Bab 23 : Care her

100 12 1
                                    

Bunyi kicauan burung menyedarkan Lucy.Perlahan gadis itu membuka mata.Tangan automatik terlekat di kepalanya yang berbalut.Sakit.

Seluruh badannya di lihat.Siku kanannya berbalut.Terdapat kesan calar dan lebam tetapi tidak terlalu teruk.

Suasana bilik itu dipandang.Dia sudah dapat mengagak bahawa dia berada di hospital.Mata  melilau di setiap inci ruang yang ada.Pandangan itu terhenti pada sekujur tubuh yang sedang lena terbaring di atas sofa kulit di dalam bilik itu.

Lucy mengecilkan pandangannya.Cuba sedaya upaya untuk mengecam lelaki itu.Namun perbuatannya menambah sakit di kepala.

Lucy mendesis kesakitan.Tanpa sedar perbuatan itu telah mengganggu lena lelaki itu.Terus saja dia bangun dari pembaringan dan mengesat lembut matanya.

"Lucy?Kau dah bangun?" laju James mengaju soalan.Risau dia dari semalam menjaga gadis iti.

James menghampiri Lucy.Cuba melihat wajah Lucy yang lebam kerana di kerjakan Jane.

"Kau okay?" soal James.

Lucy diam.Mata tunak merenung ke dalam lelaki itu.Entah mengapa dia rindukan pandangan itu.

Tiba-tiba kucing kesayangannya menjengah ingatan.Kelopak matanya mula di penuhi air.Esakan halus sudah mula kedengaran.Lucy menekup wajahnya.Rasa bersalah menggunung dalam lubuk hatinya.

Dia takut jika lelaki ini tidak mahu memaafkannya.

"Hey.Kenapa ni?Jangan lah nangis." pujuk James lembut.Tak keruan dia lihat gadis itu.

Namun esakan itu semakin kuat.James memandang kiri dan kanan.Apa yang aku nak buat?

"O..okay.Kau tak suka aku kat sinikan?Tak apa,aku keluar ya?" kata James seraya menghayun langkahnya.

Tidak sampai dua langkah James tertarik ke belakang.Dia tertempan.Otaknya cuba mencerna keadaan sekarang.

Dadanya mula terasa basah dan hangat.Erat Lucy memeluknya.Bagai tidak mahu berpisah.

"Sa..saya minta maaf.."

Suara serak itu menyedarkan James.Dia memandang gadis itu.Entah mengapa dia bagaikan di siram dengan rasa simpati.Simpati yang menghentikan kemarau di hatinya.

Lambat dia membalas pelukan Lucy.Rambut lembut gadis itu di usap penuh kasih.Sakit dia lihat gadis kesayangannya begini.

"Saya salah..saya tak sepatutnya tuduh awak sesuka hati." bergetar suara itu menyapa telinganya.

"Shhhh...bukan salah awak..awak tak salah apa-apa pun." pujuk James.

"Saya jahat."Kata Lucy dengan esakan yang masih belum reda.

"No.Awak tak jahat.Awak baik.Jangan cakap diri awak macam tu.Sebab awak tak tahu apa yang orang lain fikir pasal awak." kata James.Pelukannya semakin di eratkan.

Awak?Ya.Dia sedar dia memanggil gadis itu 'awak'.Dia tiada pilihan.Lagi pun dia sudah jatuh cinta pada gadis ini.Jadi dia tak rasa ada apa-apa masalah.

"Sa..saya takut.Dia nak bunuh saya.Dia yang bunuh kucing saya.Dia yang buat.Awak tolong jangan tinggalkan saya." rayu Lucy.Wajah gadis memucat apabila teringatkan wanita itu.

"It's okay,darling.Awak dah selamat.Dan saya janji.Selagi awak dengan saya,awak akan selamat." James mengusap belakang Lucy.Esakan gadis itu sudah beransur reda.

Tiba-tiba pintu terbuka.

"James aku ada beli..."

Ayat Max tergantung apabila melihat adegan bahagia James dan Lucy.

ROYAL:Love HunterМесто, где живут истории. Откройте их для себя