Bab 26 : Lost myself

111 6 0
                                    

Steve mengambil biskut chipsmore di dalam almari dapur.Kemudian dia melangkah ke arah peti sejuk bersama gelas kosong.Jus mangga di keluarkan dan dituang hingga penuh.

Dengan perasaan bahagianya dia mula ke ruang tamu.Hari ini giliran dia dan Richard cuti.Namun lelaki itu keluar bersama isterinya.Mungkin petang baru balik?

Susan pula awal-awal lagi sudah mengikut Peter ke pejabat.Bosan katanya duduk di rumah.Jadi sekarang hanya tinggal dia seorang diri.

Surat khabar diambil dan di dibelek.Tangan kanannya turut menyuap chipsmore ke dalam mulut.

Tajuk utama surat khabar pada hari ini adalah 'KEMURUNGAN AKIBAT CINTA'.

Hmmm.Pelik.Tajuk macam ini pun sibuk masuk surat khabar.Sepatutnya masuk majalah saja lah.

Steve hanya mengangkat bahu.Baca jelah.Bukannya mati pun baca tajuk ni.

Surat khabar ini menyatakan bahawa kes kemurungan yang menyebabkan kematian kebanyakannya berpunca dari masalah dalam hubungan tidak kira dalam hubungan suami isteri atau sebaliknya.

Steve mengangkat sebelah keningnya.Bahaya rupanya cinta ni.Boleh bawa maut.Dia meyambung pembacaannya.

Kes di catatkan sebanyak 134 kes bunuh diri berlaku sekitar tiga tahun lepas.230 kes bunuh diri pada tahun selepasnya dan 278 kes bunuh diri pada tahun lepas.Malahan pada tahun ini sudah berlaku 199kes bunuh diri yang di yakini berlaku akibat kemurungan yang di sebabkan masalah cinta.

Masalah ini turut mendapat nama tersendiri iaitu Love Crisis.Walaupun masalah ini seringkali di hadapi oleh wanita namun pihak kesihatan negara turut menekankan bahawa pihak lelaki juga tidak terkecuali
mengalami masalah ini.Bagi pengetahuan awal untuk mengesan orang yang telah terkena Love Crisis ialah...

=Sering berkurung di dalam bilik/bersendirian.
=Kurang makan dan tidur.
=Mata sebam kerana terlalu banyak menangis.
=Kelihatan serabut/bilik bersepah.
=Suhu badan menurun.
=Cakap benda merapu.

Cara untuk menangani.

1.Beritahu orang dewasa.

2.Bawa jumpa pakar.

Steve menutup surat khabar.Dia menggeleng perlahan.Merepek je surat khabar ni.Tangannya mencapai gelas jus mangga tadi lalu di teguk hingga habis.

Telefon bimbit di keluarkan.Aplikasi video game Call of duty di tekan.Tiba-tiba Michael turun dari tangga.

Malas saja langkahnya menuju ke dapur.Dah la berselubung dengan selimut.Keadaannya jangan cakaplah.Serabut.Dengan rambutnya yang kusut,matanya yang merah berair,bengkak dan kuyu,kulitnya yang pucat dan tak bermaya.

Dia hanya memakai singlet dan seluar pendek paras lutut.Punggungnya dihenyak di atas kerusi dapur dan dia meletakkan kepalanya di atas meja.

Tiba-tiba Steve rasa tak sedap hati.Dia mengambil semula surat khabar tadi.Telefonnya sudah dicampak entah kemana.Muka surat tadi di selak semula.Michael di lihat silih berganti.

=Kelihatan serabut √

Steve cuba bersangka baik.Nampak serabut tak semestinya murungkan?

Dia mendekati Michael yang nampaknya menyambung tidurnya di meja makan.

"Michael?" panggilnya sambil memegang bahu Michael.

Michael berpusing ke  arah Steve.Steve terpempan.Mata Michael merah berair.Sisa air mata juga jelas kelihatan di kelopak matanya.

Whuttt?!!!Michael menangis!!!Patutlah mata dia sebam.

=Mata sebam kerana terlalu banyak menangis √

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now