Bab 41 : Help

85 4 0
                                    

Coat berwarna biru gelap yang tersangkut kemas di tubuhnya di kemaskan.Segak.

Ya.Dia tak pernah tak hensem.pfft.

"Amboi..kuatnya bau perfume.."meleret suara merdu itu memerli.

Richard hanya tersenyum.Kepala di geleng sedikit sambil memakaikan jam Rolex ditangannya.

"Cepat la siap..nanti terlewat pulak."lembut nada suara itu menyuruh.Maklumlah dengan sang pujaan hati.

"Awak pergi la dulu.Saya pergi sendiri.Lagi pun memang saya nak pergi lewat sikit."

Terangkan sebelah kening Richard.Mata tunak merenung isterinya dari pantulan cermin almari solek itu.

"Saya malas tunggu.Kalau pergi awal pun bukannya majlis nak mula.Mesti dia tunggu sampai tetamu semua datang dulu..kan?"bibir munggil itu membentuk senyuman comel.Mata cantiknya di kenyitkan ke arah Richard.

Tergelak lelaki itu melihat kerenah isterinya.Nakal.

"Yelah..tapi jangan lewat sangat."pesan Richard dan hanya mendapat anggukan sebagai jawapan.

Kaki terus melangkah menuruni tangga.Dia boleh lihat Max,James dan Michael yang sudah menunggunya di ruang tamu.Semuanya tampil dengan imej tarikan masing-masing.

"Angela tak siap lagi?"soal Max apabila batang hidung wanita menakutkan itu tidak kelihatan.

"Dia nak pergi sendiri."Semua hanya meng'oh'kan saja.

"Ermm.."

Semua kini memandang Michael pula.Lelaki itu hanya tahan sengih.Entah betul entah tidak keputusan yang dia buat ni.

"A..aku..nak pergi lewat sikit..boleh?"

"Kenapa?"laju James menyoal.Mata siap di pincingkan lagi.

"Hehe..saja.."Laju Michael larikan anak mata.Tak selesa apabila James merenungnya seolah-olah dia yang curi-curi makan cup cake semalam.

Padahal memang dia pun.

"Ok.Kau pergi sekali dengan Angela.Boleh?"arah Richard.Dia tak ada masa nak berbalah benda remeh.

Tak kisah la siapa yang nak pergi lewat pun yang penting dia tak boleh calarkan imej dia dengan datang lambat ke Majlis.

"Boleh!"Suka Michael dengan cadangan itu.Kepala siap di anggukkan lagi.

Richard mengangguk sekali sebelum melangkah keluar di ikuti Max dari belakang.James mendekatkan dirinya dengan Michael.Lelaki itu di pandang atas dan bawah sebelum James melangkah pergi.

Michael menghela nafas lega.Selain Richard dan Angela,James juga orang paling menakutkan dalam rumah ni.

Coat berwarna merah hati di tubuhnya di lihat.Keluhan menitir di bibirnya.
.
.
.
Segan.Lambat-lambat kaki itu melangkah memasuki ruangan dewan bak istana ini.Sungguh mewah.Tapi langsung tidak padan dengan dirinya.Sudah la tak cantik,pakai baju murah pula.Rambut pun tak sama tapi dia cuba juga rapikannnya sebaik mungkin.Dalam diam dia masih terkesan dengan kejadian itu.

Staff-staff syarikat semuanya sudah berbisik antara satu sama lain.Memandang enteng padanya yang hanya memakai kemeja putih dan skirt labuh.Pakaian rasminya.

Kaca mata bulat tebal di pangkal hidung di perbetulkan.Dia boleh lihat meja untuk tetamu VVIP yang sudah mula di penuhi.

Mata melilau ke kiri dan kanan.Mencari tempat kosong untuk dia duduk.Namun yang dia dapat hanyalah jelingan staff-staff syarikatnya.Jeny mengeluh perlahan.

"Jeny.."

Gadis itu tergamam tatkala matanya terpandang lelaki dingin itu.

"Tu..tuan John."tubuhnya di bongkokkan sedikit.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now