Bab 55 : Till the end

80 7 0
                                    

Lautan manusia yang menikmati setiap rentak lagu dengan lenggokan itu tidak langsung menghalang fokusnya.

Dia hanya duduk di situ.Memerhati satu demi satu mangsa yang akan dia terkam tidak lama lagi.

Buat masa sekarang,dia mahu pastikan di mana lokasi Scarlet yang sebenar.Dia tidak mahu menunjukkan sisi hitamnya kepada gadis itu.

Meskipun gadis itu mungkin tidak sudi menjadi miliknya.

Gelak tawa sekumpulan lelaki itu menarik perhatiannya.Bibirnya tersungging senyum sinis.

Enjoy dulu kawan.Enjoy sepuas-puasnya.Sebab takkan ada lagi hari esok untuk di nikmati.Dia akan pastikan perkara itu.

Seorang lelaki berkot putih itu ketawa lagi.Gembira apabila menang berturut-turut dalam pertaruhan.Rochell.

Lelaki itu adalah sajian utamanya hari ini.Tapi berkemungkinan hajatnya tak kesampaian memandangkan bidang kuasa Henry dan John lebih kuat di negara ini.

Jadi dari terus menderita kelaparan,apakata kalau kita sasarkan yang lain?

Contohnya macam...

Seluruh kelab malam ni?

Idea yang bagus.Dia tahu dia bijak,handsome dan bergaya.Haha!

"Dah jumpa apa-apa?"soal Alex seraya menekan sedikit alat di telinganya.

"Belum lagi,tuan.Kami masih mencari."Alex mengangguk walaupun dia tahu tak ada sesiapa boleh lihat dia sekarang.

"Teruskan."

"Baik,tuan."

Alex menghela nafas.Bosan pula dia berlama-lama di sini.
.
.
.
Scarlet terduduk di atas katil dengan esakan kecil.Pipinya masih terasa pijar.Terdapat kesan koyak kecil di hujung bibirnya.Pedih.

Pakaian di tubuh badannya di tenung.Sungguh dia tak rela mengenakan pakaian ini.

Dress hitam singkat dan ketat.Memang betul-betul mengikut lekuk tubuh badannya.Bahu gebunya juga terdedah.Rambutnya pula di biar bebas.Memang inilah yang mereka gayakan padanya tadi.

Make-up yang tercalit di wajahnya tidak terlalu tebal tetapi dia tetap tak selesa.

Pintu di kuak kasar.Lelaki botak itu memandangnya atas dan bawah kemudian tersenyum miang.

"Boleh tahan cantik kau ni."bisiknya namun jelas di pendengaran Scarlet.Gadis itu mengesot ke belakang sikit.Bulu roma sudah berdiri tegak,jelas ketakutan yang amat.

"Nasiblah kau perempuan bos..kalau tak.."lelaki itu membiarkan ayat hujungnya tergantung.Bibirnya di jilat kemudian tersenyum miang.

Scarlet gigih tahan air mata yang rasa nak mengalir lagi.Dia takut.Dalam hati sentiasa berharap ada sesiapa datang membantunya.

"Sudah!Sini."lelaki itu merentap kasar tangan halusnya.

"Auh..sakit."desisnya perlahan.Dia dapat lihat tangannya yang sudah memerah.

"Opps..sorry dear.Kulit kau lembut sangat."tangan kasar itu mengelus lembut pipi Scarlet namun ganas Scarlet menolak.

"Aww..ganas."katanya perlahan.Rambut panjang Scarlet di cengkam kasar.

Scarlet sedaya upaya melepaskan cengkaman itu,namun apalah sangat kekuatannya kalau nak di bandingkan dengan lelaki sasa ni.

"Dengar sini.Kalau dengan bos nanti baik kau jangan buat perangai macam ni.Kalau tak teruk dia kerjakan kau."Lelaki itu melepaskan cengkamannya kasar.

Pantas Scarlet berpaut pada dinding apabila tubuhnya hilang keseimbangan.Maklumlah,pakai high heels.

"Cepat!"sekali lagi tangannya di rentap kasar dan di heret pergi.
.
.
.
Alex sudah tidak senang duduk.Apa bendalah yang hatinya ni buat sekarang.Tiba-tiba rasa berdegup laju,lepas tu mulalah rasa buka-bukan.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now