Bab 18:Who the winner

87 10 0
                                    

Richard melalui ruang tamu.Dia duduk di situ sambil tangannya menyelak sebuah buku.

Semenjak ini dia berasa sering di perhatikan.Entah mengapa perasaan itu datang menjengah.

Tak ada sesiapa yang tahu lagi.Dia tak rasa perkara ini penting untuk di bincangkan.Tiba-tiba sofa di hadapannya di duduki seseorang.

Richard tidak memandang malah terus saja menumpukan perhatiannya pada helaian muka surat di buku itu.

Alex hanya buat tak tahu.Tak ada langsung rasa bersalah dalam dirinya.Tangannya ligat meng skroll telefon bimbit.

Richard tak mahu cakap apa-apa.Baginya ada sesuatu yang pelik pada Alex.

Salah satunya ialah sikapnya yang biadap.Dulu Alex tak pernah sertai waktu makan bersama tanpa izin.Dia tak pernah juga sesuka hati melepak dalam bilik tetamu.

Pakaiannya juga sentiasa kemas dan sopan.Selalunya setiap masa dia akan berada di officenya.Tapi kini sudah tidak lagi.

Dia masuk ke rumah agam ini sesuka hati.Melepak di mana saja dia suka dan cara pemakaiannya.Baju butang kemeja di buka sepenuhnya.Bagai saja mahu menayang badannya.

"Kau tak bosan ke jadi ulat buku?" tanya Alex.Matanya masih menatap telefon bimbit.

Richard hanya diam.Tak mahu melayan lelaki itu.

"Wow...indahnya bluetick." kata Alex lagi.

"Tak." jawab Richard pada soalan tadi.

"Pentadbir Royal yang paling gah adalah seorang ulat buku..Hmm..kalau update kat twitter agak-agak jadi cerita hot tak." sindir Alex.

Richard diam.Mata masih melekat dekat buku.Saja bluetick kerap-kerap.

Alex jeling Richard.Betullah orang kata bluetick ni memang indah.Itu pun tak pasti bluetick ke greytick ni.Sebab Richard macam buat-buat tak dengar je.

"Belagak." kata Alex seraya melangkah ke dapur.

Richard buat tak tahu.Memandangkan dia memang malas nak ambil tahu.

"Sampai bila nak diamkan diri?" tanya Peter yang dari tadi hanya memerhatikan mereka berdua.Dia melabuhkan punggungnya berhadapan Richard.

"Tak lama dah..tunggu sikit lagi je..buat sementara ni kau jaga Susan baik-baik." pesan Richard.

Peter hanya diam.Tangan sibuk memilih buku yang sedia-sedia terletak di atas meja itu.
.
.
.
.
.
Michael memusingkan pen di tangan.Bosan dia rasa.Dia tak ada mood nak buat kerja sekarang.

Kakinya terus melangkah keluar.Jam di tangan sudah menunjukkan angka 12 jadi dia mahu mengisi perutnya walaupun dia tidak berasa lapar.

Kaki melangkah ke lif.Baru saja pintu mahu tertutup tiba-tiba ada tangan yang menhalang.
Seorang gadis berkaca mata melangkah masuk tergesa-gesa dengan tangan yang memegang beberapa buah fail hitam tebal.

Gadis itu kelihatan tercungap-cungap dengan wajah putihnya yang merah dan anak rambut yang melekat di kulitnya kerana peluh.

"Jeny?" panggil Michael apabila mengecam gadis itu.

Jeny memandang Michael dengan senyuman manis.

"Encik Michael?" panggilnya teruja.

"Hey..awak dari mana?" tanya Michael sambil tangannya membelek satu fail hitam di tangan Jeny.

"Saya dari bilik Tuan Max." jawabnya bersahaja.

"Banyaknya dia bagi fail ni dekat awak." kata Michael.Tangannya mengambil semua fail itu dari tangan Jeny.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now