Bab 27 : Should I try?

84 6 0
                                    

Richard duduk di ruang tamu dengan surat khabar di tangannya.Isterinya dan Susan sedang berada di dapur.Sekali sekala terdengar gelak tawa mereka.

Masih ada setengah jam lagi sebelum mereka semua berangkat ke Royal Holding.Steve juga turut berada di ruang tamu dengan telefon bimbit di tangan.

Bunyi deruman enjin kereta membuatkan Richard menjengukkan kepalanya sedikit.Siapa yang datang pagi-pagi ni?

Tiba-tiba Peter menjengukkan kepalanya dari luar ke arah Richard dan Steve.Bagai memberi isyarat kepada dua lelaki itu supaya keluar.

Richard dan Steve saling berpandangan sebelum menurut.Tersenyum mereka apabila terlihat susuk tubuh lelaki itu.

"Mart?Kenapa tiba-tiba je balik?" Angela yang tiba-tiba datang terus menyapa lelaki itu.

"Rindu Max la ni..kan?" usik Steve dengan senyum sengetnya.

"Tak adalah.Balik pun sekejap je.Aku datang ni sebenarnya nak..." ayatnya tergantung apabila terdengar sedikit kekecohan.

"Kau kenapa?Apa yang jadi?Kenapa tiba-tiba je?!" kasar nada suara James menyoal Max yang laju melangkah ke arah mereka.Di wajahnya tersarung kemas kaca mata hitam.

Sebuah bagasi turut bersama lelaki itu.Wajahnya jangan cakaplah.Dingin dan beku.

"Tak ada apa pun.Aku cuma nak pergi bercuti sekejap je." tenang saja Max menjawab.Tak mahu cari fasal dengan lelaki ini.

"Tipu!" tegas James berkata kerana itulah realitinya.Max berbohong.Pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran lelaki itu.

Jika tidak mengapa mata Max sebam?Mengapa wajah lelaki itu nampak lain?Nampak sayu walaupun dingin.

Max menghela nafas.Wajah James di pandang.Susah betul mahu meyakinkan lelaki ini.Lelaki yang sudah lama menjadi saudaranya.

Wajah James kelihatan tegang.Bagai mendesak sebuah penjelasan dari Max.Dia benar-benar mahu membantu lelaki itu.

"Kenapa ni?" tanya Richard seraya mendekati dua lelaki itu.

Mart hanya memerhati.Tiada daya mahu campur tangan meskipun dia tahu sebabnya.Dia tak mahu kena kejar dengan Max nanti.

"Dia tiba-tiba nak ke luar negara." beritahu James.Nadanya jelas mendatar.

"Aku just nak pergi bercuti." jelas Max.Haih.Ni la padahnya kantoi mata sebam dengan James.

Terus cemas James dibuatnya.Tulah kau Max,nak sangat nangis semalamkan.Pandan muka.

Richard memandang Max atas dan bawah.Lelaki itu hanya memakai kemeja dan seluar jean.Rambutnya pula tidak tersisip kemas,bagai di kemaskan dengan jari sahaja.Dia boleh lihat rambut hitam lelaki itu yang terjuntai di dahi.Sangat ringkas dan santai tetapi tetap tampak kacak.

Namun dia tahu ini bukan cara pemakaian Max.Max selalu tampil kemas dan bergaya.Tetapi hari ini berbeza.

"Something happen?" soal Richard.Dia juga curiga dengan Max.Lagi pun dah kenapa pakai kaca mata hitam dalam rumah ni?

"Not your problem..." balas Max acuh tak acuh.Matanya merenung tenang mata tajam Richard.

"I think.." sambung Max seraya melarikan anak matanya.Terasa macam di robek je dengan pandangan Richard.

"Sangat tak meyakinkan.." balas Richard.Hatinya juga meronta-ronta mahukan jawapan.

"Something bothers his mind..can you just let him go?" Mart yang dari tadi diam terus bersuara.Kasihan dia lihat Max yang di asak.

"Then why you did't tell me anything?" soal James.

Max memandang lelaki itu.Senyuman nipis di hadiahkan.Haih.Risau betul dia ni.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now