Bab 25 : Let her go

98 7 2
                                    

Jeny duduk di tempatnya.Lelah di lepaskan.Dia menatap mejanya yang baru dia bersihkan tadi.

Entah siapa yang menuang kopi di atas mejanya.Habis melekit.Mujur saja tidak terkena fail-fail yang di susun rapi di atas meja.

Tiba-tiba beberapa fail di letak kasar di atas mejanya.Jeny mengurut dada.

"Aku nak kau siapkan sebelum pukul 6." arah seorang wanita berambut hitam.Mata langsung tidak memandang ke arah Jeny.Maklumlah,sibuk dengan kuku yang di bubuh nail polish berwarna pink itu.

Rakan-rakan wanita itu yang setia di belakang hanya ketawa gedik.Puas dapat lihat Jeny di buli.

"Tapi kerja saya pun banyak juga.Kalau nak siapkan semuanya tak sempat." kata Jeny cuba mengelak.Penat dia melayan Stella.Gadis itu selalu menyuruh Jeny menyiapkan kerjanya tidak kira di mana pun.

"Jangan nak melawan.Kau ingat sikit status kau kat sini.Bersyukur sekurang-kurangnya kau dapat kerja di syarikat gah ni tau." jawab Stella dengan mata yang di jegilkan.

Jeny mengeluh.

"Kenapa saya je yang kena buat kerja awak?Orang lain pun adakan?Lagi pun ni kerja awak.Bukan kerja saya.Awak pun kena juga bersyukur sebab dapat kerja sini.Tapi tak adil la kalau orang lain bertungkus lumus siapkan kerja diorang untuk dapat gaji.Awak pula tak buat apa-apa." Jeny cuba mempertahankan dirinya.Ini bukan kali pertama dia di buli oleh mereka.

"Oh!Jadi kau nak kata aku makan gaji buta la ni?Hey!Apahal kau kurang ajar sangat.Dah la hodoh ada hati nak cakap aku macam tu.Bersyukurlah sekurang-kurangnya aku tak bunuh kau atau tak jual kau kat kelab malam!" Jerit Stella.

Semua yang berada di situ hanya memerhati.Tidak berani mahu masuk campur.Sebab ada khabar angin mengatakan Tuan Michael bercinta dengan Stella.

"Apa salah saya sampai awak nak buat macam tu?" tanya Jeny sayu.Matanya sudah memerah dan berair.

Stella merentap kolar kemeja Jeny kasar.Terdorong sedikit gadis itu ke hadapan.

"Kau tau tak Tuan Michael tu boyfriend aku?Yang kau sibuk nak makan tengah hari dengan dia kenapa?Kau ingat aku tak nampak ke yang kau sibuk nak berkepit dengan dia?" soal Stella dengan nada kasar.

Jeny terdiam.Michael ada kekasih?Dia tak pernah tahu lelaki itu ada kekasih?Dan satu lagi yang buat dia hairan.Tuan?

"Tu..tuan?" tanya Jeny hairan.

"Yes.Dia salah seorang pengurus syarikat ni.Tuan.Michael.Gowter." Satu-satu nama itu meniti bibir merah Stella.

Jeny terkedu.Jadi lelaki yang selama ini menjadi kawannya adalah seorang pengurus syarikat gah ini.Bermakna lelaki yang dia percaya selama ini adalah seorang pembohong.

"Maafkan saya.Saya tak tahu awak kekasih dia." minta Jeny dengan air mata yang mengalir laju di pipinya.

"Heh!Maaf?KAU INGAT BOLEH BUAT APA DENGAN MAAF KAU TU?!" Jerit Stella di hadapan wajah Jeny.Jeny memejamkan matanya.Takut dan kecewa.

"Jangan percayakan dia Stella.Kalau kau lepaskan dia sekarang,nanti dia akan rampas Michael dari kau!" wanita gedik yang menjadi pendamping Stella bersuara.Ahli-ahlinya yang lain turut mengangguk setuju.

Stella tersenyum.Dia lihat kopi hitam di atas meja staff berdekatan.Tanpa membuang masa dia terus menolak Jeny sehingga jatuh.Kopi hitam itu di capai dan di tuang ke atas kepala Jeny.Terkapai-kapai Jeny menghalang siraman kopi itu.

Perbuatan itu di sambut dengan tawa mengilai dari ahli kumpulannya.Tidak cukup dengan itu Stella mengambil fail kerja Jeny lalu di buka dan di belek satu per satu.

ROYAL:Love Hunterحيث تعيش القصص. اكتشف الآن