Bab 58 : May our love...

109 4 0
                                    

Alex memandu keretanya laju.Nampaknya dia terlambat sikit malam ni.Mesti girlfriend dia marah nanti.

Bibir tersungging senyum senget apabila dia sudah ternampak selekoh yang menghala ke rumah Scarlet.Terus dia buat drift di situ.

Keretanya di tekan brek mengejut apabila sudah sampai betul-betul di hadapan Scarlet yang bercekak pinggang memandangnya.

"Sayang.Masuklah."Alex tersenyum manis ke arah Scarlet.

Scarlet terus membuka pintu kereta Alex dan membolos masuk.Mata di pincingkan memandang Alex dengan tangan yang memeluk tubuh.

"Apa?"soal Alex tak bersalah.

"Awak ada buat salah tadi.Cuba teka?"

Alex diam sejenak.Dalam satu minit baru dia faham.

"Okay.Saya minta maaf sebab lambat.Saya terlajak tidur tadi."Alex jujur.Nak tunjukkan dia ikhlas menjalin hubungan dengan Scarlet.

"Bukan.Yang tu saya tak kisah.Tapi cara awak bawa kereta tadi,macam orang gila.Lain kali bawa perlahan sikit.Nanti kalau terlanggar apa-apa awak dengan saya juga yang susah."lembut saja nada suara Scarlet menasihati.

Tak nak kasar-kasar.Nanti Alex lari tinggalkan dia,melepas karang.

Alex senyum saja.Aduhaii my sweetheart ni caring pasal kita lah..yeay!!!

"Saya ni terrer memandu tau.Jangan risau."kereta hitam Alex mula bergerak membelah jalan raya.

"Awak nak bawa saya kemana ni?"soal Scarlet sambil memandang jalan.Rasanya macam dia tahu jalan ni.

"Kenapa?Awak takut?"soal Alex.

Scarlet menggeleng laju.

"Kenapa saya nak kena takut dengan boyfriend saya?"

Alex tersenyum lebar.Sedapnya perkataan boyfriend yang di sebut Scarlet tadi.Bikin I cair.

Scarlet menekup mulutnya apabila dia lihat sesuatu di hadapan.Terus dia tampar tangan Alex.

"Eh..awak kenapa?"masih juga Alex menyoal biar pun dia tahu mengapa.

"Kenapa tak cakap nak datang sini?Dah la saya bawa duit sikit je."bibir Scarlet termuncung-muncung.

"Selama awak keluar dengan saya,pernah ke awak pakai duit sendiri?"

Scarler tersengih mendengarnya.Apalah Alex ni.Tak cover langsung.

"Jom."Alex melangkah keluar bersama Scarlet.

Fun Fair.

Memori mereka semasa di sini masih segar dalam ingatan.Tempat inilah saksi janji 100 hari mereka di cipta.

"Awak ingat lagi tempat ni?"soal Alex seraya menapak seiringan dengan Scarlet.

"Mestilah.Ini tempat kita berbaik dulu.Macamana saya boleh tak ingat."Scarlet tersenyum manis.Ingat lagi masa dia marahkan Alex.

"Jom naik roda ferris?"

Scarlet mengangguk setuju.Terus mereka hayunkan langkah seiring menuju ke tempat itu.Scarlet terkaku sesaat apabila tangannya di raih dalam genggaman tangan kasar Alex.

Hangat.

Ada satu perasaan menjentik tangkai hatinya.Dia sendiri tidak pasti apa,tapi yang dia tahu,dia rasa selesa dan selamat.

Mereka melangkah masuk ke salah satu kotak roda ferris itu dan duduk menghadap masing-masing.

Masing-masing menyepi.Ralit menikmati pemandangan malam yang nampak lebih indah dari biasa.Mungkin kerana kehadiran cinta yang menggunung tanpa nokhtah?

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now