Bab 45 : What happend?

86 5 0
                                    

Richard mengikat kain putih di lengannya.Ketat.Cukup untuk menghentikan darah dari lukanya.

Sakit?

Dia pernah rasa yang lebih sakit dari itu.

Keadaan di lihat.Mereka kini berada di kubu kedua.Di sini hanya terdapat gudang dengan bekalan makanan dan bekalan perubatan yang mencukupi.Bekalan senjata pula terdapat di bilik bawah tanah.

Richard yakin gudang ini mampu tampung mereka untuk beberapa bulan.Lagi pula gudang ini memang di cipta dengan tiga kali ganda ketahanan terhadap bahan letupan.

Orang-orangnya yang sedang terbaring kaku dengan balutan di seluruh anggota badan hanya di pandang sepi.

Sayu juga hatinya melihat keadaan mereka.Orang-orangnya yang sudah lama berkhidmat.Tiba-tiba hari ini terbaring lemah dan kesakitan.

Dan yang paling menyedihkan.Rumah agam mereka yang hancur di jilat api.Rumah pertama yang dibina sempena penubuhan Royal.

Lambang  organisasi mereka.Saksi kepada kemegahan Royal.Saksi susah dan senang,suka dan duka mereka sepanjang mengendalikan organisasi itu.Banyak memori indah yang dia tinggalkan di sana.

Dan hari ini.

Semuanya hancur.

"Richard.."

Richard pandang Max.Lelaki itu juga nampak sayu.Mungkin hati Max turut terasa dengan apa yang berlaku.

"Aku dah top up tenaga tentera dari kubu ketiga.Semua pertahanan dah di kukuhkan.Semuanya dalam keadaan sedia.Buat sementara waktu gudang ni lebih selamat."

Diam.Richard tak rasa mahu beri apa-apa komen.

"Michael?"

Max cuba tayang senyum.

"Kawalan dah di ketatkan.Semua orang bawahan dia tengah bertugas sekarang.James pun dah ambil alih pemantauan Michael."

Richard mengangguk.

"Semua orang okay?"

"Semua okay.Mereka dah hantar Susan ke mansion king Herry.Kat sana  lebih selamat untuk dia.Angela pulak dah keluar tadi.Dia kena sediakan Dark Snow.Dan mungkin akan back-up kita kalau apa-apa jadi nanti."

Sekali lagi Richard mengangguk.

"Kau dah hubungi Mart dengan orang kita yang lain?Kita tak dapat apa-apa maklumat langsung dari diorang sebelum serangan."

Max mengeluh.Itu lagi satu hal.

"Ada orang sabotaj kita punya alat komunikasi.Sekarang dah di baiki."

Richard diam.Cuba untuk menghadam betul-betul apa yang tengah berlaku sekarang.

"Relax lah Richard.Serangan yang kita kena tu hanya buat kita rugi 3% saja.Tak ada kematian.Tapi ramai yang cedera.Bekalan senjata masih banyak macam biasa.Pagi tadi,senjata yang aku tempah dari luar negara baru sampai.Memang cun."kata Steve yang tiba-tiba datang.

"Mana kau tau?"soal Max.

"Diorang dah catat dan rekod balik semua maklumat tadi.Tempat lain kena juga tapi pertahanan tak roboh.Rumah agam kita je yang teruk kena.Mungkin sebab diorang tumpukan ka sana je kut?"Steve angkat bahu.

"Kita masih mampu lagi nak buat serangan balas.Atau pun perang?"Steve angkat kening.

Max sudah menggeleng perlahan.Kalau Steve yang berbicara,perang ajelah jawapannya.

"Kita kena cari dulu siapa yang buat benda ni.Kemudian buat  perbincangan."putus Richard.

Max mengangguk setuju.Steve pula juihkan mulut.Boosaann.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now