Bab 59 : Love for Forever

108 5 0
                                    

Britney membuka mata perlahan.Jam di pandang sekilas.Baru menginjak ke angka 1 pagi.Leher di gosok perlahan.

Wajah lelaki itu di pandang penuh sayu.Cahaya bulan yang menyimbah mambantu penglihatannya dalam gelap malam.

Wajah lelaki itu di penuhi kesan lebam.Kepala pula berbalut.Terdapat kesan merah sedikit di pembalut.Bunyi mesin bantuan pernafasan kedengaran jelas di ruang sunyi itu.

"Steve.."tubir mata rasa panas.Dia tak tahan.Dia tak mampu untuk simpan rasa ini terlalu lama.

Dia rindu lelaki itu.Senyuman kacak,pandangan redup,sentuhan lembut dan segala-galanya tentang Steve buat dia ternanti-nanti.

Berat sungguh rasa rindu.

"Bangun lah..saya rindu awak.."air mata mengalir perlahan.

"Saya sunyi.."esakan kecil kedengaran.

"Saya rasa kosong.."kepalanya di sembamkan ke lengan Steve.

"Maafkan saya..awak tak sepatutnya ada dalam keadaan macam ni."makin lebat air matanya mengalir.

"Sebab saya..awak rasa sakit."Britney menggenggam erat tangan Steve yang berbalut.

"Awak rehat ya?Jangan risau..saya jaga awak."Rambut Steve di elus lembut.

"Saya janji.."elusan itu beralih perlahan ke hujung bibir Steve yang luka.

Kepala di letakkan semula ke atas katil apabila kantuk sudah mula bermaharaja.Lambat-lambat pandangannya menjadi gelap.
.
.
Britney terjaga dari lena apabila terasa sesuatu bergerak di tangannya.Terus tubuhnya kaku melihat lelaki itu yang terpisat-pisat membuka mata.

"Steve?"panggilnya perlahan.Dapat dia rasakan ada sesuatu yang bakal jatuh dari matanya.

Steve memandang gadis itu kosong.

"Steve..awak dah sedar?Saya panggilkan doktor ya?"Britney tersenyum gembira.Rasa terubat sedikit rindu di hatinya.

"Awak siapa?"

Diam.Menggigil kecil tangannya.Steve..tak ingat dia?Air mata mengalir laju.Betul ke Steve tak ingat dia?

"Awak..tak ingat saya?"

Wajah Steve kosong.

Lambat-lambat dia melangkah ke belakang.Dada terasa sesak yang amat.Sedaya upaya dia tahan esakannya dari kedengaran. Kecewa.Sedih.Marah.Semuanya bercampur baur.

"Sa..saya panggilkan doktor..awak tunggu sini ya?"

Baru saja mahu menapak pergi,tubuhnya tiba-tiba di tarik kuat ke belakang.Dapat dia rasakan tangan kasar Steve memeluk kejap pinggangnya dari belakang.

Lutut terasa lemah apabila dagu Steve di rehatkan di bahunya.Britney menggigil kecil.

"Awak nak pergi mana,sayang?"

Britney kemam mulut rapat.Suara itu..sentuhan itu,dan segala tindak tanduk lelaki itu..

Benar-benar menggoncang kuat jiwa wanitanya..

"Saya rindu awak sangat.."penuh menggoda suara itu di pendengaran Britney.

"Dear,say something."Tak sedap rasanya apabila sepatah pun Britney tak balas.Dia rindu mahu dengar suara gadis pujaan hatinya.

"Sampai hati..awak tipu saya.."

Steve tersenyum nipis mendengar suara bercampur esakan itu.Dia biarkan saja Britney luahkan segala yang di pendam.

"Awak tau tak separuh mati saya ingat awak dah lupakan saya.."makin deras air matanya mengalir.

"Sorry dear,tapi macamana saya boleh lupakan bidadari saya ni.Itu mustahil.Setiap detik hidup saya cuma teringatkan awak..hati saya cuma nak awak sorang je."Steve pejam mata.Menikmati haruman rambut lembut Britney.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now