Bab 6:Perkenalan....Bunga

134 7 0
                                    

James menyarung coat hitamnya.Rambutnya di sikat rapi.Hari ini dia harus ke pejabat memandangkan sudah dua hari dia cuti kerana demam.

Langkah kaki menuju ke dapur.Jam di kerling sekilas.9 pagi.Nampaknya dia lewat hari ni.

"Morning James...feeling well?" sapa Angela di dapur.

"Morning...yes..thank you." balas James lalu terus menarik kerusinya untuk duduk.

Roti bakar di ambil dan di sapu coklat.

"Lewat kau hari ni?" tanya Angela.

"Sekali-sekala tak apa." balas James dan terus menyuap roti kedalam mulutnya.Teh di tuang ke dalam cawan berdekatan dan terus di suakan ke mulutnya.

"I've got to go." kata James seraya bangun dan menolak semula kerusi ke dalam meja.

"Have a nice day.." ucap Angela.

James hanya tersenyum.Dia melangkah keluar dari rumah dan memasuki kereta hitamnya.

Dia sudah menghubungi drivernya semasa di bilik tadi untuk membawa keretanya ke halaman rumah.Tak ada lah jauh sangat nak berjalan,sebab kereta semuanya ada kat garaj.

Dalam beberapa saat keretanya tidak lagi kelihatan di perkarangan rumah.

Dia memandu keretanya laju.Matanya hanya fokus pada pemanduannya sahaja.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi.Dia memandang ke arah telefonnya.Siapa pula yang call ni?Nombor yang tiada dalam contactnya.

Tanpa membuang masa dia terus mengangkat telefonnya.

"Hello??"

"Hello James...tolong aku boleh?"

James melepaskan nafas lega.Ingat siapa lah tadi.

"Hish...kau ni Michael...nak apa ni?..telefon siapa kau pakai ni?" tanya James dengan nada mendatar.

"Hehe..kereta aku rosak..telefon aku habis bateri..ni aku pinjam telefon orang lain..err..kau kat mana ni?..boleh tolong ambil aku tak?"Michael sudah tergaru-garu kepalanya.

"Kau naik kereta apa yang rosak tu?..kau kat mana?" James memperlahankan keretanya memandangkan dia terlihat lampu isyarat di depan.

Papan tanda juga banyak di letakkan bagi memberitahu pengguna jalan raya yang lain untuk berhati-hati kerana ada pembinaan bangunan berdekatan jalan.

"Aku kat SuperMall ni." jawab Michael.

James mengerling jam tangannya.Nampaknya pukul 10 juga lah dia akan memasuki officenya.

"Jangan pergi mana-mana...aku datang ni."pesan James sebelum mematikan panggilan.

Dia terus membelok ke kiri untuk mengambil Michael pula.

" Terima kasih.."ucap Michael dengan senyuman.Dia menghulurkan semula telefon bimbit yang di pinjamnya tadi kepada pemiliknya.

"Sama-sama...jadi..macamana?" tanya gadis bermata bundar itu.

"Dia dalam perjalanan ke sini." jawab Michael dengan senyuman.

Dia ke SuperMall kerana ingin membeli telefon pintar keluaran terbaharu.

Malangnya barang yang ingin dibelinya pun habis di jual dan keretanya juga tiba-tiba tak boleh nak start.Apalah nasib dia hari ni.

"Saya Jerniefer Villyan...awak boleh panggil saya Jeny." Jeny menghulurkan tangannya.Bertuah juga dia hari ni dapat berkenalan dengan lelaki kacak.

"Michael Gowter...gembira dapat berkenalan dengan awak,Jeny." Michael menyambut huluran itu baik.

Orang dah tolong..takkan nak sombong pulakkan.Lagi pun perangai dia ni bukannya macam 'abang angkat'nya yang sentiasa nak jaga standard.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now