Bab 30 : For My Lover

78 5 0
                                    

Peter mengetuk pintu itu perlahan.Lama dia menunggu.Tiada sebarang jawapan.Di tangannya terdapat dulang dengan sepinggan lagsana dan secawan air kosong.

Pintu di ketuk lagi.Lambat-lambat pintu itu terbuka.Steve tayang sengih apabila terpacul wajah Peter.

"Apahal ni?"tanya Steve seraya membuka pintu luas.

Peter masuk tanpa menjawab soalan Steve.Dulang di letakkan di atas meja kemudian punggungnya di henyak di birai katil.

"Kenapa tak turun makan?"tanya Peter tenang.

Steve menghampiri Peter.Punggungnya di henyak di sebelah adiknya.Dia hanya menggeleng perlahan.

Sejujurnya dia rasa tak sedap badan.Tak ada selera.Sebab itu lepas dia balik kerja dia terus berkurung dalam bilik.

Tangan Peter naik melekap di dahi Steve.Terbuka sedikit mulutnya.Macam budak kecil saja lagak Peter.

Terletus tawa kecil Steve.Dulu kalau dia demam macam itu lah rupa Peter bila tekapkan tangan di dahinya.

"Apa yang lawak?"tanya Peter.Hairan.Dia cuma periksa suhu badan lelaki itu.

Steve menggeleng.Dia tarik Peter merapatinya.Dia sendiri ragu-ragu mahu ceritakan pada Peter atau tidak.

"Something happen?"soal Peter.

Steve tersenyum.

"Rahsia."

Peter menjuihkan mulutnya.Ini yang dia tak nak ni.Kalau dia tetap nak tahu,dia kena beritahu rahsianya pada Steve sebagai pertukaran.

"Berkira."

Pecah tawa Steve dengan comment Peter.Haih la adik.Nama pun rahsiakan?mestilah benda berat.Bukan boleh suka-suka bagitau orang kan?

"Lantak kau lah.Kalau nak tahu,ada bayarannya.Kalau tak nak,sudah."Kata Steve dengan sisa tawanya.

Peter fikir sejenak.Nak tahu ke tak nak?

"Alahh..aku mana ada rahsia.."melerek saja suara Peter.Malas lah dia mahu buat pertukaran.

"Kalau tak ada.Tak boleh tahu."kata Steve provok.

Peter megambil dulang yang di bawa tadi,kemudian dia hulurkan kepada Steve.

"Nah.Makan dulu.Sementara tu bagi aku fikir betul-betul dulu."kata Peter serius.

Steve sudah tersengeh lebar.Adik dia ni kalau buat sesuatu benda pasti dia akan fikirkan manfaatnya.Maklumlah,siapa yang nak rugi kan?

Steve menyuap potongan lagsana ke dalam mulutnya.Memang dia tiada selera nak makan.Tapi demi adiknya yang sorang ini,dia gagahi juga.

Gelas air kosong di ambil dan di teguk separuh.Lagsana yang sudah tinggal separuh itu dia letakkan kembali ke dalam dulang.

"Dah habis fikir?"tanya Steve.

Peter pandang wajah abangnya.Geram pula dia rasa.Kenapalah lelaki ini berkira sangat?

"Hmm."acuh tak acuh saja dia menjawab.

"Kau mula dulu."suruh Steve.

Peter menghela nafas berat.Nak tak nak dia kena juga bagitau.Otak kata tidak tapi hatinya meronta-ronta inginkan jawapan.

"Ermm.Kau tau tak kereta Rover 75 warna putih yang rosak tu?"tanya Peter.

Steve mengangguk.Itu kereta Max.Memang dia bagitau pada mereka semua yang kereta tu rosak.

"Aku yang rosakkan."Peter tersenyum tidak bersalah.

Steve terdiam.Peter rosakkan?

"What?Apahal kau jahanamkan kereta orang?"soal Steve.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now