Bab 7:Not Beautiful

117 9 0
                                    

Steve melangkah masuk ke restoran itu.Restoran di mana dia telah bertemu dengan gadis yang telah mencuri-curi pandangnya.

Sejak-semenjak ini dia kerap datang ke restoran itu.Seronok menyakat gadis itu mungkin.

Steve duduk di salah sebuah meja.Dalam beberapa saat seorang gadis berwajah sedikit kelat menghampiri.

Mana tak kelat kalau orang yang selalu menyakat dia ada kat sini.

"Kelatnya muka...aku ni datang sini nak makan tau..kalau boleh nak makan dengan mood yang ceria..tapi kau ni datang bagi mood aku tunggang terbalik." kata Steve dengan sengehan.

Dia tahu mengapa wajah gadis itu kelat.

Dengan penuh rasa meluat  Britney cuba juga mengukir senyuman.

"Encik..boleh saya ambil pesanan?" tanya Britney dengan senyuman kelat.

Steve ketawa kecil.Dia tahu gadis itu tidak suka dia berada di situ.

"Macam biasa." kata Steve sambil menongkat dagu.Matanya merenung menggoda wajah Britney.

Lagi keruh wajah gadis itu dibuatnya.Britney melangkah pergi.

Dia tahu bila Steve kata 'macam biasa' itu bermaksud dia akan turut menemani lelaki itu makan bersama.Apabila di tanya sebabnya.Steve akan berkata kerana dia pernah mencuri-curi pandang lelaki itu semasa hari pertama mereka berjumpa.

Curi pandang dia pun kena denda ke?Kalau denda pun perlu ke lama-lama?

Dalam 15 minit Britney datang semula bersama hidangan yang di pesan Steve.

Dia berdiri di sebelah lelaki itu,menunggu arahan seterusnya.

"Buat apa tercegat kat situ..duduk." kata Steve sambil matanya fokus kepada makanan.

Dah agak dah.Britney terus duduk berhadapan lelaki itu.Suara-suara 'lalat' mula kedengaran.Ada yang tidak berpuas hati kepada Britney dan ada juga hanya tersenyum-senyum.Mungkin mereka rasa Britney ni bertuah.

"Aku tau aku banyak menyakat..tapi tak payah la tunjuk muka macam tu..aku pun ada stres aku juga tau." kata Steve.

"Kalau Encik Steve stres..jangan lah stres kan orang lain.." kata Britney perlahan.

Steve ketawa kecil.Bagaimana dia tak men 'stres kan orang lain kalau dengan cara itu saja yang boleh buat dia hilang stres.

"Sorry..but I can't."Steve tersenyum sendiri.Kesian Britney.

" Especially you,Britney."sambung Steve.Senyuman sinis di berikan.

Hampir tersedak air liur di buatnya.Britney menunjuk ke arah dirinya.

Steve hanya mengangguk.

"I hope you'll be ready." ucap Steve sebelum meletakkan sekeping not 100 dan terus melangkah keluar meninggalkan Britney di situ.

Britney menampar pipinya agak kuat.

"Kenapa lah hidup aku macam ni?" bisiknya perlahan.
.
.
.
.
Amber mencuci pinggan mangkuk di dalam sinki manakala Amelin pula sibuk mengelap lantai.

Sudah hampir seminggu dia di rumah itu.Dan dia sangat bersyukur majikannya bukanlah seorang yang garang seperti yang di katakan Joseph.

"Amber..kita tak payah masak hari ni...Encik Henry tak balik makan tengah hari..dan kita akan makan kat rumah kawan saya." beritahu Amelin teruja.

Amber hanya tersenyum dan mengangguk laju.Dia tak tahu pun Amelin ada kawan.Ye lah..sesetengah orang kaya ni selalunya duduk terperap je kan.

Mereka kini menuju ke rumah agam Royal dimana Angela dan Susan sedang menghidangkan makan tengah hari.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now