.Dia terus saja menuju ke dapur.Dalam beberapa saat dia datang semula dengan air kosong.

"Thanks." ucap Joseph seraya menelan rakus air di dalam gelas panjang itu.

"Encik Joseph nak makan apa malam ni?" tanya Amber.

Joseph memandang gadis bermata coklat itu.Jam di kerling.Pukul 5 petang.

"Amelin keluar gosip ke?" tanya Joseph.

"Puan Amelin ke rumah agam Royal katanya." jawab Amber.

Joseph mengangguk bagai burung belatuk.

"Jom keluar." ajak Joseph.

"Pergi mana encik?Lagi pun nanti tak sempat nak masak makan malam." Amber cuba menolak.

"Si Amelin tu dah confirm kenyang.Abang aku balik lewat.Jom lah.Lagi pun nanti kau nak balik kat abang kau balik kan?" Joseph masih mengajak.Kalau boleh dia nak juga ada kenangan manis bersama gadis comel ini.

"Hhmm..tak apalah.Encik tunggu sekejap."

Amber melangkah ke arah biliknya.Dalam beberapa minit dia kembali semula dengan skirt paras lutut dan t-shirt lengan panjang berwarna merah jambu.Rambut hanya di selit dengan penyepit bunga-bunga.

"Okay dah siap." Amber tersenyum ke arah Joseph.

Joseph diam.Fokus dia melihat keindahan di hadapannya.Amber.Gadis ni pakai apa pun tetap terserlah kecomelannya.

Mungkin bagi orang lain akan cakap Amber selekeh.Tapi tidak padanya.Gadis itu sentiasa nampak anggun.

"Encik?" Amber melayangkan tangan kecilnya di hadapan wajah Joseph.

Joseph yang tersedar hanya tersengeh.Apa kau ni Joseph.Tenung anak orang.

"Jom." Joseph melangkah keluar.Amber hanya mengikut langkah Joseph dari belakang.

                 .........

Joseph menghirup udara segar di pantai itu.Cuaca redup ini benar-benar membuatnya selesa.

"Kita buat apa kat sini,Encik?" tanya Amber.Sambil mengemaskan rambutnya yang ditiup angin kuat.Habis selerak.

"Saja ambil angin." jawab Joseph dan terus menuju ke pesisiran pantai.Amber masih lagi setia mengikut.

Kuat angin pantai memukul wajahnya.Rambutnya yang sedikit terjuntai ke dahi juga turut terasa di tampar angin.

"Saya nak rendam kaki boleh?" tanya Amber teruja.Sudah lama dia tidak datang ke pantai.

Joseph hanya mengangguk.

Amber membuka kasutnya.Teragak-agak dia berjalan mendekati ombak.Apabila kakinya hampir terkena air dia berlari menjauh.

Gelak tawa Amber membuatkan Joseph tersenyum nipis.Suka dia lihat gadis itu ketawa.Rasa bagai segala masalah terbang pergi.

Bunyi loceng menarik perhatiannya.Ada gerai ice-cream di bawah pokok.Dia memandang Amber yang sedang sibuk bermain dengan ombak.

Kaki terus di hayun mendekati gerai ice-cream.Perisa coklat dan strawberi menjadi pilihan.Selepas membayar dia kembali semula ke tempat Amber.

"Amber!" Panggil Joseph.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now