Bab 43 : Game..begin

80 4 0
                                    

James menghempas tubuh di atas katilnya.Lengan terus melingkar di atas wajah,menutup mata yang sedang berusaha menahan empangan air dari mengalir.

Hancur.

Hidup terasa bagai tiada makna.Adakah ini satu sumpahan?Semua gadis yang dia cintai semuanya pergi meninggalkan dirinya.

Mula-mula Jane..dan sekarang..

Arrhhh!

Dia benci hidup dia.

Itu yang dia rasa.Jiwa rasa kosong.Perbualan dia dan Lucy di hadapan station kereta api masih berlegar dalam ingatan.

Flashback.

"Lucy?"James melambai ke arah gadis yang sedang termenung jauh ke hadapan.

Hairan dia lihat beg besar di sebelah kaki Lucy.Nak kemana agaknya.

Gadis itu tersenyum.Lambat-lambat lambaian James di balas.Dia rasa berat nak sampaikan perkara ni.

"Kenapa awak call saya?"soal James seraya mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"Maaf.Saya ganggu awak."soalan James dibiar sepi.

"Tak..tak apa.Err..kenapa awak nak jumpa saya kat sini.Kenapa bawa beg semua ni?"

Lucy diam.Mata hanya mampu menekur lantai.Matanya sudah mula berair.Hati rasa berat mahu menyampaikan berita ini.

"Lucy.."James hairan.Kenapa gadis ini nampak sedih?

"Tak apa.Awak boleh kongsi masalah awak dengan saya."pujuk James lembut.

Lucy pandang James.Senyuman paling manis di hadiahkan kepada lelaki itu.James tersentak.Lucy menangis?Tapi kenapa?

"Lucy..kenapa awak menangis?"bahu gadis itu di sentuh lembut.Risaunya sudah mula melambong tinggi.

"Sa..saya.."penuh sabar James menunggu kata seterusnya.

"Saya nak pindah semula ke tempat asal saya."nada yang lembut.Tapi cukup untuk meragut ketenteraman di jiwa James.

Kenapa?

Kenapa Lucy mahu pindah semula ke tempat asalnya sedangkan dia dah tak ada apa-apa kat sana.

"Ke..kenapa?Ada sesuatu jadi ke?Ada orang kacau awak?"soal James bertalu-talu.Riak wajahnya sudah sedikit tegang.Dada rasa sesak dengan pelbagai rasa.

"Maaf James.."Hanya itu yang Lucy mampu katakan.

Lirih.Separuh jiwa lelaki itu bagai tiba-tiba roboh.Air mata mula memenuhi tubirnya.

"A..awak nak tinggalkan saya?"

Lucy pejam mata.Suara James.Sangat rapuh di pendengarannya.Dia tak sanggup.Tapi dia terpaksa.Ini lah satu-satunya benda yang dia sudah rancang sejak dia keluar dari hospital.

"Awak dah setuju jadi kawan saya..sekarang awak nak tinggalkan saya..macam tu je?"

Air mata James mengalir perlahan.Berat.Berat mahu terima kenyataan.Gadis di depan matanya mungkin tidak akan pernah jadi miliknya.

"Bu..bukan.."bergetar nada suara Lucy.Betapa payah dia ingin mengatur kata.

"Habis tu sebab apa?Awak takut dengan apa yang awak dah lalui?Awak tak percaya saya boleh jaga awak?"keras nada suara itu menyoal.

"Maafkan saya..James.Awak baik.Sangat baik.Tapi saya kena pergi.Bandar ni..bukan tempat saya.Apa yang saya dah lalui selama ni,saya tak pernah kesal.Sebab awak ada bersama saya.Awak selamatkan saya.Awak hero saya.Tapi.."

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now