Bab 14.1(sambungan)

83 7 0
                                    

Mattew mengelamun.Hayes sudah pulang sejak sejam yang lalu.

Jam kini menunjukkan pukul 6 petang.Malas dia nak balik jadi tunggu sajalah di situ.

"Hey?"

Suara itu mengejutkan Mattew.Cepat lelaki itu berdiri dan menunduk kepada Richard.

Richard hanya memandang kosong.

"Hayes dah balik?" tanya Richard bersahaja.

"Ya tuan."

Richard hanya mengangguk.Buku rekod di ambil dan di tanda tangan.

"Saya berbual dengan Hayes..dia cakap awak rindukan kawan awak."

Mattew hanya tersenyum kelat.Dia memang nak tahu kemana Issac pergi.

"Sorry." ucap Richard tiba-tiba.

Mattew memandang Richard dengan pandangan terkejut.

"Awak betul-betul rasa kehilangan." sambung Richard.

"Tak apalah..mungkin hidup dia lebih baik sekarang..lagi pun bukan salah tuan." balas Mattew.

"Mat..kalau saya bagitau sesuatu awak percaya?" Richard menghampiri kerusi kerja Hayes lalu duduk di situ.

"Errrmmm...ya." balas Mattew teragak-agak.

"Saya Issac." kata Richard.

"Haa??" Mattew tak faham.

"Saya.Menyamar.Jadi.Issac." Richard menyebut perkataan satu persatu.

"Tu..tunggu...apa maksud tuan?"

Richard mengeluh.

"Berita saya mati pernah tersebarkan.Masatu saya tak mati pun.Saya menyamar jadi orang lain.Saya jadi Issac dan sayalah Issac." terang Richard seringkas mungkin.

Mattew ternganga.Serius?!!!

Dahlah aku pernah sekeh kepala dia dulu.OMG..matilah nak!!!!

"Ja..jadi...waktu tu..sebenarnya saya berkawan dengan,tuan?" tanya Mattew dengan wajah yang kian memucat.

"Yes." jawab Richard pendek.

"Wow." lambat-lambat Mattew terduduk.Jadi Issac yang dianggap kawan selama ni...

Ialah bos besar syarikat itu.

"Tapi tak ada masalah kan?kita masih boleh jadi kawan." kata Richard.

Mattew memandang Richard dengan pandangan tak percaya.Biar betul!!lelaki yang terkenal dengan kekejaman dan keangkuhan di seluruh negara-negara mafia ni nak berkawan dengan manusia macam aku??!!!

"So..How?"

Mattew telan liur.Sengehan di berikan,cuba menutup rasa gugup.

"It's okay kalau tak nak.Sayakan mafia..dunia saya,dunia awak berbeza."

"Tak..tak bukan macam tu..saya cuma rasa..." ayat itu tergantung.Dia memandanf ke tempat lain.

Richard menunggu perkataan seterusnya.

"Tuan orang hebat..tak macam saya..cuma orang biasa yang tak ada apa-apa."kata Mattew dengan senyuman kelat.

"Kau fikir sebelum aku jadi mafia..aku kerja apa?" tanya Richard.

Panggilan saya-awak di tukar.Tak selesa dia berbicara menggunakan panggilan itu terutamanya pada lelaki yang pernah menjadi kawannya dahulu.

Mattew menggeleng.Dia tiada idea.Kang tersalah cakap makan peluru aku nanti.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now