Bab 20 : Coffe or Tea

87 8 6
                                    

James menumbuk meja kerjanya.Nafasnya sudah naik turun,mata tajam merenung setiap wajah lelaki-lelaki bercoat hitam di hadapannya.Habis terdiam semua yang berada di situ.Masing-masing hanya menunduk memandang lantai.Tak sanggup menatap bos mereka yang sedang naik minyak.

"How?" suaranya hanya di celah gigi.Betapa gigih dia menahan geram.

Anak-anak buahnya diam.Tiada siapa yang berani menjawab pertanyaan itu.

"Macamana korang boleh terlepas pandang?!Apa yang korang tengah buat masa tu?!" Suara yang bagaikan halilintar itu sudah cukup membuatkan jantung mereka berhenti.

"Answer me!!!" gertak James lagi.

Tiba-tiba pintu di ketuk.James mendengus kasar sebelum memberi isyarat ke arah pembantunya untuk membuka pintu.Tanpa membuang masa lelaki bercoat hitam itu terus membuka pintu.

Richard mengangguk kecil sebagai tanda terima kasih.Tiada secalit senyuman di wajahnya.

James mengeluh seraya melangkah ke tempat duduknya.Dia memberi isyarat bersurai kepada lelaki-lelaki bercoat hitam yang sejak dari tadi menunduk tanpa kata.

Setelah biliknya kosong Richard terus saja melabuhkan punggungnya di atas sofa.Beberapa fail kertas di atas meja di buka dan di bentangkan.

"Come here." arah Richard tenang.

James melangkah pasrah.Dia letih.Letih bekerja,letih berfikir dan letih melayan hatinya yang terluka.

"Apa benda ni?" tanya James malas.

Richard tidak menjawab malah terus saja menghulurkan segala dokumen itu kepada James.Coatnya di buka dan di letakkan di sebelah.Hanya tinggal kemeja putih bersama tie merah.Kaki di silangkan penuh elegant.

"Aku tak faham." kata James dengan dahinya yang sudah berkerut seribu.

"Ini bukti kerja 'dia'." jawab Richard tenang.

Kepala James terteleng ke kiri dan ke kanan mengikut tulisan di kertas putih itu.

"How?"tanya James.

Richard tersenyum senget.

"Semalam kau arahkan anak buah kau supaya ikut Lucy ke rumah,kan?" soal Richard.

James hanya mengangguk.Memang dia arahkan orang bawahannya untuk mengawasi Lucy.

"Semalam orang bawahan kau memang ikut Lucy betul-betul.Tapi sebelum masuk simpang ke taman perumahan  mereka ubah haluan ke pantai." beritahu Richard.

"Wait..aku tak suruh diorang ke pantai.Lagi pun untuk apa?" Tanya James hairan.

Richard tersenyum lagi.

"Mereka di arahkan ke pantai selepas dapat panggilan dari kau.Katanya mereka di arahkan untuk cari lelaki berambut perang dan berbaju kuning."

James terkesima.Dia yakin yang dia tidak menghubungi sesiapa semalam selepas saja dia arahkan orang bawahannya untuk mengawasi gadis itu.

Atau dia betul-betul lakukannya?Sebab semalam dia minum banyak minuman keras.

"Aku..yakin aku tak hubungi sesiapa." kata James yakin.

"Memang kau tak buat.Orang lain yang buat.Boleh kau bagi telefon kau kejap?" pinta Richard.

James hanya menurut.

Richard membuka ruang panggilan lalu di tunjukkan pada James.

James diam.Mata tidak lekang dari memandang skrin telefonnya.
Ya.Di situ memang terdapat maklumat bahawa dia menghubungi orang bawahannya semalam.

ROYAL:Love HunterKde žijí příběhy. Začni objevovat