Bab 28 : Best for us

82 5 0
                                    

Steve melangkah ke officenya.Tangan kemas di letakkan di dalam poket.Kalau tidak hari ini dia mahu bercuti lagi.

Tapi bila mengenangkan Peter yang mengamuk padanya semalam,tak jadi lah dia ambil cuti.

Seorang gadis yang terhendap-hendap ke dalam office Max menarik perhatiannya.Apa yang dia tengah buat?

"Excuse me."

Gadis itu terus memandang Steve.Cepat-cepat dia menunduk hormat.

"Selamat pagi,Tuan." ucapnya.

"Pagi.Awak cari Tuan Max?" tanya Steve.Mungkin gadis ini pekerja Max?

"Ya tuan."

Steve memandang gadis itu atas dan bawah.Ini ke pekerja yang kena buli minggu lepas?

"Awak Jerniefer ke?" tanya Steve.

Gadis itu nampak terkejut.Lambat-lambat dia mengangguk.Hairan juga dia.Bagaimana lelaki ini boleh tahu namanya?

"Tak perlu hairan.Cerita awak kena buli dengan Stella tu dah tersebar satu syarikat." kata Steve apabila terpandangkan wajah hairan Jeny.

Wajag gadis itu mula memerah malu.Tak sangka cerita itu sudah jadi gosip panas.Sampai ketua pengurus pun tahu.Dan yang paling memalukan,lelaki di hadapannya kini boleh selamba saja mengungkit.Malunya.

"Tuan Max tak ada.Dia bercuti panjang." beritahu Steve.

Jeny memandang Steve.Dah kenapa pula bos dia bercuti panjang?Dan kenapa sekarang?Aduh..habis tergendala rancangan dia.

"Ada apa-apa yang terjadi ke?" takut-takut Jeny bertanya.

"Entah." Steve angkat bahu.

Berkelip-kelip mata Jeny memandang Steve.Dia mahu minta tolong lelaki itu.Tapi dia sedar dia siapa.

Tapi dia betul-betul perlukan bantuan lelaki itu.

"Ada apa awak nak jumpa dia?" tanya Steve.

Jeny menarik nafas dalam.Cuba mengumpul keberanian.

"Sa..saya nak..berhenti kerja." teragak-agak dia menyatakan hasratnya.

Steve diam seketika.Tenang saja dia lihat gadis ini.Wajahnya cantik tetapi tampak selekeh.Sayang betul.

"Ouh..cuba lah tanya secretary dia." balas Steve seraya melangkah ke biliknya.

"Ermm..maafkan saya tuan.Tapi,siapa secretary Tuan Max?" tanya Jeny.Dia masih lagi takut-takut.

Steve berfikir sejenak.Hmm,siapa ya?

"Encik Asher." jawab Steve ragu-ragu.

"Baiklah..terima kasih banyak ya Tuan Steve.Saya minta diri dulu." Gadis itu menunduk sebelum melangkah pergi.

Steve hanya memandang tanpa riak.Betul ke apa yang dia bagitau budak tu tadi?Macam tak je?

"Arrhh..biarlah.Aku banyak kerja ni." Steve terus melangkah masuk ke dal biliknya.

                            ............

Jeny hanya menunduk.Sekarang dia berada di dalam lif yang sedang ke tingkat bawah.Kepalanya memikirkan seseorang.

Seseorang yang pernah tinggal di ruang hatinya dahulu.Tanpa sedar keluhan meniti bibirnya.

Sejak dari kejadian itu,dia tidak lihat kelibat Michael lagi.Apa khabar agaknya lelaki itu?

Arrghh.Mungkin Michael sudah lupakan dia.Lelaki itu sudah ada hidup yang lebih baik.Yang pasti bukan bersamanya.

Sampul surat di tangan di jeling sekilas.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now