Bab 57 : Happy

92 5 0
                                    

Violet membuka matanya perlahan.Matanya kaku memandang siling putih.Bau ubat-ubatan yang menusuk hidung menambah keyakinannya bahawa dia sedang berada di hospital.

Dia bangun perlahan dari pembaringannya.Baru dia rasa tapak tangannya di tindan sesuatu.Bibir tersungging senyum nipis memandang jejaka berambut hitam itu.

Mata lelaki itu masih terpejam rapat.Dapat dia dengar bunyi nafas Max yang berat.Wajah lelaki itu penuh kesan lebam dan luka.

Pantas tangan Violet mengusap lembut hujung bibir Max yang sedikit terkoyak.Tubir mata rasa panas tiba-tiba.Pasti sakit.

"Hmm.."Max merengek kecil apabila terasa pedih di hujung bibirnya.Terasa berat mahu membuka mata namun dia gagahkan juga.

"Auch.."Max menggosok perlahan belakang lehernya.Rasa sakit kerana berada dalam keadaan itu sangat lama.

Mata terbuntang apabila berlaga dengan mata Violet.Terus dia kemaskan sikit rambut dan pakaiannya.Wajah diraup perlahan.

"A..awak dah bangun.Awak ok kan?"soalnya sedikit cemas.

Violet tersenyum nipis.

"Saya tak apa-apa.Terima kasih sebab selamatkan saya."ucapnya perlahan.

Max mengangguk.Malu sebenarnya.Tak pernah ada orang tengok dia bangun tidur selama ni.Agak-agaknya macamana lah rupa dia tidur tadi.Mesti buruk kan?

Violet menoleh ke arah meja kecil bersebelahan katil.Ada semangkuk air dengan tuala basah.Dia pandang pula ke arah Max.

"Saya risau semalam badan awak tiba-tiba panas.Saya takut awak demam."

Violet rasa nak menangis mendengarnya.Terharu dengan sikap prihatin Max.

"Terima kasih.Awak ni baik lah.Patutlah hati saya ni rasa sayang sangat kat awak."luahnya tanpa segan.

Max terpempan mendengar pengakuan itu.Pipi rasa berbahang sikit.

"Ish!Awak ni!"Max larikan wajahnya.

Violet pandang pelik.Max marah dia ke?

"Eh..awak kenapa?Saya salah cakap ke?"Violet mengintai sedikit wajah lelaki itu.

"Tak.."Max lindung sedikit wajahnya dengan tapak tangan.

"Habis tu?"Violet makin menghampiri.Tangan Max di alihkan sikit dari wajahnya namun Max tetap berkeras.

"Janganlah.Malu.."akhirnya terluah juga perkataan itu dari bibir Max.

Violet terdiam.

Haa?

Lambat-lambat dia tarik senyum lebar.Comel lahh..

"Kenapa nak malu.Saya kan girlfriend awak."katanya seraya memegang lembut tangan Max.

Max diam.Tunak dia merenung wajah lembut itu.Cukup membuai hatinya.Tenang rasa.

"Tangan awak hangat.Muka awak pun pucat sikit.Awak ok ke ni?"Violet melekapkan tangannya ke dahi Max.

"Panas la.Awak demam ni."

Max tekap lengannya di dahi sendiri.Dia tak rasa apa pun.Tapi memang sejak semalam dia rasa tak sedap badan.Tekak rasa mual dan tak ada selera.

"Patut lah saya rasa tak larat."Perlahan Max meletakkan kepalanya ke tilam.Mata di pejam rapat.Bila Violet kata dia demam serta-merta mata dan kepalanya rasa berat.

"Awak asyik kisahkan saya sangat,sampai diri sendiri pun tak kisah."Violet bangun dari katilnya.

"Eh..awak nak kemana ni?"Max pandang pelik bila Violet menarik tangannya.

ROYAL:Love HunterDonde viven las historias. Descúbrelo ahora