Bab 29 : Too Much Hurt

84 6 0
                                    

Michael membetulkan tie nya.Wajah di cermin di jeling sekilas.Hari ini dia harus ke kerja memandangkan sudah lama dia mengambil cuti.

Kasihan pula dia lihat orang lain yang terpaksa bekerja lebih masa kerana dia.Lagi pun sampai bila dia mahu terus merajuk?Bukannya ada apa-apa yang akan berubah pun.

Pintu biliknya di ketuk.Michael hanya memandang pintu itu,ingin memastikan bahawa pendengarannya masih boleh pakai atau tidak.

Pintunya di ketuk lagi.Laju langkah Michael menuju ke arah pintu lalu di buka.Wajah James tersembul dengan senyuman nipis.

"Ada apa?"tanya Michael tenang.Pintu dibuka luas.Mempersilakan lelaki itu untuk masuk.

"Tak ada apa.Richard kata kau nak pergi office hari ni.So aku saja nak tengok keadaan kau."balas James bersahaja.

Michael tersenyum.Senang hati dia dengan sikap James yang caring.Bertuah dia kenal dengan lelaki ini.

"Thanks.Aku ok je."

James tersenyum.Otak ligat memikirkan bagaimana dia mahu mengajukan soalan ini kepada Michael.

Dia tak mahu lelaki ini tiba-tiba murung lagi.

"Aku nak tanya kau boleh?"minta James.

"Tanya je lah."

Diam.

James memandang Michael.Tak nampak macam dia menyibuk ke kalau dia tanya soalan ni?

"James?"panggil Michael.Hairan dia lihat James yang tiba-tiba diam.Serius sangat ke soalan yang dia nak tanya tu?

James mengeluh.

"Kau ada masalah ke?Kenapa tiba-tiba je murung?"tanya James.

Michael termenung.Lama.Kisah itu bagai di tayang semula di kotak memorinya.Sedih.Wajahnya berubah sayu.

Lambat-lambat dia ukir senyum kelat.Kepala di geleng perlahan.Menunjukkan tiada apa sangat.

"Memang ada masalah.Tapi masalah ringan je."jawab Michael.

"Pasal Jerniefer ke?"teka James.

Michael terdiam seketika.Mata merenung ke dalam wajah James.Dia senyum kelat.

"Dia dah berhenti kerja.Dia benci aku."kata Michael perlahan.

James menghela nafas berat.Michael memang mudah berkawan,mudah di dekati.Tapi satu yang kurang pada Michael.Dia tidak pandai menilai perwatakan orang.Kalau tidak bagaimana dia boleh berkawan dengan Stella si diva durjana?

Tidak hairan Michael senang terluka.Tapi bila terkenangkan lelaki itu lama menyendiri pasti gadis itu bukan calang-calang orang di hatinya.

Atau yang lebih tepat gadis itu berjaya mencuri hati Michael.

Kesian dia lihat adik angkatnya.Bahu Michael di tepuk perlahan.Dia tidak pasti apa patut dia lakukan.Jerniefer layak membuat pilihan sendiri.Gadis itu layak menolak Michael.

Sebabnya adalah dunia mereka yang berbeza.Michael terlibat dalam dunia pertumpahan darah.Dunia senjata.Gadis itu pula tinggal dalam dunia biasa seperti orang lain.Walaupun dia tinggal di negara mafia tapi dia tetap menjalani hidup yang normal.

"Tak apalah.Mungkin ini yang terbaik untuk dia.Aku yakin akan ada lelaki yang lebih baik dari aku.Untuk dia."kata Michael seraya mengambil beg pejabatnya.

"Jom turun."ajak Michael.James hanya mengangguk.

Tak mengapa jika Michael fikir begitu.Kerana mungkin akan ada gadis yang lebih baik dari Jerniefer untuknya.
.
.
.
.
.
Steve melangkah masuk ke dalam restoran itu.Restoran yang sudah lama dia tidak kunjungi.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now