Bab 5:Kebetulan

129 9 0
                                    

Joseph memandu keretanya laju.Dia tahu nasib yang akan menimpanya apabila dia sampai di rumah abang tirinya itu.

Rasa malas nak balik rumah orang tua tu,tapi nak buat macamana.Sampai bila nak lari kan?Tak fasal sampai lubang tandas di carinya aku.Tak ke naya.

Kereta di parkir di halaman rumah.Dah sedia nak berhadapan dengan angel of death ni.

Pintu di ketuk dua kali.Maid membukakan pintu dengan senyuman kelat yang bermaksud.

'Habis lahh..'

Dia melangkah masuk.Memang gelap rumah tu.Tapi walaupun gelap,dia tetap nampak Henry yang duduk di salah sebuah sofa dengan kaki yang di silangkan dan mata yang merenungnya tajam bak mata pedang.

Dia menelan air liurnya.

"Seronok bercuti?" soalan maut di keluarkan oleh Henry.

"Hmmm.." itu saja yang di balas Joseph memandangkan dia rasa dia tak layak nak bersuara.

Dia tahu salahnya besar.Dia lari tinggalkan syarikat selama seminggu tanpa pengetahuan Henry untuk berjudi dengan mafia dari negara luar.

Ya.Memang hobinya adalah berjudi.Dia juga gemar meminum minuman keras dan seorang perokok.Nasib baik dia bukan kaki perempuan.Kalau tak, rasanya dah putus hubungan adik beradik tiri itu.

"Kau tau apa salah kau?" tanya Henry.

Joseph hanya mengangguk.

"Good....so what you should do?" tanya Henry dengan suara yang acah-acah tenang.

"Sorry..."ucapnya perlahan.

Kalau dengan orang lain dia boleh je buat bodoh..tapi kalau dengan Henry ni...

Berani la buat bodoh..tak tidur seminggu kau nanti.

" It's not enough.."kata Henry.

Kau lari tinggalkan syarikat masa aku tengah bawa isteri aku bercuti dekat luar negara.Tak fasal-fasal plan aku tergendala.Cuti yang sepatutnya jadi dua minggu akhirnya jadi tiga hari sebab kan kau.Dasar adik tiri.

"Henry..sudah la tu..tak payah la marah sangat." pujuk Amelin sambil membawa sejag orange juice.

Dia bukan tak tahu perangai Joseph tu.Asyik nak seronok je.

"Awak jangan la manjakan sangat..lelaki ni lagi tua dari awak tau." kata Henry.

Amelin hanya tersengeh.Macam-macam la suami dia ni.

"Nanti kalau ada masa kita pergi bercuti lagi ye..kesian saya tengok Joseph dah nak nangis." kata Amelin dengan tawa kecil.

Henry memandang ke arah Joseph yang tengah buat muka acah-acah comel.

Eeii..sepak kang.

"Okay...okay..." kata Henry dengan jelingan.

Joseph tersenyum kemenangan.

"Tapi dengan satu syarat...kau kena tolong carikan Amelin pembantu rumah perempuan dalam masa seminggu ni.." kata Henry.

"What..saya tak perlu pembantu lah." kata Amelin.

"Tak..awak memang perlukan pembantu..saya risau awak ni buat kerja tak henti..keputusan saya muktamat..dan Joseph.." Henry memanggil lelaki di hadapannya.

"Kau ingkar..aku bakar company kau." ugut Henry.

Joseph menelan liur.Cakap Henry ni bukan boleh buat main.

Dia mengangguk laju.Haih..mana pula nak cari pembantu rumah perempuan ni.
.
.
.
.
.
Alex sedang berjalan laju menuju ke arah biliknya.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now